Tuesday, 24 November 2015

Islam tak complicated

Assalamualaikum, 

aku copy article ni daripada blogger yang aku jumpa. terima kasih daun keladi :) aku harap aku tak berdosa sebab copy hasil dia HAHAHA.. benda baik elok share, lagipun untuk renungan diri sendiri.
.


Bukan Islam melihat agama Islam adalah agama yang susah, banyak pantang larang, ini tak boleh itu tak boleh, ini dosa itu dosa, ini masuk neraka itu masuk neraka, islam memang agama susah sedangkan agama lain mudah je. Bahkan Muslim sendiri merasa islam adalah agama yang susah.
1. Islam nampak susah kerana adat
Sebetulnya kalau kita lihat islam daripada sumbernya yang asal iaitu Quran dan Hadith (Ajaran Nabi Muhammad) maka Islam adalah agama yang paling mudah berbanding agama lain. Bukan Islam kelihatan susah kerana Islam telah dicampur-aduk dengan budaya tempatan, contohnya kebiasaan kita lihat kalau orang Islam kahwin maka perbelanjaan yang dikeluarkan lelaki sangat tinggi, lelaki memberi hantaran yang tinggi kepada perempuan. Hantaran yang tinggi adalah menyusahkan bagi lelaki, kemudian lelaki kena bayar pakaian pengantin lagi belum lagi kenduri kendara maka kahwin itu sangat susah.

Bahkan kadang lelaki terpaksa buat pinjaman atau loan kerajaan semata-mata hanya untuk kahwin, terpaksa berhutang sampai melahirkan tiga anak baru habis langsaikan hutang. Adakah ini ajaran islam? Kalau kita lihat ajaran islam yang sebenar maka islam adalah mudah dalam hal perkahwinan, lelaki hanya memberikan mahar dan majelis kahwin. Mahar kahwin tak perlu mahal-mahal yang penting barang yang mempunyai nilai dan pihak perempuan bersetuju. Manakala majelis pula hanya majlis makan-makan biasa sebab majelis itu hanya untuk mengistiharkan kepada saudara mara atau jiran bahawa mereka telah berkahwin supaya tak timbul isu atau fitnah kalau orang lain nampak mereka tinggal bersama.

Sebetulnya perkahwinan dalam islam sangat mudah, persiapan untuk melayari rumah tangga dari segi pengetahuan dan panduan mendidik isteri dan anak adalah yang utama bukan majelis kahwin atau bulan madu.


2. Islam agama yang Mudah
Kalau kita rujuk kepada Quran maka Islam adalah agama yang mudah seperti disebutkan dalam ayat-ayat berikut:

... Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur (Al-Baqarah 2;185).

Kadang kala kita nampak sesuatu itu sangat susah tetapi sebetulnya benda itu mudah tetapi sebab kita tak biasa maka benda itu jadi susah. Islam juga melarang benda-benda yang menyeronokkan dan membawa kelalaian seperti minum arab, sex bebas dan lainnya maka nampak Islam agama yang susah kerana terdapat pantang larang. Padahal hanya sedikit pantang larang itupun untuk kebaikan manusia, setiap larangan membawa kebaikanAllah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai ciptaan-Nya.

Analogi supaya mudah digahami, Honda telah melancarkan penjualan kereta Honda Nano terbaru, teknologi yang dipakai sangat canggih dan tidak ada maklumat yang tahu kecuali perekanya. Jadi pereka kereta Honda Nano telah membuat manual dengan mengatakan kereta Honda Nano tidak boleh menggunakan petrol biasa tapi harus pakai Primax 3, disebabkan pengguna telah biasa pakai petrol biasa maka digunakan petrol biasa. Tiba-tiba kereta Honda Nano tak dapat hidupkan mesinnya. Jadi siapa yang salah? Pereka Honda atau pengguna yang tak mengikut panduan yang diberikan?
Sebab apa?

sebab pereka Honda Nano tersebut lebih tahu seluk beluk rekaannya berbanding pengguna. Macam tu juga, Allah larang dan suruh sesuatu untuk kebaikan manusia sungguhpun kita nampak susah tapi ada kebaikan disebaiknya. Sila rujuk ayat di bawah:


3. Allah tahu apa yang tidak diketahu manusia
... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah 2;216)

Analogi, Anda mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 tahun, tiba-tiba disebelah rumah anda berlaku kebakaran. Bagi seorang budak melihat api suatu keindahan, dia minta main api. Sebagai seorang Ayah yang bijak, adakah anda membenarkan dia main api? Pasti anda tidak benarkan dia main api sebab anda tahu akibatnya tapi bagi budak berumur 3 tahun, sungguh seronok kalau dapat main api. Bestnya..... Sekarang zaman demokrasi, anak anda minta bantu dengan jiran untuk menulis protes...SEKARANG ZAMAN DEMOKRASI, AYAH TAK BOLEH MELARANG SAYA MAIN API... ITU HAK SAYA..Adakah anda benarkan?

Sebagai seorang ayah yang bijak, pasti anda tidak benarkan dia bermain api bukan? Begitu juga dalam Islam ada sedikit pantang larang adalah untuk kebaikan manusia, manusia tidak tahu Allah lebih tahu. Memang dalam Islam ada sedikit pantang larang, sebagai contoh Islam haramkan minum arak tapi berjuta minuman lain boleh diminum, begitu juga dengan pengharaman babi. Cuba lihat berapa juta jenis makanan lain yang boleh dimakan selain babi itupun atas sebab untuk kebaikan manusia (Sila rujuk Tajuk KENAPA ISLAM HARAMKAN BABI?). Sebetulnya pantang larang atau undang-undang tersebut untuk memudahkan manusia dalam mentadbir dunia.

Analogi, Tepat jam 5 petang Najib istiharkan bermula sekarang semua lampu isyarat di KL dihentikan dan pemandu boleh memandu sesuka hati. Cuba fikirkan, apa yang akan berlaku di KL? Kalau sebelum ini balek dari KL ke Kajang ambil masa 45 minit maka hari itu ambil masa sampai 6 jam sebab banyak kes langgar dan jem yang begitu panjang sebab semua pemandu mahu cepat dan jalan dulu sehingga kereka terlanggar dan sesak. Makanya undang-undang jalan raya adalah untuk memudahkan pengguna jalan bukan menyusahkan pengguna jalan raya. Sama juga dengan Islam, sedikit pantang larang atau undang-undang dalam Islam untuk memudahkan manusia menjalani hidup ini sehingga bahagia dunia dan akahirat.

4. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdo`a: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" (Al-Baqarah 2;286)

Daripada ayat di atas kita dapat melihat bahawa Allah hanya menetapkan atau menguji kita berdasarkan kemampuan kita untuk menerimanya. Kalau Allah tetapkan suatu undang-undang maka kita sanggup mengamalkannya selagi kita mahu mengamalkannya.

