Tuesday, 29 December 2015

it's been one,bro


should i proud with one year ? lol. 
okay ill wait until it turns six.
no ?
okay i change it to seven.
still no ?
bro, be grateful lah. 

im not a poet. 
im bad at making poem either.
but i always want to write for you.
something dedicate to you

im not hoping that you will realize what's going on around you.
but i wish you could stay until it really happen. 

Monday, 28 December 2015

rindu si jiwa menulis

Assalamualaikum,

terlalu rindu~ ~ ~
terlalu rindu . jujur aku terlalu rindu.

puii.

okay la aku mengaku. aku sangat sangat mereput mereput tak dapat menulis kat blog yang comel ni untuk seberapa lama. dah berapa abad rasanya aku tak luahkan idea aku ni, nampaknya semakin tepu lah otak aku ni.

bukan aku tak nak menulis. tapi aku sangat sibuk akhir akhir ni. this coming year, i'll make some changes. yuhuuu. everything new kan ? jadi, balik je Klang, aku terus renovate bilik bhaha.

 bukan nak kata apa, cuma masa aku kecik kecik dulu. mak aku tak bagi aku pergi kem. tambah tambah bila dengar BUKIT , AIR TERJUN, LATA, TASIK. sah sah mak aku pangkah aku siap siap. sayang anak niiiiii oiii...

she knows me better. aku bila aku ada sukan satu hari, aku akan ambil masa seminggu untuk berehat walaupun aku cuma amik acara perbarisan. ihik.

dia punya rehat tu melebih lebih. heh.

itulah saya. sebab tu lah aku jadi pom pom girl pun tak layak. lompat dua tiga kali, nah jatuh pengsan. ngee..

okay dipendekkan cerita, aku cat rumah, kemas bla bla bla.

jatuh lah demam gais.

dah nama perempuan tu.
lembik jugak. heh.


tau tak sobs sobs. mak aku banyak betul berjasa sepanjang dia kat sini. terharu aku huaaaa... macam mana aku nak cari seorang perempuan tabah sepertinya ? aku pun wonder, where does she gets the strength ? the way she treats me when i'm in pain, truly deeply touch my heart. no ones could replace you and your strength,mom. seriously, you're superwoman, batwoman, spiderwoman,ironwoman. and all the heroes' strength are inside you.


hmm..
sobss

okay . aku dah kekeringan idea nak tulis apa..

have a nice day gais.

school is about to start. semagat zati !!

Friday, 18 December 2015

Dear Jibby.

Hai.

Maaflah aku bagi nama Jibby dekat kau, wahai crush.

Dan, maaf juga sebab aku namakan lembu betina bunting nenek aku sebagai Jibby.

Dan maaf juga sebab aku biar kakak kakak dengan abang abang aku gelakkan nama kau yang tak berapa nak sedap ni. Aku tak faham apa y lawak. Haih depa nii.. Tapi tak apa, masih sedap di pendengaran aku.

Aku baru sedar aku ni jahat gak kan. Wkwkwk.

Monday, 14 December 2015

Pilihan hidup

Assalamualaikum,

Ada kalanya kita atau aku sendiri kurang sabar dalam pilih pilihan hidup, dalam melakar corak kehidupan, atau dalam putuskan satu keputusan.

Bila kita sebut SABAR. Senang sangat. Sebut s-a-b-a-r . Bila orang tanya maksud sabar pun, mudah untuk kita kata, untuk kita jawab. Sabar itu separuh daripada iman la kan, kau kata.. Tapi untuk BERSABAR... ya Allah susah nau nak BERSABAR.

Dari sekecil kecil benda, sampai sebesar besar benda. Bukan mudah untuk kita bersabar. Yang kau tahu, bila buat, terus nak nampak hasil. Kalau tunggu lama sikit, mengalah. Kata penat lah apalah.

Dia macam ni tau :

Bila kita cipta satu projek, bila kita tahu tempoh  masa dia. Kita akan tunggu, selama mana pun. Asalkan kita tahu kita akan dapat hasil tu. Kita dah jangka.

