Tuesday, 28 October 2014

Popular .. famous .. well-known .. Dan seangkatan dengannya

 It's about popularity ..
Actually kita tak boleh cakap yang orang popular tu sombong and whatsoever .... sebab firstly dorang memang memerlukan privacy .. to be a normal person who can walk happily around the shopping complex without wearing a niqab 36hours and cap etc .. just understand yang tak semua dia mampu layan .. gila ! Tak jadi kerja kut . Kalau ada sejuta peminat , setahun memang lingkup le bisnes dia ..
Aku tak tahu sama ada kebetulan atau memang Allah nak sedarkan aku tentang realiti dunia ..  But . 
Dalam dua hari ... Aku jumpa orang popular  yang tetap pendirian . But caranya salah dan aku yang baru nak memahami terus tersalah faham atas perangai yang ditonjolkan dia dan menyebabkan aku membuat persepsi yang bukan bukan.  Sorry sis. 
Then . Aku tengok video mat lutfi pasal 'rant on popularity ' ..dimana Kat situ dia jujur bout their feelings bila selalu jadi attention ...
Last , aku baca novel about popularity .. yang dia tak suka jadi attention dan rimas dengN kehidupan dorang .. yang sometimes fake .
Aku tak faham apa maksud semua ni but aku sedar something ... Aku tak patut crush on someone yang too popular.   Entah , aku tak tahu kenapa .. Tapi aku rasa cam ni.  Ha ha ..
Aku tak perlu sibuk perihal orang popular yang ad kehidupan sendiri ..  just layan semua orng macam biasa .. no darjat.  If i could ...
Kalau dulu , aku g mana mana mesti wish yang aku nak tangkap gambar dengan artis dan berharap aku dapat sign dia .
Tapi lepas aku sedar yang , kdg kdg kita dilayan tak ikhlas .. Aku malas nak terlibat .. Aku nak jadi macam Hana (watak novel ) ..
Aku tak perlukan perhatian daripada orang popular untuk tumpang sepayung menjadi popular pun... If i want it , i can do it myself ... Aku hidup cara aku .. kwan dengan sesapa nak kawan dengan aku . Tak perlu cari seorang yang tk ikhlas memerlukan kita . Shit ! Aku memang pantang dengan orang yang tak ikhlas dalam persahabatan or whatever yang berkaitan dengan hidup.   
Well.. sampai situ aja lah dulu...
Aku harap apa y aku nak sampaikan , sampai lah ... if tak aku delete ! --'''
Via badak bunting berendam (sedap lak nama tuh )

Sunday, 26 October 2014

Lepas seabad tak bersua .....

Dengan suara yang begitu flat aku katakan bahawa ini adalah entry yang kedua lepas entry pertama aku unsaved ..

Bagus ..

Baguslah ..

^^

Boleh aku cakap yang perpisahan boleh mewujudkan jurang antara dua tiga empat atau sejuta insan sekalipun ?

Once berpisah ..

Lost contact. 

Tak dapat tahu perkembangan .

Rasa akward yang teramat sangat ..

Segalanya berubah .. dulu kau dengan dia bff ever ever ever.   Makan sama sama , tidur sama sama ,  buat semua sama sama.. But now , bila jumpa , masing masing diam , nak cakap apo ? Aku pandang hang , hang pandang aku . Then ?

Actually , aku daripada kecik dok ade best friend .. yang ada cumanya kawan buat main salai daun jambu jek ...

Sehinggalah aku pindah time darjah 5 .. kat sana aku jumpa ramai uolls kawan kawan yang damn nice very much . Aku start faham macam mana nak jadi a good listener .. A good friend ..

Sampaikan kami wujudkan satu group TPOS .. her her , sweet tak ? Yang terdiri daripada 6 orang .. masing masing ada couple .. dgn group ni satukan kami , weolls jadi rapat , selesaikan masalah sama sama . Selain TPOS .. Aku ada ramai kawan yang sampai sekarang aku masih ingat . Aku ni bangsa jenis tak reti nak bergaul dengan ramai orang , tapi banyak mana y aku kawan aku akan ingat . Jadi , cukup lah aku ada dua tiga yang rapat . But . Yang lain pun aku kawan jugak ..