Bahkan Nabi Muhammad juga berpesan dalam Haditnya yang dilaporkan dalam Sahih Bukhari dalam Buku 1 Chapter 11 ayat 9;


Permudahkan jangan susah-susahkan, beri berita gembira dan jangan takut-takutkan (Sahih Bukhari 1;11;9)

Ayat di atas menunjukkan bahawa Agama islam adalah agama yang mudah, kadang kala muslim itu yang membuat agama menjadi susah seperti saya sebutkan di atas tadi.


Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah (An-Nisa' 4;28).

Firman Allah:
Allah menghendaki kamu mendapatkan kemudahan, dan ia tidak menhendaki kamu menanggung kesusahan (Al-Baqarah 2;185)

Firman Allah :

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi ia hendak mensucikan kamu dan sempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur (Al-Maidah: 6)


Allah memberi kemudian kepada kita sebab kita adalah lemah seperti termaktub dalam ayat di bawah


Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang namanya tertulis dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya iaitu AlQuran, mereka itulah orang-orang yang beruntung (Al-A'raf 7;157).


Allag berfirman:

Allah hendak menringankan beban hukum-Nya daripada kamu, kerana manusia dijadikan dalam keadaan lemah (al-Nisa': 28)
....Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. Ikutilah agama Ibrahim. Allah telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan begitu pula dalam Al Qur'an ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (Al-Hajj 22;78).

kesedaran

Assalamualaikum,

Aku tak tahu nak mula dari mana, aku bukan lah seorang yang pandai berkata kata. inikan tentang islam.. ilmu aku masih cetek, secetek cetek air yang hampir tersejat. 

bila orang memperburukkan islam, aku rasa sakit hati. tapi aku lagi sakit hati bila aku tak tahu macam mana nak mempertahankan Islam dan betulkan tanggapan mereka. aku tahu mereka salah, aku tahu kebenarannya, tapi kenapa aku tak boleh tegah dengan kata kata ? 


bila ditanya kenapa percaya pada Allah S.W.T , aku baru sedar yang aku ni sebenarnya percaya kewujudan Allah hanya kerana aku ni lahir dalam keluarga yang beragama Islam. dan hasil didikan mak ayah aku yang buatkan aku yakin dengan agama Islam. Tapi aku sendiri tak pernah letak effort untuk pastikan kenapa itu dan kenapa ini dalam islam. malah, tak semua hadis aku tahu, tak semua peristiwa aku tahu. 





macam mana nak tahu kau ni cukup ilmu agama ?

saat orang bukan Islam tanya kenapa Islam itu agama yang sempurna ? baru kita tahu paras mana ilmu agama kita. ya, aku yakin, kau yakin, dan semua Muslim yakin dengan kesempunaan Islam. tapi. kita faham ke apa maksud kesempurnaan dalam ajaran Islam ? mesti kelu lidah tak tahu nak jawab apa pada yang bukan Islam kan ? Allah...





Semua orang tahu hakikat dalam Islam dan hakikat tentang dunia Allah ini. aku percaya, semua orang tahu yang dunia ni hanya sementara. Akhirat ini alam selamanya untuk kita. Dunia hanyalah medan untuk menguji, Muslim yang manakah yang layak diberi penghargaan Syurga. dan yang menilai kejujuran seorang Muslim. tapi apa yang kita lakukan hari ini, menunjukkan yang kita tak faham erti dunia yang sementara tu. tahu tapi tak faham ?



aku homatkan mualaf. aku sanjung mualaf. sebabnya mereka pilih Islam atas kesedaran mereka sendiri. seriap hari mereka mengkaji, mengkaji dan mengkaji semua tentang Islam. mereka cari apa kelebihan Islam, kenapa Islam dikatakan sempurna. mereka jumpa jawapannya, mereka peluk Islam sebab mereka faham.... mereka faham segalanya tentang Islam. memilih agama adalah satu perkara yang paling penting dalam hidup. sebab kehidupan kita perlu penggantungan. kita tak boleh nak percaya yang kita wujud tanpa pencipta. dan pilihan mereka tepat, Islam agama yang membawa ketenangan dan cahaya. sacara keseluruhan hidup mereka dah berubah. mereka tekad. masuk kelas agama, baca al quran..

tapi Islam sendiri. masih berasa selamat kerana tahu mereka akan mati dalam keadaan Muslim. kira selamat sangat dah la tu. sampaikan tak kisah tentang ilmu agama, tak apa cukup sekadar ilmu yang aku ada sekarang.. kelas agama pun tak nak pergi. betapa angkuhnya diri sendiri..

Monday, 23 November 2015

Khairul Hamie Aufa turns 15


21 Nov 2015...

Dear Aufa,

Today you turn 15, officially. sorry for not being there with you. jadi, sebagai gantinya, aku akan sematkan ucapan aku kat sini heww...  jadi hg boleh tengok bila rindu aku. 

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Khairul Hamie Aufa,
Happy birthday to youuuuuuuuuuu. muah!



aku akan cuba belajar buat cake one day. yess, obe fine day.



sahabat tak selalunya di sisi, jasad tak perlu  sentiasaa menemani. tapi sahabat itu bila dua jiwa berazam untuk sentiasa bersama.. 

back to 2012,
perkenalan aku dengan hg start from day 1 aku masuk sekolah. aku langsung tak expect akan jadi bestfriend kepada pengawas pusat sumber sekolah. entah macam mana aku pun tak tahu, tiba tiba kita sentiasa melekat hahaha. 

mula dengan gunting yg hg hulurkn kat aku dengan kaedah 'pegang muncung gunting'. katanya, ' abang aku cakap nak bagi gunting kena bagi macam ni....' . aku pun ' oh ok asalkan dia bagi gunting' hhahaha. masa tu aku cover ayu g sebab baru freshman la katakan.

yang kedua bila aku minta nak liminate kertas kat hg, dan aku dicaj dengan rm2. bapak mahal -,- seb baik aku ni seorang yang redhooo...

and kita selalu makan bihun sup dengan saambal satu sudu besar.. illekk betul hahaha.

and aku ingat hg bagi birthday gift kat aku time 19 May. walaupun time tu kita tengah World War III . u kno, jam tu masih ada dalam simpanan aku. dan kotak jam tu masih aku guna sampai hari ini. 

weh,

i mss your voice,
i miss your evil laugh,
i miss when we fight becauce i want to ceroboh your privacy. 
i miss when we fight about who want to talk first,
i miss when we talk about your bf -,- 

u kno,, even distance apart us. but my soul still in kedah even in hrricane.  
and you are still my younger immature sister forever.
always take care there.


Lelaki

Assalamualaikum,


Aduhaii tajuk puns. macam ilekkk.. hahaha.. 


