Sunday, 25 May 2014

superb day

hai hai hai ><

Notes: actually ni cerita dah berhabuk dah . Ni time bulan 4 macam tu la but aku dah lama tulis , aku tulis on the spot lepas kejadian tu. Tapi baru publish . Kikiki . anggap lah korang tengah baca pada bulan april . Ha ha ha ha . 

######## 

so excited aku nak tulis kali ni sampai sejuk kaki tangan . hihihi . guess aku kat mana ? de palma hotel . emm, sepatutnya aku tulis menda alah ni kat diary . tapi , aku lak tak bawak diary . hmmm, masalah-masalah . but nanti aku boleh salin je . 

so,okeh we go from pukul 4 .

so, pukul 4 tu aku bertolak dari Klang ke  Shah Alam . sampai kat sana , emm,mula2 cam excited gak la . tapi ,hakikatnya aku malu . siyes malu ... sebab, emm . aku kan pemalu . ahaks! anak murid kakak aku semua laki . so , takkan aku yang perempuan ni nak menyemak kan kan kan . oh ya, dorang kena jual kat PKNS , ad lah bertanding , kiosk punya . aku pun sajalah menyibuk .. hmm, so . time first2 tu aku lindung belakang telekung yang nak jual tu , dan berharap depa takkan nampak aku . padahal bolehh je tengok . hehh.

pastu,kakak aku cadang nak beli makanan kat 3 orang budak tuu .. aku pun beli lah cool blog . pastu , bila pikir-pikir balik , cam taknak je aku nak duduk sekali dengan dorang kat dalam kedai tuu . jenuh tahan malu aku , sampai nanti orang tanya kenapa muka aku hijau semacam .. pastu , aku p sat je cakap kat kakak aku yang aku nak duduk kat depan Maybank . hikhik, kakak aku pun restu lah . and aku pun lepak la depan Maybank tu , tengok orang ramai lalu lalang sambil describe orang sambil sedut cool blog . ahhahaha, nak gelak guling guling sambil kacau gulai pun ada bila terkenangkan aku yang sanggup lepak kat maybank semata mata taknak duduk dalam kedai tu .. hohohhuhuhih

petang tu,kta orang pergi PAS .. emm , ok lah yang tu tak best sangat . yang palilng aku nak sembunyi dalam stor tu adalah sebab ....

kakak aku tinggal aku sensorang dalam hotel , pastu bunyi pulak menda-menda yang tah apa apa . dah pukul 12 dah enn , memang seram la . pastu aku message kakak aku yang tengah jaga budak budak exam kat lobi . pastu , after 20 min kakak aku amik aku turun lobi . ak bawa lah some novels . konon nak baca kat lobi tu sambil tunggu depa habis . 

dah duduk kat salah satu kerusi kat lobi tu , aku pun buka lah novel . but unfortunately , tak sampai 10 minit aku baca aku dah terlentok kat situ sambil tongkat tangan kat dahi . aku tidur tapi aku leh dengar lah orang buat apa . and aku dah janji yang aku taknak bagi kepala aku berpusing pusing 360 darjah time aku tengah tidur , tak pasal pasal malu aku . tapi ,, last last aku macam nenek kebayan tengah tidur .. kedepan sebentar, kebelakang sebentar . Dan begitulah seterusnya .hampeh! 

pastu pukul satu , ada orang halau masuk. aku yang tengah mamai berjalan lah macam orang tak betul ... emm , sampai kat lif tu , aku jalan lah slow2 enn . budak budak tu dah tunggu kat dalam lif . 

time tu semua dah masuk, aku masuk last . time kaki aku sebelah kat dalam lif dan lagi sebelah baru nak melangkah masuk pindu dah tutup . ehh ?kaki aku!! 

hampir tersadung sampai nak terjunam ke depan aku .ye lah , badan dah kat dalam lift , tapi kaki kat luar .Nak tarik kemana lift dah tutup .. pastu , yang memalukan aku melatah ! weh , depan budak laki ramai ramai tu aku melatah 'mak mak meletup!' bapak kuat gilaa -,- ya Allah zati . suka sungguh buat diri tu macam badut sarkas ..pastu , buka ja pintu tu , aku terus keluar dan berjalan tanpa arah . ehh nak pegi mana satu ni ? kiri ke kanan ? dah la tak bawa spect . dorang aku rasa dah tahan gelak mybe , sebab sampai depan bilik , aku dengar dorang gelak berdekah dekah . tah hapa yang lawak tetau -,- 

pastu , yang lebih malang sekali . dalam bilik aku baru perasan aku pakai seluar terbalilk .. what the fish -,-