Tapi . Lepas UPSR . Aku dah lost contact dengan semua . Either TPOS or kawan yang lain ..

Kami dapat result yang sama ..  Cuma dorg bertuah sebab dapat asrama ..

So aku jalani kehidupan aku sebagai pelajar sekolah harian .. Tapi masih terselit kedukaan di dalam hati yang suci ini . Eceh . Ok bukan ini sebenarnya aku nak cerita .

Jadi , aku masih try nak rapatkan each other . Since aku masih kat kedah tahun lepas . Boleh la hang out kalau cuti panjang panjang.  Time tu rasa tak akward sangat sebab semua masih baru nak sesuaikan diri dengan surrounding sekolah masing masing , jadi masih ada rasa rindu tak mau berpisah dengan kawan kawan .

But now .

When i looked at fb .. tambah tambah time cuti .. seems like they're happy w their life.  Ya ,  Aku pun tumpang happy le dengan kebahagiaan mrk . Bukan aku nak nengok dorg sedih memanjang . Cuma hati aku sometimes terdetik 'adakah mrk dah lupakan aku ? ' her her . Hati aku kalau bab ni memang mudah sangat touching .

Tambah tambah kalau cakap ' zati kawan kau si minah ni dapat pergi overseas .. yang kau ni dapat apa ? Dapat pergi over the sea ? '

Ohohooo, cik kak . Kalau kau cakap camtu kat aku , umpamanya kau serahkan diri kau kat buaya untuk dimakan hidup hidup . Aku 'naggappp' kau kat situ gak le .

Aku actually respect life dorg . Cuma aku rindu time weolls togather . Laughing ..

Aku kadang kadang boleh jadi stalker yang creepy .. hew hew hew .... seorang demi seorang aku stalk .. boleh dikatakan setiap kali aku stalk lah ... hati aku ni selalu je ada anasir jahat tahap setan . Tak suka tau .. --' selalu ja terdetik kat hati aku .. " ingat ke tak kat aku ? Ingat ke tak kat aku ? " hahaha, betapa lulls nya  ...

Saturday, 25 October 2014

Two different types of people nowadays

Dalam  beberapa minggu ni aku ada terlibat in a few accidents . Haha , accidents sangat ! --' . No actually beberapa kejadian yang akan menjadi ingatan aku selamanya supaya jadi tegas in whatever situation .

So....

Dua hari lepas aku pergi hospital . Dan aku breakfast kat sana sbb tak dan nak makan kat rumah . Since makanan kat sana sedap and affordable.... Selalunya aku amik bubur nasi dengan ikan bilis goreng , kicap dan bla bla bla yang seangkatan dengannya tuh . Tapi hari tuh aku terdetik nak tukar selera . Aku order soto kat bangla tuh ..

Me: soto satu ...

Lepas tu dia terus amik mangkuk dan bubuh nasi himpit .

Aku pun menjerit lah dalam hati ' Weh mangkuk .. Aku nak soto bihun lah  .. '

Pastu aku cakap le kat dia "soto bihun lah " dia dongak tengok aku Pastu  terus amik so'un goreng dia letak dua genggam .. dia bagi aku . Im just looked at sup .

Telinga aku dah berasap macam kereta api tahun 1886  .. panas je muka aku ..

' Bengong lah bangla ni . Nak bagi aku makan hapa ni . Kecik besar kecik besar je aku tengok kau . ' aku tengok mangkuk dan muka dia silih berganti . Dia buat muka ayam je . Cam tak bersalah lak . Haih ,.. Aku tarik nafas pepanjang sampai tk de oksigen boleh tarik dah . Aku hembus perlahan lahan .......