Daler Yusof 

Nabi Yusuf a.s dulu macam ni kah ? 

Charyl Chappuis
ingat lagi Malaysia vs Thailand 2014 ? hewhew aku ingat lagi sepakan dia yang buat Malaysia kecewa . licik gila weyh.. nangis aku......... tapi sekejap ja, tak sampai hati nak dendam kat dia lama lama. heww


Hritik Roshan

hahahaa..... citarasa aku pelbagai variasi kut. ah lantak la, dah nama admire bukan kira bangsa apa.. 

Tom Cruise, David Beckham,Justin Beiber dan Justin Timberlake dan bla bla bla 
walaupun aku dengar nama mereka mereka ni sampai bernanah telinga, tapi aku tetap tak ada hati nak usha dorg ni hensem ke tak. yang mana aku tengok dengan mata kepala aku sendiri je yang aku suka. tapi apa apa je lah tak penting dan BUKAN INI YANG AKU NAK CAKAP. 

dan, crush aku masih mendahului mereka. ok ? you should be proud #satp 
hoho

.
.
.
.

segan ah aku nak sembang pasal ni.
maaf in advance la. aku  tak suka nak describe golongan adam ni depan public, aku pun
tak nak la nampak yang aku ni desprate ke hapa yang related lah. tapi pusing kot mana pun aku tetap akan cakap cuma lambat atau cepat.


honestly, kalau tanya aku ni pernah couple ke tak. of cos aku akan jawab ya.. tapi, aku akui itu adalah kesilapan yang paling besar aku pernah buat. seriously, nothing sweet or  romantic or caring whtvr in this teen relationship. aku pernah lalui, walaupun sangat tak lama. tapi cukup untuk buat aku menyampah.  SANGAT SANGAT. kita desprate nak couple at the early age ni cuma sebab nak mencuba. nak tahu perasaan ada bf/gf. cam best ke, gempak sangat ke. 

but when you grow older, when you reach at the suppose age to make a relationship. you may afraid of it. afraid of having a bf/gf. afraid if they hurt you. and you might be boring with love games.
hmm..

walaupun selama hari ni, tak ramai lelaki yang aku kenal. tapi based on experience kawan kawan, kakak aku sendiri, sekeliling dan novel. cukup untuk buatkan aku faham love games and buatkan aku serik. 

memang putusnya sesuatu hubungan tu bukan hanya sebab lelaki tapi mungkin perempuan atau both. perempuan memang banyak karenah. tapi laki banyak akal. 
weh sorry aku bukan la nak kutuk hampa ka apa kan, tapi pengalaman aku yang buatkan aku berani nak cakap camni :

typical lelaki, bila nak perempuan. lautan api sanggup ku renangi, gunung everest sanggup ku daki, bunga kaktus kat mesir sanggup ku petik untukmu. tapi, bila dah dapat.. saja nak buat layan tak layan, caring tak caring, sayang tak sayang,

 hampeh.nak main tarik tali pulak. aku sabar je la dengan hamba Allah yang macaam ni. 

aku cakap ni pun bukan sebab aku saja nak judge lelaki
, tapi mata kiri dengan kanan aku ni dok tengok selalu. sampaikan aku pun cuak. 

tak semua lelaki tu jahat, tapi tak semua juga lelaki tu baik. 

perempuan bila dah ada apa apa relationship dengan lelaki. satu je yang dorg nak, bertanggungjawab. maksudnya, sikap tak lepas. bila handsome pun, tapi tak mampu jadi pelindung yang baik buat apa. 

ok lah, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi/ cuma pesanan aku, beware dengan lelaki. kita sebagai perempuan, jaga martabat sebagai perempuan. takyah terlalu berharap. walaupun dah kawin, life perempuan tetap sama. still need job and money. sebab tak semestinya yang dah kawin tu jodoh yang kekal. 

1.00 am


Wednesday, 11 November 2015

kenapa doktor ?

Assalamualaikum,


hi, sebenanrnya tak ada pun orang yang tanya aku 'kenapa nak jadi doktor ?', sekiranya ada pun cumalah kawan baik aku yang sangat concern dan juga diri aku sendiri.

selebihnya. aku banyak terima pertikaian daripada orang sekeliling.

contoh.
**

masa aku kat sekolah dulu, tengah siapkan tugas yang cikgu bagi kat aku. datang lah sorang pakcik ni tengok hasil kerja aku (padahal aku cuma tampal kertas kot- pon nak tengok ). aku pun buat dek je lah, takkan tiba tiba aku nak beramah mesra la. eh cam pelik je .. aku pun tak kenal dia sangat. 

tiba tiba dia lebel aku sebagai 'perfectionist'. aku pun ekekekekekeke  lah. tiba tiba kena puji hanya kerana aku tampal kertas dengan kedudukan yang perfect. so, dia cerita lah pasal diri dia pon perfectionist dan pasal Ronaldo yang perfectionist . hek. aku sebenarnya tak tahu sangat pon pasal Ronaldo dan aku tak pernah amik tahu tapi sebabkan pakcik tu cerita. aku angguk lah macam burung belatuk. hihi.

and dia tanya aku nak kerja apa nanti ?

slamber aku jawab DOCTOR . sebab memang tak ada pekerjaan yang lain dah dalam otak aku.


aku perasan air muka dia berubah. mungkin dia expect aku akan pilih kerja office sebab aku ni perfectionist.
.
.
.
.
atau aku ni nampak macam Lady Boss. hmm ?

MACAM MACAM LA AKU FIKIR KENAPA AIR MUKA DIA BERUBAH

dia jawab macam ni '' hmm. baguslah pekerjaan doctor tu. menolong orang yang perlu. cuma satu je, doctor ni tak dapat enjoy life. bla bla bla bla (he talked about enjoy ) ''

eh aku bangkang ah 

aku cakap '' hmm. betul tapi makna enjoy bagi doctor adalah bila dia dapat pulihkan pesakit dia''  nah gittu. series aku pon tak percaya aku cakap camtu tapi memang akal aku takleh terima pendapat tuh. 
**

walaupun that's the reality
.
.
.
tapi, kalau tak ada doctor . satu malaysia takkan sihat dengan baik. 


walaupun doctor selalu dimaki, dihina oleh pesakit. tapi hakikatnya, doctor lah yang bantu pulihkan pesakit. doctor tu macam perantaraan kuasa Allah untuk pulihkan siapa yang sakit. 

wah comelnya aku 


kenapa aku nak jadi doctor ?


sejak kecik, cita cita aku hanyalah doctor. walaupun kadang kadang ada rasa sangsi. atau rasa nak tukar cita cita. sebab aku still childish lagi kan.

tak ada siapa encourage aku untuk pilih doctor cuma mak aku pun selalu cakap yang dia teringin panggil aku Dr. Izzati nanti. heks sounds great. 

