Wednesday, 26 August 2015

EDZ Boutique

P/S : sebelum memulakan pembacaan, sila sedar yang kehidupan kita adalah berlainan and how we get through it are very different. At all. So. Yaa.
Assalamualaikum,
Bila cakap pasal fashion. Hahaha. Aku pon tak tau nak namakan fashion aku ni sebagai apa. Aku ikut trend zaman bila pon aku tak tau. Asalkan aku pakai lolfs. Bukan aku tak concern pasal fashion yang trending kat malaysia ni.
Tapi entah.
Nak pakai dress , jubah ala ala princess - aku bukan lah ayu sangat dan aku yakin aku tak akan selesa pakai dress. Oh aku teringat satu cerita tahun lepas. Kakak aku belikan aku pink dress yang serious pinky dan ayu dan kembang which is bila kita pusing, so kain tu akan follow 360° secara berkala. And material lycra.
Nak jadikan cerita. Hari tu hari engagement kakak aku. So aku pakai lah lawa lawa walaupun aku tau hakikatnya tempat aku kat dapor.. you know, bila lalat banyak tengah menggedik kat makanan, kita kena la letak kertas gam tu kan.
Yah. Aku dengan seronoknya nak bunuh lalat secara lembut pon letak lah di merata rata tempat yang strategik.
Dan.
Bila aku keluar nak refill air, aku terpijak kertas lalat tu dan kain aku bergulung gulung kat gam lalat tuh. What snsjdbdusuuqbwjqo -_- ? Aku baru nak control ayu dan manis depan anak saudara lelaki belah bapak aku hahah . Kuaja betul la weh kertas tuh.
Malu weh. Hmm. Nasib nak mertua tak tonton sekali. Anak dara apa tak reti pakai dress hahaha.
Okay next.
Nak pakai kemeja ala ala boyish- aku tak lah macam tu juga.
So aku stay dengan style aku yang kadang kadang sweet nih . Mihmihmih.
Aku jenis suka yang macam blouse sampai lutut yang boleh pakai dengan jeans. Tee pakai dengan jeans. Sometimes kemeja dengan jeans. Bersama shawl lilitan zatii . Aku langsung tak prefer diri aku untuk pakai skirt. Menyusahkan. serious.
Tapi. Lately ni. Dunia macam perli aku  -_-  macam hina je aku sebagai pompuan tapi tak pakai dress sobs.. So aku slow slow nak jadi ayu haha.
But still. Hanya certain dress yang aku pilih.
And the point is. Tadi aku beli dress kat EDZ Boutique kat Seksyen 7.
Aaaa! I'm dying with the color. With the material. With the design . Even its button.  Bsjshsiwvaoq >< serious dress ni mmg kena dengan aku. Elegant. Stylo tapi in the same time simple. Tak crowded dengan manik manik. Terletak elok kat bahu aku.. T.T material silk tapi tak shining macam shine bright like a diamond. Semua jenis dress kat situ semua citarasa aku. Simple. Tapi still attractive. Suasana boutique pon tenang, tak rush, tak serabut. Hmm. Ok dah la zati.

Sunday, 23 August 2015

Ramisya dah lahir - 24/8/15

Assalamualaikum..
Deyy ! Happy birthday weh. Walaupun aku terlupa yang harini birthday kau. Tapi alhamdulillah, pagi pagi buta semalam aku dah ingat balik.
Disebabkan esok trial. Jadi tiada hadiah untuk kau. Huahaha.
Hmm. Aku cuma boleh replay apa yang kita dah lalui.
So.. yah here we go.
2014
Pertama kali aku masuk kelas 2u, engkau bukan lah orang yang pertama aku nampak, sebaliknya mencari tempat kosong. Dan orang yang pertama aku kenal bukan lah engkau juga tetapi beberapa pelajar yang aku jumpa kat gate dan juga Raihana. So, you're not my first experience etc.
Tapi aku mula recognize muka kau sejak kau cakap pasal E**** D***** .  Aku ciwi sebab kau kenal dia dan aku pon kenal. Ahaha.
Yang kedua, aku aim kau sejak Cikgu. Suliawati tanya pasal profile semua classmate. Sampai hari ni aku ingat kau cakap kat cikgu yang kau suka MINI COOPER while aku cakap kat cikgu aku suka AUDI. so yah. Nampaknya kau nak tiru aku lepas aku cakap macam tu. -_- aku faham kau weh . Aku still own that AUDI.
Anddddd. Tc. Ruth tempatkan kita kat tepi tingkap. Mulanya aku tak selesa dgn ko gak sbb engkau too up to date while aku macam haprak. Tapi duduk sebelah tingkap yang kita rasa itu satu bebanan sebab Tc. langsung tak nak ubah sampai abeh 2014, tu sebenarnya makes our relationship lebih baik.
SERIES KITA LANGSUNG TAK SEDAR. right ?
:) it was an appreciateable experience last year.
Setiap hari hari kita mesti ada rungutan.
Ko - " panas la duduk sini. Panas nak mampos panas macam duduk dalam microwave, panas macam sauna. Teacher ni tak kesian kah. Panas itu panas ini panas panas panas panas."
Kau tau tak ,sebenarnya kan. Telinga aku hampir bernanah dengar rungutan tak berasas kau hari hari. Yah..
Aku " langsir ni macam langsuir betul la. Langsir ni boleh tak jangan terbang. Langsir ni tah apa apa. Langsir please! Aku takleh belaja la dengan langsir macam ni. Ahhh,"
Yeah. Realiti lah tu
Next to that,
Walaupun aku bukan lah pandai sangat nak ajar kau math dan reality nya aku selalu ajar ajaran sesat. But still kita belajar sama sama.
Kita selalu kutuk someone yang hanya kita je tahu bahasa kiasan tu. Hahahah.. so that org tak tau yang kita tengah kutuk dia. Lolfs.
Dan aku nak kau tau..
Aku sebenarnya tak takut kilat pon hahahahahaha >< auta je lebih weiii. Sowyy
Kalau kau ingat lah.
Tahun lepas , hari tu gelas sangat suasananya . Macam dalam movie pirates of carribean. Hijau mau langit. Huih. Lepas kau balik kelas. Hujan terus turun lebat.. Aku sebenarnya takut langit tuh gelap bukan kilat hahaha tapi bila kau asyik marah aku cubit kau. Aku laaaaaggggiiii la nak cubit hang!
Hmm. Aku rasa itu je memory yang boleh aku expose. Selebihnya, simpan lah diam diam.
***
Maafkan kekasaran aku selama ni. Aku tak suka gurau dengan kau, macam geletek ke tampar manja ke. Hmm. Kalau aku bagi tampar manja kat kau, alamatnya seminggu kau  dapat bengkak cantik kat pipi. Hiks.
Tapi apa sahaja yang aku create. Sifat tak senonoh aku, day dreamer, gatal etc. Semuanya hanya untuk cipta memory kita sebagai sahabat, kan WALA ? Sebab aku berpegang yang serius kita tak boleh berpatah balik pada masa masa macam ni. So why not aku jadikan dia memory yang terindah.
Tu je la.
Happy birthday weh.
Bai.