"Saya nak soto bihun ... bukan nasi himpit dengan so'un " dia nampak sebenarnya aku tengah bebal tahap nak cabut kepala dia . Tapi dia buat tak faham . Dok ape , dok ape ...

Dia cakap "in....ini lah soto " perlahan je dia cakap . Pastu dia pergi kat tray bihun  . Dia tarik bihun panjang panjang , pastu gaul  , mukanya pandang aku macam budak setahun mintak lollipop. Apa motif kau ? --'

Ada kakak tu datang dan tanya kenapa . Dia cakap dia nak soto dan pot pet pot pet .. Aku rasa sengal otak ja berdiri nengok muka dia lelama . Aku blah ..

Bila aku pandang belakang dia duk mengadu kat kakak tu sampai muncung mulut mulut . Ehh aku ikat mulut dia dengan tape nanti ha .. mengadu hapa entah sampai mulut panjang 3 meter .

Bila aku nak makan soto tu . Semua kembang . EXPAND ! Tk de sup  and the bihun be like ulat ulat kembung . Errrr, ni bukan sup namanya , macam sampah . Sup pun dah hilang tah ke mana . Tapi aku makan gak le walaupun muka aku dah macam gorila merajuk dengan girlfriend dia . Series aku bebal gila dengan bangla tu . Erghhhw!

The second story lak ..

Aku Kat shopping mall beli barang . Dah nak bayar dah . Depan aku ada cina lelaki tengah main tab sambil peluk fail . Aku tengok barang dia banyak je kat meja tu siap sayur tiga empat plastik sampaikan aku nak letak barang pun tak boleh .. Tapi dia relax je main tab .

Tengah nak jalan ke depan tuh . Kakak aku terlanggar benda dan terjatuh , i was behind my sister . Time aku nak tolong kakak aku , dia dulu dah duduk kutip barang tu .. tab dia dia kepit kat ketiak .. sekali tengok cam hindustan . Hehe . Lepas tu mata aku terjatuh kat minyak dengan stick sebelah kaki dia kat lantai .. pelik .. kenapa dia tak letak sekali dengan sayur ...

Lepas tu , aku usha je dia . Angkat plastik plastik tu ke depan .. Angkat barang barang bla bla bla tuh ke depan nak scan ...

Dah habis semua . Aku tengok cashier tu bagi baki kat cina depan tu . Baru hati aku nak cakap ... Dia angkat minyak dengan stick dia naik atas ..

Berbunga bunga mata aku bila teringat dia tolong angkatkan barang untuk orang lain . Humble gila lah . Aku salute dia ! Aku rasa dia mybe bos or something sebab dia pegang tab and files yang ada plan plan tuh . Entah la . But kalau betul dia bos .. Aku bangga gila le jadi rakyat malaysia .sbb ada masyarakat cam ni . Hahaha, cam besar sangat je jasa dia .

Siap dia bayar semua .. Aku tolak le troli ke depan .. Tapi dia tengah halang . Aku tunggu je lah .

Agak pelik sebab dia taknak cashier tu masukkan minyak dia dalam plastik . Dia suruh lekat tape je .

Lepas tu dia sedar aku tunggu , lantas dia keluar nak bagi aku lalu . Ah , so nice .
Aku lalu sambil tersenyum .. pastu aku cakap terima kasih .

Okay ..

So ..

Aku just nak cakap kat sini yang . Everyday .. Ada yang memerhati . Ada yang judge dalam diam .. Apa yang kita buat kadang kadang boleh mendatangkan marah orang and sometimes boleh buat orang bahagia . Walaupun ia takde kaitan dengan orang tersebut .

Apa pun yang kita buat . Dengan niat y betul . Jangan buat perkara yang mendatangkan fitnah .

Apa yang kita tolong orang . Walaupun sikit jasanya , bagi mrk terlau banyak sebab dah tolong . For sure semua pernah rasa cam ni . Speechless bila orang tolong buang sampah atas kepala...