kerja office adalah pilihan kedua aku selepas doctor. 

aku pilih kedua dua ni mulanya sebab bergaya. aku suka doctor punya stuffs. dan aku pilih kerja office sebab aku rasa pakai blazer tu smart. 

sampailah aku besar sikit , aku dah boleh faham. aku tukar niat aku. aku nak rawat orang. aku rasa tak berguna tengok abah aku dialisis setiap minggu tapi aku tak boleh buat apa apa. aku tak nak tengok orang sekeliling aku sakit. 


dan sekarang. aku masih pegang pekerjaan tu. lebih lagi, aku tak boleh dengar orang kutuk doctor. aku cakap macam nak sepak jeww. kau faham tak doctor punya sacrifice ?

cakap pasal enjoy. enjoy bagi seorang doctor adalah bila tengok pesakit dia pulih. tak ada makna enjoy yang lain. tak kisah la betapa penat pun kerja ni, tapi bila ada yang menghargai doctor atau ucap terima kasih sebab pulihkan dia. itu satu anugerah untuk dorg.


alhamdulillah, ada beberapa doctor yang encourage aku. setiap kali aku pegi hospital untuk check up kakak aku. aku selalu perhati kerja kerja doctor. tak mudah sebenanrnya. really hard.

walaupun aku ni penakut ya ampun. takut mayat like seriously. takut nak cucuk. but take it as challange . 

satu lagi, sebab yang tak kurang penting juga. aku nak pulihkan seseorang. 

kita hidup sekali, biarla kita buat benda yang bawa manfaat dunia dan akhirat.

Tuesday, 10 November 2015

SA & NFH Chapter 1

BAB 1

Aku pantas menyelak timbunan kertas yang berselerak di atas meja kerja sebaik sahaja mendengar lagu Fly Me to The Moon daripada Michael Bolton berkumandang . Memang patut kena selak kertas kertas ni sebab meja aku ni dah tak serupa meja kerja

**

Hari ini sehari suntuk aku asyik terperap dalam bilik siapkan lakaran jubah Puan Sarina ini . Pelanggan datang , aku suruh Aina layankan je . Bunyi macam mudah je kan ? Tapi sebenarnya Puan Sarina yang vouge lagi menawan ini nak aku campurkan semua element element yang aku pernah designed kat dia . Bayangkan lah dah lebih 3 tahun aku berkhidmat dengan dia . Menjadi designer kesayangan doctor separuh abad itu . Jenuh nak korek , nak kaji semua design yang aku pernah lakaran untuk dia. Katanya kalau aku boleh tepati cita rasa dia , maka harganya pun akan menjadi tiga kali ganda . Dengan berat hati , aku terima . Sebab aku sayangkan dia macam aku sayang umi . Sebab duit jugak . Hahaha ! Usaha sikit , tapi masyuk banyak .

**

Nombor pejabat , siapa agaknya ? Punat answer ditekan .

"Hello . Salsabella Ariani bercakap . "

"Hello . Cik Ani free hari ini ? " mak kau ! Hantu mana call aku ni ? Sekali lagi skrin telefon aku lihat , nombor pejabat . siapa la yang tak betul panggil aku Cik Ani ? Terasa ringan tangan aku nak hempuk telefon ini . Nama aku punya cantik menarik menawan . Kau panggil aku Ani ? Sabar aje la . Nafas aku tarik dalam dalam .

" maafkan saya . Saya sibuk sekarang . Ada apa ya ? "

Aku sepenuh hati cuba berlembut . Takut takut datuk yang tengah bercakap dengan aku ni . Bukan boleh dijangka . Dah la number office . Tapi datuk mana yang call time lunch ni ? Ke datuk kepada 30 orang cucu ? Ahh ! Biarlah .

" Saya daripada Nik Holdings . Saya mahu berjumpa dengan cik Ani satu jam daripada sekarang di Old Town Alamanda. Boleh Cik Ani ? Okay terima kasih " tuttt.... Aku tercengang .

Ini ke gaya businessman bercakap ? Adab ke laut . Aku belum sempat bagi kata putus dah letak . Macam mana la nak maju business kalau begini . Kena masuk kursus dengan aku la gayanya . Aku basuh kaw kaw. Dah la kat Putrajaya . Ingat dekat sangat dari Shah Alam ? Sah la , ini datuk memang wayar masuk air banjir . Kalau ya pun nak buat temu janji , tak perlu lah macam budak budak ajak jual selipar jepun . Tapi , macam mana pun aku tetap kena pergi walaupun memang aku tak nak hadap datuk gila tu . Buatnya terlepas offer beribu ribu , menangis menyesal nanti aku. Kemas meja sikit sikit dan jom chaw !!

 *** 
Aku melangkah masuk cafe old town . Sudah ! Lunch hour memang selalu sesak dengan orang kerja dan semuanya berpakaian kemeja . Mana nak cari datuk  tu ? Aku langsung tak tahu menahu pasal butiran syarikat itu . Eh bukan ! Aku tahu Nik Holding itu siapa punya. Masakan aku tak tahu kalau dah hari hari masuk surat khabar . Tak lain tak bukan tentang kayu balak lah . Habis diterokainya. Tapi bukan lah yang haram . Masih halalkan toyiba di sisi agama . Aku tak tahu apa hubungan reporter dengan syarikat Nik Holdings . Tapi , semua perkembangan terbaru syarikat itu . Pasti keluar surat khabar. Famous mengalahkan artis lagi . Merajuk makan jeruk la artis artis Malaysia sebab diperanaktirikan oleh pihak akhbar . Sungguh !

Siapa tidak kenal Nik Fakhruddin Nik Fateh , ayah kepada jejaka idaman Malaya yang menjadi rebutan ramai . Nik Fahim Haikal , Nik Firdaus dan anak perempuannya Nik Najjah Suhaila . Cukup ! Kombinasi kuasa empat beranak yang mampu mengegarkan Malaysia . Semua syarikat yang pernah bekerjasama dengan Nik Holdings berpuas hati dengan mereka. Semua. Aku rasa mungkin bila empat kepala sudah bergabung , jadi wayar wayar pun bersambung menghasilkan idea yang bernas . Anak Nik Fakhruddin yang paling kacak ialah Nik Firdaus . Tetapi disebabkan wajah arab bukan citarasa aku . Jadi dengan sepenuh hati aku pilih Nik Fahim Haikal .

