Wednesday, 17 June 2015

1 Ramadhan vs PT3

Assalamualaikum,

pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. wahhh sangat kan! masa passed by macam jet je kan kan. aku masih tak sedar diri yang aku nak amik exam hoho lagi beberapa bulan. (masih tak sedar............baju raya dah siap 4 helai padahal aku balik raya 3 hari -_-)

sofa so good...aku dah berpuasa kat sini almost 2 kali=2 tahun. menu sahur yang paling sedap ialah ayam masak kicap,
daging massak kicap,
ikan masak kicap.
 hahahaahah..... pagi pagi buta, tekak aku cuma boleh terima kicap sahaja. memang tak lah, nak masak gulai pagi pagi. aku bukan mak mak yang ready nak masak 10 hidangan sekali gus.

entah apa la mak aku masak sahur kat sana eh.. mesti sedap lagi dari apa yang kami makan kat sini sobs sobs

selain daripada itu, hari ni jugak aku dapat soalan untuk pentaksiran geografi. hahhahahaha (gelak cover) habis kembang semua nerves nerves aku. simple soalan dia, tapi nervous aku mmg lost control.

tak tahu pulak apa faktor utama aku terlalu nervous ni, tapi yang aku tahu aku ada matlamat yang wajib aku tunaikan sejak aku darjah 6 lagi. so aku tak nak benda ni sia sia dan result aku  disia siakan oleh MRSM lagi T.T


Wednesday, 10 June 2015

sebalik tabir PT3 aku

Assalamualaikum,
Sakan eh aku meng-update-kan entr i baru setiap hari. HAHAHA *evil laugh . minggu depan aku dah start PT3.. jadi haruslah membuang rasa seram dan rasa meremang dengan aktiviti menulis.. next week aku start exam dengan subject sejarah dan geografi. Moga dipermudahkan

P/S ; kalau nak doa kat aku, mintak lebih sikit kat subject sains dengan math ya. Hahah, melebih

Well.. aku pernah alami saat segala rasa cuak berhimpun semasa aku nak UPSR dulu. Time tu kan first time amik exam rasmi. So gabra dia tu lain macam sikit, rasa berpinau mata aku bila langkah masuk dewan exam. Bapak serammm!

Tapi, ada satu mimpi aku yang belum aku reality-kan daripada UPSR dan aku harap aku dapat reality-kan dengan baik dalam PT3 ni. Amin.

Aku cerita secara ringkas.

2012
Alhamdulillah time result keluar akuu dapat 5A. Saat tu paling best walaupun aku tak menangis kegembiraan. Mak aku siap pegi call abang abang dan kakak kakak aku lagi nak inform. Siapa tak seronok kan ? macam aku dipinang anak raja rasa..hmmm..seronoknya kawin anak raja (hahaha)

Dan skala kegembiraan aku menjadi jadi bila MRSM panggil untuk interview. Tapi time tu skill komunikasi aku sangat low. Nak cakap sepatah pun, habis peluh jantan betina keluar memercik-mercik.

Lepas daripada tawaran tu memang ‘krik krik krik’ ah. Satu tawaran pun tak dapat kat aku, aku melangut melongo la macam pakcik jaga kerbau . Sadis! Aku tengok classmate aku yang lain siap dapat empat lima tawaran dalam satu masa. Asal aku TAK DAPAT  T.T

Ahh takleh gambarkan dengan tulisan betapa sakit cam hapa hati aku sebab tak masuk asrama. Padahal, aku siap mimpi aku nak bawa bantal busuk yang mana satu untuk pegi asrama ni.

HABIS,APA MAKNA 5A AKU?

Setahun aku makan hati berulam jantung kerbau masak tempoyak.. bukan taknak bersyukur. Dah banyak kali aku pujuk hati aku biar redha. Kau pikir senang nak lepas harapan yang aku tanam bertahun tahun untuk masuk asrama T.T

Aku rasa the whole life of me dah broken. Fully broken. Tak ada life. Sebab masa tu bagi aku, masuk MRSM adalah langkah pertama untuk aku jadi doctor. Mana hala tuju aku lepas ni ?

Tiba tiba aku teringat balik.. aku pernah gagap masa jawab soalan masa interview tuh. Maihojjj! Asal la mulut gatal nak gagap masa tu jugak -_-

Jadi aku tanam dalam diri. Kalau lah ‘berdikari’ yang halang aku untuk masuk  MRSM. Okay ! I will.

I will show it. Aku pun boleh jadi student yang berkualiti macam orang lain ah.

Mau tak sakit hati.. masa depan aku dah menyimpang kut. Orang duduk asrama, aku kat rumah mangadap rumput yang kian memanjang.

At last, aku bawa perasaan tercabar aku sampai Klang ( where I live now). Aku cakap kat diri aku, ‘’okay zati,from now on kau  bukan lagi budak stupido yang tak pandai berdikari. Bukan lagi anak emak. Just show to them, kau boleh create life kau sendiri dalam umur 14 tahun. ‘’

Susah sangat kan,, hahahahaha. It’s me at 13 years old. Aku buat keputusan tu sebab aku rasa macam semua orang tengah cabar aku ( bagi nasihat sebenarnya) ..

It’s almost 2 years I’m here. Belajar berdikari lah sangat . HAHA *evil laugh
2015

Aku mintak sangat supaya benda tu berulang lagi. Hakikat tu memang susah untuk diterima dek akal sebab aku dah mind set  asrama asrama asrama.
Mimpi ngeri!!
Whatever it is, Allah lebih tahu apa akan jadi pada masa depan aku



kebetulan sangat suis tu menyibuk kat situ.