Kita mudah untuk bersabar bila kita tahu dan pasti tentang sesuatu. ( apa yang aku cakap ni, untuk pilihan dalam hidup. Bukan sabar tunggu queue hahaha)

Tapi kita susah untuk sabar dengan takdir Allah. Sebab kita tak tahu kemungkinan yang akan datang sama ada baik atau buruk. Dan kita tak pasti tentang hikmah sebalik takdir Allah.

Manusia. Hanya akan percaya dengan bukti. Sebenarnya sikap ni tak elok dalam menjalinkan hubungan antara kita dengan Allah. Macam orang kafir pula, tak percaya selagi tiada bukti. Kita pun tahu, segalanya tentang Allah adalah ghaib. Jadi, patuh saja. Pasti ada balasan nanti.

Aku nak cerita satu kisah berdasarkan pengalaman aku, yang bagi aku "betul la, Allah sebaik baik perancang. Dia takkan senang senang bagi kebahagiaan tanpa Dia uji kekuatan kita"

Kisahnya tentang sorang wanita ni, muda  lagi. Satu masa dulu, dia kahwin dengan seorang lelaki kaya. Lelaki tu cukup package, kalau aku nak cakap prince charming pun boleh. Sikap bertanggungjawab, caring dll semua ada pada dia. Cumanya dia dah ada isteri. Wanita ni tak kisah, bukan sebab harta, tapi cinta. mungkin jodoh mereka.
Tapi lepas  setahun usia perkahwinan mereka, lelaki tadi tu meninggal. Tanpa persediaan macam wasiat, pembahagian harta, bla bla bla. Dia tinggal isteri dia dengan seorang anak. Lepas kematian lelaki kaya tadi, wanita ni uruskan segalanya semua termasuk anaknya sendiri. Tambahan pula, madu pertama tu macam eksyen dengan dia. Bergaduh tentang harta lah, tentang kisah lepas lah, 1001 kisah tak puas hati. Terpaksalah wanita ni hidup berdikari besarkan anak tanpa suami disisi, hati dia tertutup sampai lima tahun lepas tu dia jumpa seorang lagi lelaki tak berapa kaya tapi ok la. Sekali lagi dia fikir mungkin ini jodoh dia, dia kawin demi inginkan anak nya berbapa. Tapi tak sampai beberapa bulan, suami baru ceraikan dia. Entah apa sebabnya. Lagi jatuh ditimpa tangga istana, dia mengandung. Dengan anak kecil sorang, anak dalam kandungan sorang. Lagi sekali dia teruskan hidup. Perempuan, tak macam lelaki. Lelaki campak tengah hutan pun berani lagi nak hidup. Tapi wanita ni, dia berjaya hidup macam semangat lelaki. Sedihnya, hanya dia yang tahu. Selepas dua tiga tahun anak keduanya lahir, akhirnya dia jumpa pula dengan lelaki lain. Dia masih yakin, ini jodoh dia sekali lagi. Lelaki ni seribu kali ganda baiknya dari suami kedua tak guna tu. Seribu kali ganda hebat daripada lelaki kedua tak guna tu. Lebih segala galanya termasuk lah kaya.

*

Bila kita ditimpa kesusahan, kita tak tahu apakah kesusahan tu jalan untuk menuju kejayaan atau kegagalan. Kalau kita bangkit dari kesusahan, mungkin kita dapat raih kejayaan. Tapi kalau kita terus meratapi kesusahan, kegagalan lah jawapan yang sesuai.

Kalau lah wanita ni tak bersabar, dia terus putus asa. Tak mahu lagi buka pintu untuk mana mana lelaki. Dia tak akan dapat yang lebih hebat.

Yang lebih hebat tu duduknya di hujung perjalanan. Biar ia berakhir dengan kemanisan setelah banyak pahit ditelan.


Bersabarlah selalu. Setiap pengorbanan (bersabar) kita pasti ada ganjaran.

Aku pun bukan lah seorang yang penyabar. Tapi aku selalu ingatkan diri aku.