Bella ... Bella .. buat perbandingan pun , bukan salah seorang tu jatuh atas riba kau pun. Tunggu sampai janggut tu dah jadi pokok menjalar pun tak akan dapat . Aku baru kumpul nak beli Honda City , si Nik Fahim Haikal tu dah ada sepuluh biji ferrari dah pun. Memang kaya habis ! Iya lah , dia sumber utama untuk kilang kilang lain ambil kayu balak . Tak ke kaya kalau macam tu. Tapi yang membuatkan dia lagi bertambah sayang pada Nik Fahim Haikal ialah 10% setiap keuntungan projek mereka akan disumbangkan pada anak anak yatim seluruh Malaysia .

"Hello ! Hello.... Cik Ani ! " sayup sayup suara itu kedengaran . Dari mana pula suara itu .. Tiba tiba satu hari menjentik pipi aku .

"Ouchh ! Sakit la mangkuk ! " sampai terpejam pejam mata aku bila kena jentik dengan pensel . Gila apa dengki dengan pipi aku , lepas tu nak rosakkan muka aku depan khalayak ramai . Siapa la agaknya yang gedik sangat ni . Aku tak kacau pun hidup dia . Aku rasa tadi aku fikir pasal keluarga Nik je . Tak buat kecoh pun. Aku pusingkan kepala untuk lihat manusia yang suka cari pasal itu. Aku bagi jelingan kaw kaw la . Kalau boleh sampai terbalik anak mata aku . Ehh ? Wait . Lagi sekali aku pusing menghadap lelaki itu. Ehhh Nik Fahim Haikal la !.. jangan cakap doakan aku dah dimakbulkan . Ya Allah . Hamba bersyukur atas rezeki ku hari ini Ya Allah . Balik ni kena sujud syukur . Aku menarik senyuman yang paling manis , nasib baik tak terover make up hari ini . Rambut aku selit di belakang telinga . Serius handsome mamat ni kalau tengok depan mata .. suci , sejuk mata memandang . Kalau nak dibandingkan dengan Nik Firdaus . Aku rasa Nik Firdaus kacak tetapi tiada aura . Jadi aku hanya boleh pandang . Kalau Nik Fahim Haikal , memang kacak habis la memenuhi citarasa aku dan mempunyai aura . Jadi aku akan pandang sambil berperasaan .

"Cik Ani ? "

Hah ?

***

 "Salsabella Ariani Salman Adi . " aku menghulurkan tangan . Sepi . Dia tak nak sambut ke ? Aku menurunkan kembali tangan . Malu tak usah cakap la . Rasa kebas semacam je . Dah la depan Prince Charming .

 "Sorry . Saya tak salam dengan bukan muhrim . " Nik Fahim Haikal berkias . Aku hanya senyum nipis . Tawar . Kalau boleh rasa air tu , agaknya rasa payau tak ? Sebab campur dengan malu aku campur geram .

" Tuan Nik Fahim Haikal Nik Fakhruddin . "

"Jadi, ada apa encik nak jumpa saya ? "

"Tuan . Tuan Nik Fahim Haikal Nik Fakhruddin . " tegas . Mak aih . Kerek gila lah ! Nak tuan tuan bagai . Bukan boleh bawa masuk kubur . Panas semacam je hati aku . Kalau macam ni la gaya Nik Fahim Haikal yang katanya suci bersih baik tu . Aku rasa aku patut tarik poster yang aku tampal kat bilik bagi masuk jamban . Ada baiknya letak gambar monyet daripada letak gambar dia .

"Baiklah Tuan . Tuan ada apa nak bincang dengan saya ? " Aku masih merendahkan ego aku . Setakat sikit sikit ni , aku maki dalam hati je lah . Berdosa pula kalau maki orang. Lagipun aku masih perempuan sejati .

" I said . Tuan Nik Fahim Haikal Nik Fakhruddin ! " suaranya menaik tapi masih terkawal . Aku rasa aku tak perlu nak mempertahankan ego dah ni .

" Fine ! Fahi .. awak bawak nama Tuan tu takkan boleh masuk kubur la . Setakat kat sini je nak bermegah megah . Ada apa sangat dengan gelaran tu . It just a word . Tak usah la kerek sangat Fahi . " ambik kau aku panggil Fahi terus . Silap silap dia buat onar lagi . Aku sebut aje TAHI . Baru rasa nak insaf .

 " Daripada orang tu . Setakat nama je muslimah Salsabella Ariani . Tapi tudung tak pakai . Dengan bukan muhrim pun bersentuhan . Tak ada adab . Nama je Islam . Tapi tak ada gaya Muslimah ." Pedas gila ayat dia ! Cari aku semata mata nak buat dosa ke macam mana ? Daripada elok elok aku tampal gambar dia dalam bilik , nanti kang aku pergi tampal gambar dia kat kubur juga ni . Ingat aku ni jahat sangat sebab tak pakai tudung ?

" mulut kau kan . Memang stok nasi basi la ! Lembik . Berlendir . Kau cari aku semata mata nak cari gaduh ? Dari elok elok aku tak kenal kau , jadi aku kenal kau dengan perangai buruk ya amat .Aku rasa monyet cerdik lagi la dari kau . Blah la " Aku terus bangun hempas kerusi . Berlalu ke kereta . Kalau ikut hati jahat aku , nak aku gunting mulut dia biar lebar sampai tak boleh cakap . Ada mulut , tak reti nak hargai ! Sebal. Kunci Honda City aku selongkar dalam beg . Dah mana pula kunci aku ni ? Nasib baik jumpa . Beg besar macam guni . Tak apa nanti aku shopping lain. Aku terus pandu kereta ke butik . Sebal jumpa hantu raya handsome tadi .

 *** 

Aku masuk butik dengan perasaan marah . Rambut yang mengurai sampai ke pinggang itu sudah pun aku sanggulkan tinggi tinggi . Pening kepala dengan hantu raya mulut celupar tadi . Senang senang je nak bagi ceramah pada aku .

"Cik Salsa . "

"Apa ! "

 aku menjeling Aina . Please la . Jangan kacau aku bila aku tengah angin. Tak pasal pasal ribut butik ni .

" sorry Aina. Saya tak bermaksud nak marah awak . Saya masuk bilik dulu . Leave me alone for a while " aku terus menonong masuk bilik . Aku bukan sentap tentang adab Nik Fahim Haikal yang kurang ajar . Tapi soal teguran nya yang membuatkan aku terguris . Sungguh , aku tak suka bila orang kritik aku tanpa asal usul . Aku bukan macam yang dia fikir . Aku tak sehina itu. Dia tak pernah tahu . Aku tahu batas dalam Islam . Sedar tak sedar . Dah dua jam aku muhasabah diri dalam bilik , sejam itu juga lah air mata aku tak berhenti henti mengalir . Sungguh aku terguris dengan teguran orang asing itu , lelaki idaman aku . Kepala aku sandarkan pada kerusi membelakangi pintu .

"Cik Salsa . Ada orang nak berjumpa " muncul Aina dari luar . Aku mengesat air Mata . Cermin di atas meja aku pandang sekilas . Bengkak ! Ah lantak . Aku capai kaca mata hitam Ray Ban di dalam laci .