Aku dulu . Bonet kereta tak tutup and kita orng dah nak kuar parking . Tetiba ada orang ketuk tingkap and tunjuk bonet . At first aku takut gak sbb mybe perompak ke hapa . But dia tolong tutupkan bonet . So nice .. sampai sekarang aku ingat ok .

Berbanding dengan bangla tu . Banyak sangat perbezaan ...

Note to myself jugak .

Tuesday, 21 October 2014

When people behave like shit to others

*kilat kan pisau *  , sama ada kau ni kurang kasih sayang ke .... orang dah bagi kasih sayang tapi kau tak faham bahasa ke ... atau memang tak pernah tahu kasih sayang tu hapa .. which one dear ?

Segelintir manusia macam ni la yang selau rosakkan semua benda . Straightforward , semua events atau perkara yang melibatkan dia . 100% mesti lingkup. Mungkin dia ada aura ... aura apo pun den dok tahu .. sama ada mulut dia , hati dia atau both ..

Aku takde niat nak point kat sapa sapa . Mungkin juga tk de kena mengena dengan aku.. just my opinion tentang manusia spesis macam ni .

Manusia yang spesis macam ni boleh juga dicampak ke dalam golongan yang UNIK . Ada kelebihan yang orang lain tak ada . Umphhh, very unique !

Iya.

Aku faham . Kita tak sempurna . Tak semua kita nak ,kita akan dapat . But , try terima apa yang dah tertulis oleh Allah untuk kita. Let it go . Tak kisah la sesusah mana pun nak lepaskan , asalkan kita try .

I wonder.  For those yang suka sakit kan hati orang ni ....

Are you happy w all of this ? Suka ke tengok orang sakit hati ? Dengan cara tu kau rasa kau happy ? Kau nak cakap yang "hey aku tak dapat ,dia pun tak boleh dapat la nyah ! " ... But , apa kau dapat atas semua ni ?  Tak dapat apa apa lah Weh .. buang masa , baik pergi baca novel . At least dapat la gak kebahagiaan walaupun sementara . Better baca Al quran ... tenangkan sikit hati tu , biar Allah buangkan rasa yang tah apa apa dalam hati kau ...

Macam mana kau boleh jalani kehidupan atas kesengsaraan orang lain ? How how ? Bayangkan kau dah bunuh semua orang yang kau tak suka ... Dan after dat , kau boleh pergi jogging hari hari dengan riang ria bersama ribena dengan lapang hati.. for sure lepas ni kau boring punya . Yo le , takda sesiapa nak bergaduh . Pastu kau menyesal dan exactly kau pun turut MERANA .... hmmm, kesian ..

Kejam kan . Happy atas kesengsaraan orang lain .. sampai masa benda tu 'pap' kena kat kau . Tahu le langit tu tinggi ke rendah . Memang kau down sangat sangat lahai .

Aku pernah usulkan pendapat aku pada Jihan ( berbangga lah kau , haha) .. satu situation yang paling dekat dengan kita and I'm pretty sure dat semua orang even nenek aku pun pernah lalui ni .

Situation 1

Bila orang tu datang kat kita slow slow bagaikan harimau nak terakam rusa ... pastu dia tanya

"Hey my swittie friend .. *sambil Gosok bahu .. berapa markah kau ? " Dengan penuh lenggok dan gaya dia bertanya . Sebab dia tahu markah dia paling tinggi dalam kelas . Well 100 kan.

"Hmm, tah le . Aku dapat 15/100 je . Tak tahu kat mana salahku .. " sipi sipi lagi nak nangis ni ha .

" Hmm itu la . Tapi kan aku rasa kau memang bodoh la sebab kita kan belajar sesama dari pagi sampai la pagi besok .. Tapi aku dapat je 100 . Tkpe , banyakkan bersabar " hamek kau . Kalau kena kat aku memang aku menangis tepi telinga dia atau aku sumbat meja dalam mulut membatak dia tu je . Dalam  Selimut ada duri ye .