Saturday, 22 August 2015

#capAcapT

I hope someday you will find all my quotes, all my words, and read them all. I hope you'll know that they're all about you.
-p.charming

Wednesday, 19 August 2015

Gementar

Assalamualaikum,

Minggu depan aku dah start trial pt3. Sungguh, aku semakin curious dengan masa depan aku. Ahh! Aku dah usaha yang terbaik walaupun kehidupan aku tak stabil. Aku cuma berharap aku berjaya! Aku harap nasib menyebelahi aku, sebab aku pon bukan lah pandai dan genius.

I dream big.
I have a big plan.
I have one mission.
It is you.

*tak pasal pasal.

Sementara tunggu trial , mari kita berbicara. :p

Ehemm.. masa on the way balik sekolah tadi, aku bermonolog sendiri. Aku perhati apa sahaja yang lalu depan aku. Aku tersedar, kalau kita nikmati kehidupan, setiap helaian daun yang gugur dari pokok pun akan terasa indah dan tenang. Sedangkan, daun yang gugur tu bukanlah sesuatu yang baik. Maksud aku, daun yang gugur tuh semestinya daun yang dah tak diperlukan, yang dah kering, tak cantik. Tapi bila kita hayati kehidupan, semua tu akan nampak berharga.

Aku dapat satu mesej kat sini, kalau kita betul betul hayati kehidupan kita, hargainya.. masalah datang berhubung-gulung pun kita masih menghargai kehidupan.

Dalam konteks yang lain pula.

Bila kita ada masalah, pasti kita akan tengok kehidupan orang lain kan ? Kadang kadang memuji, kadang kadang membenci. Semuanya sebab cemburu.

Bila kehidupan kita terumbang ambing, tambah pulak kita nampak kawan kita tu beli set barbie baru. Kita akan cemburu kan ?

· Kenapa tak aku yang dapat barbie ni.
· Kenapa kehidupan aku tak macam dia.
· Life dia begitu indah untuk dinikmati.

Cemburu tak salah*mengikut terma dan syarat* dan cemburu tu ada dua aspek.

Pertama cemburu yang membawa kepada kebaikan.

Kedua cemburu yang membawa KEJAHANAMAN.

dua dua jenis itu bergantung pada keadaan lah.

Macam aku, dah sedia maklum. Aku belajar idop sendiri. Aku takut nangis sendiri. Jadi confirm lah, bila aku nampak satu kehidupan rakan aku yang perfect. Aku akan cemburu. Aku pon pernah tertanya kenapa aku pilih jalan yang membawa kesusahan kat aku ?'dan kenapa aku tak lahir dalam keluarga yang kaya ?

Tapi aku dapat jawapan yang kalau aku kaya raya raya sekalipun, aku tetap juga akan ada masalah. Macam mana sekalipun keadaan kehidupan aku, aku tetap akan tempuh masalah. Tak boleh lari.

Jadi bila aku tengok life mereka. Aku cakap.. yah, mereka pon akan ada bahagian mereka sendiri. Cuma cepat atau lambat. Faham tak ?

Maksud aku.
Sekarang mungkin kawan aku bahagia, tapi dia juga tak dapat elak ujian yang Allah akan bagi. Cuma cepat atau lambat tu bergantung pada masa dengan situasi dia.

Allah letakkan aku dalam banyak keadaan yang buatkan aku tersepit. Hampir semua ujian yang Allah bagi kat aku tu , aku kena pilih salah satu jalan penyelesaian maut. Sama ada A atau B , dua dua perlu pengorbanan.

Tapi aku fikir, yah mungkin ini bahagian aku, dah sampai masa untuk aku diuji. Tapi jangan risau dan jangan cemburu sebab orang yang bahagia hari ini tak semestinya akan bahagia esok. Dan lusa tak semestinya dia tak bahagia pula.

Entah. Tapi statement macam ni buatkan hati aku rasa okay sikit. So aku tak lah nak salahkan takdir.

:) ingat semua perkara positif untuk dapatkan hati yang relax.