"Assalamualaikum . Cik Ani . " Aku mendongak memandang si pemanggil. Hantu raya mulut celupar ni lagi . Nik Fahim Haikal berjalan masuk dan duduk di kerusi hadapan aku . Amboi ? Aku belum pelawa lagi kut .

 "What else ? " Aku perbetulkan duduk ku . Blazer di tubuh aku kebas sedikit . Memang aku akan pakai blazer kalau ke butik . Berdisiplin kata abah . Lagipun , aku bukan tak ada sesiapa yang kenal . Dah banyak pakaian jenama butik aku yang dipasarkan . Tak kan lah bos nak pakai selekeh ya tak ?

 " sunglasses ? " Nik Fahim Haikal tergelak kecil. Dalam office pun nak pakai sunglasses ? Kerek nya

Aku tak puas hati. Suka aku lah nak sunglasses pun . Kau tak tahu mata aku dah sembab macam panda dek menangis . Kau la punca .. gila ! Kalau dia nampak mata aku sekarang ni tengah terbeliak pandang dia . Mesti terus balik  sebab takutkan aku . Hehe !

 " Anyway . Maafkan saya tentang tengah hari tadi . Saya terlancang bercakap dengan awak " dia tunduk . Ikhlaslah dia ? Aku diam memandang dia . Kalau ikhlas , lepas ni dia tak akan buat lagi . Kalau tak ikhlas , mesti lepas ni dia ulang lagi . Aku diam .

Kalau betul dia minta maaf , dia akan cakap lagi sekali . Kita tengok ..

Sementara itu , aku sempat menilik tubuhnya . Hari hari aku tengok dia dalam bilik aku , aku rasa tak ada la sehensem ini . Kebanyakan gambar dia yang aku tampal , gambar dia senyum . Tapi bila aku tengok sekarang pun masih tak kurang kehandsomneman nya . Muka dia flawless lagi daripada dalam gambar . Indahnya kan kalau hari hari aku boleh tatap muka dia dengan jarak macam ni . Dia ni orang apa eh ? Tak ada pula media mana mana sebutkan .

" Saya serious Cik Ani . Saya pun kurang sedar apa yang saya cakapkan tadi. Really .apa yang saya cakap , bukan dari hati saya ."

'cari pasal la kau Fahim ! ' Nik Fahim Haikal sungguh tak sangka apa yang mulut nya katakan . Kalau dia sendiri di tempat Cik Ani , memang makan hati berulam jantung la . Tapi dia betul betul tak sengaja .

 " cakap tak pakai otak itu la pasal. Awak sedar tak apa yang awak cakap itu keterlaluan . Siapa awak nak campur urusan saya . Can't you being a bit profesional ?" Aku bermain main dengan pen . Nak maafkan dia ? Mudah saja . Take me as his girlfriend ! Mampu ? Aku senyum . Aku lah paling bahagia kalau itu yang benar benar terjadi .

" okay . maafkan saya ? " Nik Fahim Haikal separuh merayu.

 "Tak semudah itu " hey ! Asal la kau mahal sangat ni, Bella... maafkan je lah. Nak saja aku cili mulut celupar ni . Kalau dia lari kang kau juga yang menyesal seumur hidup .

Nik Fahim Haikal mengeluh . Kepala perempuan ni cap batu sungai ke ? Mulut pun satu . Kalau marahkan sangat si Maria tu , jangan la sembur kat Cik Ani ni ha . Kesian mata dia dah sembab . Nik Fahim Haikal nampak itu. Pastinya perempuan itu dah lama menangis . Kenapa la dia perlu terlibat dalam perkara yang remeh temeh ini . Sepatutnya bagi pada Daus je handle.

Introducing you guys! NFH !! heks. tak boleh display gambar dia
banyak banyak. nanti jatuh merudum lak saham dia haha.

internet

Assalamualaikum,

hi.
actually, fakta yang aku baru tahu or dah lama tahu tapi baru sedar ialah.

.
.
.
.
.

.

KALAU NAK JADI BLOGGER, INTERNET PERLULAH LAJU MACAM LRT.

aku bukan tak suka upload entri yang bergambar - u know aku dan selfie macam ibu dan anak or gambar inpiration ke. aku suka sangat sangat sebab orang tak boring baca. 

dan aku bukan la perempuan boring yang tak ada life yang kerja aku cuma menulis menulis dan menulis yang entah apa apa. masalah aku cuma INTERNET.

.
.
.
.
.
.


wehh, no internet. no life. (cet)
.
.

..

tapi kalau ada internet pun, slow ya ampun. aku rasa bukan setakat no life. dead weh dead ! sebab stress yang keterlaluan T.T



aku rasa bagaikan aku ni duduk kat pedalaman Gua Musang yang ditemani dengan kancil, beruk, orang utan, serigala dan gajah sampaikan internet asyik NO NETWORK dan CONNECTION LOST . 
.
.

HEH

.
nak nangis wei. dengan itu, aku mohon sorry lah kalau entri aku boring krik krik. 

tunggu.

aku kawen dengan pengasas internet kang. haa, siap ah.

Monday, 9 November 2015

Maldives :ciptaan Tuhan paling indah

Assalamualaikum,

hi. masa aku kecik kecik dulu. aku selalu perhati desktop dan aku fikir. pemandangan laut ni auta ke memang betul ? just curious. it just a perfect view. nak cakap kat PD, emmmm tak ada potensi. pantai merdeka or batu frengghi, jauh panggang dari api. so aku just cakap this is auta babe auta!


tapi, bila aku start tahu that Maldives got this perfect view. like what I see in desktop everyday.



I
WAS
LIKE
.
.
.
.
.
ada tak sesiapa yang berasal dari sana nak jadikan aku sebagai anak angkat ? mihmihmih
iolss sudi tangkap ikan hari hari.
iolss sudi kalau muka iolss hitam akibat burn
iolss sudi tidur beralaskan pasir .
as long as i can see what i had dreamed for since kid.
nah gittu.


edit ke tak nih ?

dear crush, u must remember this place. k ? (heks)

subahanallah. Allah's creation is the best. 


aku pon tak tau nak describe apa lagi tapi yang aku tahu seriously aku nak pergi sana! seriously. 

you know, dramatic betul bila satu hari nanti aku gaduh dengan boyfriend aku lepas tu boyfriend tak berapa nak guna tu taknak pujuk aku or ignore aku. nah, aku larikan diri ke sini dengan perasaan sedih, sentap bla bla bla. lepastu nanti dia pon rasa kehilangan sebab aku yang comel ni tinggalkan dia. lepas tu dia gila sebab tak jumpa aku. HAHAHA !