But bila once kena kat diri sendiri .. menangis takdak arah cek oi .. habis semua nak sembur , cakap tuh cakap ni ... hey uolls , salah sapa sekarang ?  
Sapa yang jawab exam paper kau ? Kawan kawan kau ? Pastu kalau ceritanya kau jawab exam pakai toyol ?  Nak marahkan toyol sebab buat bagi salah jawapan sampai kau dapat -5/100 dalam exam? .. itu boleh pakai lagi. . Tapi kalau dah awak sendiri yang jawab paper awak tuh ... Nak marah orang buat apo yang ? Marah la diri kau. Suppose to be kau pergi depan cermin . Kau soal diri kau kenapa kau bodoh sangat , tak alert jawab soalan . Ni tak . Nak hentam orang . Ecehh, Ajet Ajet puas hati lettew .. her her her

Banyak lagi situations aku nak tulis.  Tapi kemalasan aku dah mencapai tahap badak bunting berendam .. nanti le aku sambung merapu lagi.

Saturday, 11 October 2014

sebab aku rindu .

yaa , aku rindu nak tulis dan membebel benda benda mengarut .. cakap sorang sorang . oh well , aku memang suka cakap macam orang gila tengah bebel kat tepi highway . so , now aku tengah break a few weeks *dua minggu je pun* daripada exam . 

talk about exam ,

walaupun pada entri entri yang dahulu aku berjanji dan bersumpah setia untuk mentaati masa sebagaimana pelajar pelajar cemerlang yang lain lakukan , hahahah .... aku still macam tengah cari habuk dalam longgokan sampah . sudah le tu , izzati memang suka cakap keling -.- hoi ! serius , 4 kali exam .. empat empat kali aku kelam kabut saat saat akhir . how was that ? tah lahai , aku benci gila stress !

aku memang baca .. semangat nya kiahh , sampai kan sebulan sebelum exam aku dah letak *nahh* bergunung ganang buku untuk menelaah . baca satu buku , ye faham ... letak tepi , buat nota . bayangkan empat kali exam aku ada empat nota sejarah bab 5 , BAB 5 sahaja . aku sedar , masa dihabiskan kat situ le yang aku tak sempat nak hafal bagai . lepas tu , dah baca , seminggu sebelum exam .. release tension sebentar . pastu PLUPPP ! lupa macam tu ja . aishh , aku gatal je tangan nak korek otak ni ha . T_T

tapi , alhamdulillah . boleh je aku buat exam . tapi tu la , persediaan nya aku rasa macam nauzubillah .. 


routine aku sekarang pun bertambah . rasa macam aku lah lelaki , aku lah mak (jangan percaya ! dusta ! haha ) , aku lah adik , aku lah pelajar . bibik pun sometimes .. but , aku suka keadaan macam ni . dah dapat bayangan macam mana bila aku belajar kat chicago nanti . etetetettt ! alah , takda la bertambah mana pun. malas lagi ada kut . pagi pagi aku malas nak masak nasi .. so , aku rembat je la apa yang ada dalam almari . 

pada peringkat yang begini . tahap kemalasan aku nak memasak adalah 99/100 kecuali masak air , masak nasi . dulu , aku selalu uolls tolong mak aku masak , ingat lagi tahun 2013 aku dengan geng geng aku pakat nak bawak nasi goreng hasil air tangan sendiri g sekolah . aku pun suruh mak aku ajar , pastu aku halau mak aku g siram pokok dan aku dok ketung ketang ketung ketang kat dapur . pastu orang puji aku masak sodap . hahaha ! nade.... biasa saja lo .

tapi sekarang . hambek kau ! lepas aku berjauhan dengan mak aku . aku jadi allergic kat masakan aku sendiri sebab aku pernah masak nasi goreng takde rasa , mee goreng berkuah masin.. tengok , betapa pentingnya kehadiran ibu dalam hidup kita . so , respect our mother . aku pun hairan , how can nasi goreng aku takde rasa ? pelik doh . aku letak garam semua dah . aishh , umi .. lepas pada kejadian yang mengerikan itu , aku stop memasak . aku benci masakan aku . hahaha , nantila aku belajar dengan mak aku ,itu la dia belum habis turunkan ilmu ilmu berkuasa dia kat aku , aku dah pindah kl . 


daripada apa yang aku perhatikan , ada baik buruk duduk jauh ni . tapi kalau tengok kat aku lahai , buruk nya yang banyak . bila kat sini aku dah kena buat kerja rumah , basuk baju dan bla bla bla tuh . bila balik rumah mak haku le , I'll be a Queen . pagi makan , petang makan , malam makan ,lepas tu tidur , tengok  la sikit pemandangan kat luar , selebihnya aku menjadi kawan rapat dengan sofa , katil , carpet . 

mungkin kat sana , graviti lebih kuat kut . tah la , tapi kat sana aku selalu mendarat je . atas lantai pun boleh tidur . anywhere !! sebab tu la bila balik kl , aku nampak gemuk macam betty (aku kan pakai spect , harus la betty sbb macam comel gitu ) .. mai cek habaq mai . seminggu aku kat rumah , seminggu tu la pagi petang malam makan menu aku . semua aku order kat mak aku . yo la , bila lagi mau manja manja ngn mak tite . sebab tu la . i always put my mother here *heart* =)

Thursday, 9 October 2014

Rest ..

I'm resting now . Berkabung . Hahaha , hari gelap sedunia . I put everything in black . Either wallpaper phone, wallpaper whatsapp, DP fb whatsapp .. yaa, dats cute . Very Omaigod cute . Starting now , my favourite colour is black . I love black so much . And , same goes to my heart . Black in colour .

Sudah . Tersampuk jin bi . Anyway,   aku tengah happy gila nak mati tercekik kaki lembu . Nak lompat sampai langit and act like I'm a bird . Exactly . When my heart was hurted ... I love to comparing myself with bird . Because , there *pointing to the sky* ... there is the most peaceful place . I'm free there . Without thinking others . For sure a bird also has life . And they're happy living their life . Bebas berterbangan , sapa nak kacau ? Dari satu pohon ke satu pohon . Dari bawah ke atas . Bosan di bawah , terbang ke atas. Hmm,

I wonder .

Why I'm always hurted ? 
Why I can't get a part of happiness ?

Faith .

Takdir .

Takdir tempatkan aku kat sini dan hidup begini . Takdir Allah .

Aku faham . Aku tak mempertikaikan takdir .

Ditulis begini ,

Hidup pun begini lah .

Allahuakbar ...

####

Luahan aku ... 1 2 3 go !

Aku tak faham keadaan macam sekarang . Exactly aku belum Meatured !  Aishhhh, lembab betul nak faham keadaan yang as simple as ribbon . 

Kalau aku diberi satu hadiah . Aku pilih , aku nak hadiah dimana aku dapat baca isi hati orang . Supaya . Aku tahu apa yang dorang fikir pasal aku . Apa sebenar benarnya perasaan orang . Supaya aku boleh pilih hati yang betul betul dengan aku . Ikhlas ... Supaya aku tak salah anggap dan buat kesimpulan sendiri yang boleh membawa kepada pergaduhan ... Supaya orang tak tipu aku ...

Tapi, itu lah cabaran ,dugaan Allah, ujian Allah . Hati Dan perasaan . So lebih private kalau tak dapat baca hati orang ... sbb hati tak boleh tipu .....

Talking about rest ..

Really, I need rest .

Rehat daripada perasaan ,
Rehat daripada ribut taufan,
Rehat daripada angin kencang ,
Rehat daripada bercakap ,
Rehat minda ,
Rehat hati ,
Rehat mata,
Rehat mulut,

Sebab . Aku penat .. disebabkan aku tak merehatkan benda benda alah tu la hati aku sekarang macam kapal karam kat laut hindi .