.
.
.
.
.

tak tak.
.
.
.
.
satu hari tu,lepas dia dah gila cari aku. dia pon dapat mimpi yang cakap aku kat sini. lepastu dia book flight malam tu jugak without bring any clothes or barang ke hapa. lepastu, sampai je kat Maldives. dia datang naik kuda ( where come that horse kat tengah tengah pulau lol), and dia pun hulurkan aku air kelapa dengan machonya,
.
.
.
.
.
.
ahh! mencicit aku lari masuk dalam laut. malu seh.
.
haha.


bunyi ombak, tenang, luas, biru dan turquoise, angin sejuk, duduk fikir tentang diri tentang Allah, no one could disturb u. this is what i mean for the peace in my life.

Saturday, 7 November 2015

Tips mengulangkaji/study versi suria

Assalamualaikum,

Aku sebenarnya malas nak update blog panjang-panjang ni. Tapi sebabkan permintaan kak farhah tadi, jadi aku pon geermbira lah nak share dengan semua orang tips study aku yang tak seberapa pon,tapi okay lah daripada tak ada hiks.

Sebelum tu, tuan punya blog kena appear dulu. Mihmihmih.    



                                                                       *tarraaaaaa*

So, let's check it out!

Basically tips ni depend on individually. Kalau aku, aku study guna semua deria especially MATA and TANGAN. kalau tak ada mata dengan tangan ni takleh baca buku den.

1. SEMANGAT

Ini paling penting. Seriously. Dengan semangat lah, ilmu tu akan setiap masuk otak. Takdelah masuk air keluar asap :p sebab apa, tak ada semangat kita tak boleh focus. So semangat gaish!! Tanam dalam diri korang, aku nak belajar sebab nanti kalau aku pandai, boleh kawin dengan anak Queen Elizabeth. Baru lah setaraf ;) HAHA..
TAK. TAK. OF COS LA KERANA ALLAH.

2. PERANGSANG

Tampal lah gambar artis korea ke, gambar boyfriend kau ke, gambar doctor.. Apa apa je lah. Yang penting boleh bagi korang semangat nak belajar. Aku lebih suka tampal Audi kat dinding dengan quotes quotes.


So that kita boleh nampak hari hari.

3. HIGHLIGHTER

Sediakan highlighter sebanyak mungkin. Ada pelbagai color. And a few pen color. And marker pen.


Aku suka buat nota in all black or all blue. Lepas tu, aku HIGHLIGHT different point atau nak asingkan main topic dengan subtopic.
 Pen colour pulak aku cuma hias atau buat arrow. But seriously I'm bad at decorating my notes. And, marker pen untuk tulis nota yang penting and aku wajib hafal (walaupun aku kadang kadang pon lupa)

Basically. Depend lah kalau hampa nak buat nota pakai pen mana sekali pun. Tapi nota warna warni dalam nota dapat merangsang otak kita untuk lebih ingat. Seriously. so buatlah ek.

4. STICKY NOTES



Sticky notes penting untuk hampa tanda hat mana penting. Supaya nanti tak buang masa nak belek balik muka surat mana. Sticky notes yang kecik tu aku guna untuk tanda muka surat yang penting. Hat besar tu pulak aku tulis formula atau bla bla bla. Then aku tampak kat dinding depan meja study. It works. Sebab aku boleh ingat apa yang aku tampak tuh.

Buku pink tu actually diary hohohaha. Bila boring study, aku tulis la diary. Ehem²d. I choose pink sbb there's no turquoise. ><

5. TIMETABLE



walaupun timetable ni kelihatan cliche dan agak nerd. tapi hang harus reda sebab timetable ni memang alwajib altampal macam timetable aku nih. basically, timetable yang betul, dia akan ikut from 7am untill 11pm and continue tomorrow and next tomorrow and next tomorrow. tapi disebabkan kita ni tak suka di'control', cuma tulis berapa jam yang hang perlu spend untuk subject ini, subject itu dan bla bla bla. atau pun, just tulis berapa lama yang hang akan spend untuk satu satu masa. selain tu, tulis la tips untuk berjaga like 'cucuk lidi kat mata' or whatever yang sesuai.

6. BACA-TULIS ( NOTE)


sorry sebab terbalik but yah aku malas nak betulkan. face it! sow, bila hang baca and hang nampak some information yang agak penting, then salin kat tepi. beso beso. bila dah habis satu subtopic tu, buat nota yang cantik cantik yang berbentuk pocket and bawa lah kemana mana. tapi bagi aku yang suka hilangkan barang (pelupa), that's why aku buat nota yang maha besar dan takkan hilang dan sentiasa akan nampak. seriously it works.


7. EXERCISE

and last.. buat lah latihan . supaya hang lebih mahir . 




_______________________________________________________________



okay and aku lupa nak mention tadi, time study, hampa boleh gak buat snack, makan anggur, strawberri, cadburry, dan cekelat cekelat lain supaya tak mengantuk. jangan p melantak nasi sudah la ek. kalau aku, aku lebih suka buat coffee atau teh tarik. depend on mood lah. kalau minum pun dah cukup untuk elakkan mengantuk, instead of makan. nanti abis tumpah la atau tak focus ke. 


em,so tu lah basically apa yang aku buat. minta maaf in advance la kalau tertypo (malas nak check, puii ) 

bai. 








Wednesday, 4 November 2015

12.30

Assalamualaikum,

12.30 midnight and I wanted to write something in here. Let all the feelings go. And I can sleep with peace.

Kalau nak berhujah pasal LIFE, you will always unsatisfied with it. All the mankind are not perfect. Especially, man. Human.

Kadang² kita dah buat yang terbaik tapi masih orang pandang entah apa apa. Buat jahat pon orang pandang macam dorg tak pernah buat salah.
But remember, never say this world is unfair. The problem come from you. Human cause problems.

Apalah yang aku cakap malam malam buta ni. Okaylah, have a good sleep.


Tuesday, 3 November 2015

Kalau gagal ?

Assalamualaikum,

I've been thinking of this word ( gagal ) many times especially after the pt3. Or even for anything lah, i do with curiosity - can I do this ? What if I fail ?

Heh.

Tau tak kenapa kita curious bila buat sesuatu ? - sepatutnya, bila kita kata kita percaya pada Allah. Kita dah bawa jiwa, hati , jasad, perbuatan and everything pada Allah. Meaning, perbuatan kita mestilah hanya perkara perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Jiwa kita mesti letak kepercayaan yang paling tertinggi kepada Allah. Semuanya kerana ALLAH. Sebab kita hidup bukan untuk suami atau boyfriend and whatsoever. Tapi Allah ciptakan all the mankind cuma untuk sembah Dia.

Kalau kita letak kepercayaan pada Allah. Kita takkan bertanya "kalau gagal ?" . Sebab kita tahu, Allah  yang putuskan sesuatu itu berjaya atau gagal. Betul aku cakap ni ?