Satu hari aku mintak , aku taknak bercakap .. Tapi masalahnya , setiap kali aku jumpa kawan kawan aku . Mulut aku dah macam kuali karat uolls . Borak sembang sembang borak gelak !  So how ?

Damai lah kau disana ....

Damai lah

Damai .....

Monday, 6 October 2014

Apa yang aku lebih cenderung kepada

Assalamualaikum ,

Apa yang aku minat . For now kecenderungan aku agak matang . Har har , I am trying to be meatured . Open minded , not too childish .. tapi hakikatnya , suara aku macam budak budak Gedik , ketinggian aku macam budak kecik , kalau aku marah pun pemikiran aku macam budak kecik . So , what now ?

Tapi sekarang . Bila aku cakap I'm trying . That means aku tengah dalam proses kematangan lar . Tak semua benda kita boleh jadi matang . Berfikir secara matang . Sometimes, we have to enjoy our life .  aku tak pasti aku ni budak ke mak nenek yang suka membebel . What do you think ? Aku benci gila kalau orang bebal kat aku hari hari pastu benda yang sama.  Kalau setakat pendek pendek tkpe la . Ni ha , sampaikan aku nak mandi pun terpaksa bersila mendengar khutbah undang undang nak mandi . Etika dslam bilik air .
Pikir ni bilik air sultan ?  VVIP ? Sampaikan nak letak carpet dalam bilik air .

Aku tak puas hati ni ha sal bilik air.

Aishhhh,

Weh,dah nama bilik air of cos la tempat di mana kita hendak membersihkan diri menggunAkan AIR . ade orang mandi pakai angin ?  Lepas tu , keluar bau wangi macam gula gula ?  Nak nak je aku sedut kepala pakai vacuum . Kalau mandi of cos la basah Weh . Aku tak tahu kalau certain persepsi y mengatakan bilik air tak boleh basah . Its Okai because it's depend on cara hidup dorg , protokol nenek moyang ke.  Tapi kalau aku , there's no etika dalam bilik air kecuali kalau buat bilik air tu serupa sunway lagoon .

1st . lantai bilik air tak boleh basah . Pastu macam mana ?  I wonder , macam mana nak mandi tanpa basahkan lantai bilik air?  Nak buang hajat , nak basuh muka nak Gosok gigi without basahkan lantai .. semua tu pakai air kut . Dan aku betul betul tak faham protokol ni . Aku pernah pergi shopping mall ni , toilet ya of cos lar macam buat pameran emas .
Dan kat lantai tu takde air . Iye aku faham . But takkan hmm , ok dah pening kepala aku pikir . Tu baru shopping mall . Kalau rumah y mempraktikkan protokol macam tu ...

2nd . Paip air macam kat KLCC . Ok dah aku taknak comment but aku tak suka ni.  Kau tahu benda ni menyusahkan gila.

3rd.  Lepas guna kena mop . How about this ?  Allah... Aku rasa ni macam psiko gila . Rasa macam geli sangat ke kalau ada air dalam bilik air ?  I think it's suppose to be " dry room " Pastu letak tanda " no water allowed" . Perlu ke mop lepas mandi ?  Kau bayangkan tak moyang dulu dulu mandi sungai macam mana , basah basah naik kat gigi sungai ( haha, macam tk de kaitan lak ) James Brooke ke Parameswara mandi pun pakai air . Mop lantai sebab nak tidur dalam bilik air ? Ke takut air ? Orang kampung Cemana lak hidup air melimpah limpah kat bilik air .

Aku pernah la tengok cerita jepun ke korea tah . Yang bilik air dia very neat sampai tk de air pun kat dalam toilet pastu berus gigi pun sopan sopan je.  And I`m pretty sure that masyarakat Malaysia nak ikut budaya barat y mandi dalam bath tab without air yang melimpah Dan boleh Baca Surat khabar sambil  mandi .