Sebaliknya kalau mulut cakap percaya tapi hati tak kadang² percaya kadang² tak percaya. Kita takkan pernah puas untuk bertanya " kalau gagal ?" Sebab kita cuma percaya pada effort kita yang seciput ni, kita lupa Allah punya effort tak terbatas.

                        HATI
you know what, Allah ciptakan kita dari atas ke bawah. Bermakna Allah ciptakan Otak dulu diikuti dengan Hati. Jadi, hati tak sepatutnya dibiarkan untuk dia buat keputusan sendiri.
As people say nowdays kan, ikut lah kata hatimu. Kerana hati itu lebih mulus ,pulus, suci gittuu.
Tapi, logiknya hati cuma ada nafsu, tapi otak ada akal. So why not guna apa yang Allah berikan sebaik mungkin. BERFIKIR. cuma dengan berfikir, kita dapat tundukkan ego hati kita.

Kalau betul gagal ? - kalau aku cakap, reda la sahabat, Allah ada rancangan yang lebih baik untukmu. Mesti aku kena tampar.. Sebab bagi jawapan yang betul tapi cliche.

So, setiap kali kita gagal. Bagi tahu diri sendiri, Allah bagi kegagalan pada kita sebab Allah nak tarik kesayangan-kesayangan Dia untuk dekat dengan padaNya. Kita gagal bukan sebab kita tak mampu, tapi mungkin kalau kita berjaya, kita lupa Allah.

Allah ni sweet. Dia sayang kita, jadi Dia gagalkan kita supaya kita cari Dia.

Sedih ? Pasti sedih, apa yang kita aim tak tercapai, tapi kesedihan, penghubung antara kita dengan Allah yang paling dekat. Sebab kita nak menangis, mengungkit, mengadu kat Allah. Dengan itu, solat kita akan jadi lebih lama, lebih khusyuk. Walaupun Allah tak balas apa yang kita cakap, tapi dia akan ciptakan kebahagiaan lain untuk kita. Mungkin kita lebih perlukan kebahagiaan yang ini.

Lagi satu, biar kita gagal asalkan kita tak jauh dari Allah. Jangan sampai kita gagal dan kita jauh dari Allah. Jangan la lupa diri.

                       -*-*-*

     Result pt3 dah nak keluar T.T


Monday, 2 November 2015

Unexpected : kereta locked without my permission

Assalamualaikum,

Tadi, lepas bersilat dengan anak buah aku, (suruh dia tidur tak nak tidur). Entah mata brand apa kau pakai nak.. dah penat main bila pon terbuntang lagi mata dia nak main segala nak nenek. Akhirnya, aku jugak yang tidur.......

*Adakah aku puns begini dulu ?

Okay so aku dengan kakak aku pergi mendobi baju, beli barang bla bla bla. As we finished our shopping, and kain pon dah siap di'dryer'kan. Aku pergi kat kereta nak amik bakul lepas tu nak letak top up dalam kereta.

Okay done. Aku tutup pintu kereta. Dan, alarm pon berbunyi tanda kereta dah locked. Eh.... jap. Aku berhenti, aku pandang kakak aku kat depan, adakah dia yang locked kereta ? Hm, mungkin. Okay lega....

Aku rasa tak sedap hati gila. Aku pon patah balik hendap kat cermin kereta.

WAHH ! KUNCI KERETA ADA DALAM KERETA LAH.

Kereta pon dah locked.

Hurricane, tsunami, gempa bumi dan segala bencana membadai hati aku. Aduh aduh sayang..

Series aku blurr, aku rasa unbelievable, unexpected, unsatisfied, unconditionally, dan banyak lagi...

Mati aku, nak balik naik apa. Nak call siapa ? Nak buka macam mana ? Nak suruh sapa tolong ? Oh god..

Nasib baik lah kakak aku dia ja tengok aku nak kelawar hilang husband hehks.

Aku pon pergi la kat kedai servis kereta. Minta ihsan cina yang baik hati untuk buka kan pintu kereta. Dia datang bawak pembaris besi yang panjang.

Wahh! Kau datang nak musnahkan kereta aku bang?

Aku baca lah segala surah supaya dapat lembutkn hati kereta juga hati cina itu. Sobss.

Dengan berkat doa aku, yayy! Boleh buka wei T.T alhamdulillah... terus aku nampak cahaya bersinar kat kereta dan muka cina tu.

You're my hero dud. heks

Terselamatlah juga RM20 top up aku haha...

Never expect this accident though. Huaa.. Boleh terlucut jantung aku tau tak.

Plan lepas pt3

Assalamualaikum,

Hii guys over there there ! No, not you but there.. No no no ,pls jangan perasan, I'm calling my crush. Ya ya it's you, hii my crush..

Zati. Okay tak ni ? Heh.

So, let the drama kat atas tu perasaan sorang sorang. Sementara, aku nak cakap pasal plan lepas pt3. What to do ? What to do dude ?

-*-

Entah la nak. Katanya.... lepas pt3 nak buat tu buat ni buat bla bla bla sampai habis kertas A4 kau rancang nak buat apa dek kempunan merasai kebebasan yang amat indah. Nah, lepas pt3 melongo lah kita kat rumah. Apa eh nak buat, hm? Lol, girl lol. Akhirnya buat taik mata la aktiviti yang paling senang haha!

Bagi lelaki aku tak tahu la kan. Tapi pompuan, aku rasa sepanjang cuti ni awakss semua jadi lah perempuan dalam erti kata yang sebenar ya.

dunia ni memang sedia melalaikan.. orang yang tak berguna lagi melalaikan dunia yang memang dah lalai. So apa salahnya jadi berguna sikit..

Mungkin la apa yang kita belajar sekarang ni boleh diguna pakai kelak. Kan kan.. so why not.

Okay,bagi aku.

Aku ada dua destination as well, so I have to divide all the activities..

Since aku kat Selangor, aku decide nak round setiap sudut shopping mall haha! Hang out dengan kawan kawan , and main phone sampai jem. Tidur lambat, tengok YouTube ( nah baru tau siapa zati. Heks)  Aku nak  belajar masak sikit. Dalam 6.05% gak la. Belajar basic make up. Ehm. Bukan apa, aku ni drpd family tua dan semua siblings tua tua haha. So apa function dorang sebagai siblings kalau dorang tak nak diaplikasikan skill dorang kat aku hohiho! Happy happy gak, agama jangan tauk tepi, tanpa agama kau kaya mana pon, useless.

Sampai je kat kampung nanti, ah confirm. Confirm. Mak aku dah janji nak basuh aku. We'll see mom, we'll see... who will be the winner.

And after that, the next chapter of yours will begin. Get ready for SPM !