But , ketahui lah bahawa kita berada dia Malaysia dia mana suhu sehari hari ialah 26°c upper . Dan bukan di Chicago yang suhu hari hari dia 11°C yang tak payah mandi , just basuh muka pun dikira mandi . Tapi malaysia , tak mandi .. acah basuh muka , mandi ala kadar . Alamatnya , bau macam susu basi lar . Malaysia panas lembap kut. 

Jadi , intro aku pun Dh macam mak nenek . Kesimpulannya , aku suka sangat bagi ceramah kat orang while aku benci gila kena bebel kecuali mak aku . Aku redha mak aku nak bebel
Banyak mana pun aku suka .

Selain daripada minat membebel . Aku juga ada minat beberapa perkara baru , benda baru dan hal hal yang baru .

Sunday, 5 October 2014

Hari Raya Aidil Adha

bergema takbir di pagi raya . menyambut aidil adha . bulan mulia . uuuuuuuuuu..... bersyukur pada yang esa .. (tak ingat dah )


jadi , ketika aku sedang menulis ini , takbir sedang berkumandang dari merata rata tempat di seluruh daerah Klang .selepas aku menutup buku di pagi yang hening tadi , aku berjalan menuju ke jendela untuk menikmati keindahan pagi . dari atas , kelihatan hanya beberapa kereta yang tinggal dan termasuk kereta aku . woii ! mana p semua manusia ? balik kampung kah ? serius lengang ..hanya takbir dan siulan burung yang kedengaran . saya terasa di hati . sambil menyedapkan hati , aku kembali membuka buku .. acah acah  nak baca le .kemudian sekali lagi aku menghampiri jendela apabila takbir semakin kuat kedengaran ..

 Allahhuakbar Allahuakbar Allahuakbar .... lailahailallahuallahuakbar ..

dari hujung jalan ada satu keluarga menaiki motor , ayah anak dan ibunya . pakai pakaian raya . *aku tengok kat tee shirt aku pakai * . slow pulak motor ni bergerak , nak bagi aku usha lelama ke  macam mana ni ? aku masih melihat .... pada waktu itu , aku tak fikir apa apa . erti kata di sini adalah , takda la aku nak fikir kenapa nasib aku sebegini kenapa itu kenapa ini . pelik kan ? aku tenang . cuma terpalit rasa sebak kat dada . mak ayah aku tak raya dengan aku . 

(ni bukan rumah aku pun .)

takkan ada bersalam salaman . main bunga api keliling rumah . buat ketupat sama sama . tukar langsir sama sama . apa lagi ? hmmm , ya basuh panggan . pergi sembahyang raya . everything la yang selalu kita buat time raya . aku tak dapat untuk raya kali ni .


by the way , ini first time aku beraya while mak ayah aku jauh nun kat sana . aku try biasakan diri  . well , hidup takde cabaran apa makna kan ? it's like corak kain batik lar . aku nak bagi kain batik aku bercorak cantik cantik . 



(again sorry ciplak gambar .. google bagi . lagipun gambar ni buat aku teringat kembali nostalgia .. ehhhh , dafi ! har har )

sekarang baru aku faham macam mana perasaan menjadi anak perantauan . haha , lol .


oh ya . satu aku nak share . tentang FAKE . 

bagi aku fake penting . sebab , takkan lah dalam semua perkara nak jujur right ? but berpada pada lah . sometimes kita perlu react like we're strong and can stand in whatever situation . sebab kita adalah popeye !! yay !  sama ada sebab kita taknak meraih simpati daripada orang dengan mereka cerita hidup kita macam kisah yang paling sedih la kat dunia . atau kita tak nak orang fikir kita lemah . macam sama je dua tu . haha , biar le .


yang menjadi masalah kalau terlalu jujur ni , kadang kadang boleh memburukkan keadaan woi ! habis semua nak dijaja nak cerita . pastu apa tinggal ? 


at the end of the story : aku excited sbb pada umur 14 aku boleh raya without my parents .. gila tak sedih ? nak meraung tau tak bila dgr takbir but aku tahu ni takdir aku . hidup je lah .