" kalau aku sabar, mungkin aku dapat yang lebih elok dari yang sekarang. Kalau aku sabar tak beli iphone sekarang, mungkin aku akan dapat iphone yang lebih hebat dari sekarang."

Bersabarlah. Bersabarlah. Bersabarlah.

Dengan bersabar tu, segala keburukan dapat dielakkan.

Kalau orang gaduh, tapi kau tak masuk campur. Tak lawan balik. Jadi mereka tak ada sebab nak tuduh kau kurang ajar ke hapa . Sebab kau tak bercakap.... inikan berlawan kata. kau makilah dorg dalam hati ahahaah.

Seburuk buruk mana pun ujian yang menimpa kau, yakin satu je. Ini ujian kebahagiaan. Kau akan dapat sesuatu nanti daripada Allah. Tunggu sekejap ja.

Allah is the best planner .
1:50 a.m / 10 DEC

Friday, 11 December 2015

Dear crs ,

last week i went to the beach.
the beach where I wish to see you.
i love the place,
calm and windy.
i love the sunrise view too.
i left my message there,
i hope wind could bring it to you.
how impossible is it, i still hoping the same.
bai.



Friday, 4 December 2015

Tingkatan 3 2015


Assalamualaikum semuaa,

aku tak pasti angin apa yang sedang menypa aku haha tapi aku rindu nak sekolah.

typical student.
bila sekolah, nak cuti. 
bila cuti, nak sekolah pulak.
eh gatal ya kamu.

first time aku masuk sekolah, aku cam malu malu alah g ahahaha. series, first time aku masuk kelas, langsung aku tak pandang muka sesiapa, yang aku tahu, cari tempat duduk ! cari tempat duduk ! siap aku sumpah seranah entah apa apa untuk menyenangkan hati aku yang nebes ni. alah pemalu la pula zati niii... 

bila suku tahun, ha tanduk aku dah terpacak sikit, dalam 2 cm.. aku mula  hayati kawasan sekolah yang macam tadika hahaha. mural dimana mana ( padahal sekolah tadika ni la yang aku tengah rindu luls). lepas tu aku kena lantik jadi penolong ketua kelas 

ahahahaha..

weh ampa tau dak .

aku tak pernah lulus untuk jadi nahkoda untuk sebuah kapal.. tak pernah,,

PENOLONG KETUA KELAS AKU fail tak dak! hahahaa.....

aishah, salah kau k salah kau hmph..

lepas tu , masa sesi petang. ayat ni memang dah lali dah aku dengar sampaikan masuk mimpi hahaha k tipu . 

' siapa tak bawa buku dapat 2 Dmarit '

' siapa bawa handphone dapat Dmarit'

'siaplah kamu, kalau cukup 40 marit kamu akan digantung sekolah. smk shahtutututut bukan tempat kamu blablabla'

perkara itu diulang setiap kali perhimpunan..

SEKARANG .

bila balik sekolah, aku dengar perhimpunan petang cikgu warning macam tu. aku senyum je tapi penuh bermakna,..

' ekekekekekekeekekekekke.. padan muka korang, aku dah lepas. hahaahahaha ' 



from left- yusriah, aishah, aku lettew si zati and mimi

dah masuk form 3 ni, aku rasa dah bertanduk tanduk dah kepala aku ni hahahaha.. tapi tak semua perasan , oraang prang tertentu je tahu.


 banyak sangat benda kami buat.. antaranya aku sengaja cipta kenangan, supaya perjalanan form 3 ni lebih manis.  

pasal 3 UTARID , aku boleh caakap macam family la.. 

Syukrin ni ketua kelas . syuk, kalau aku cakap kau bodyguard pintu,kau marah tak ? hahahahha.. dari awal tahun sampai akhir tahun tempat KK ni tak pernah berubah. walaupun kelas dilanda badai atau taufan katrina. ni lah nahkoda 3 utarid, sabar kok layan anak anak kapal yang perangai nauzubillah sebijik sebijik. hahahah. 

kalau belajar, gaduh belajar.. pokpekpokpek 
kalau sembang, gaduh sembang. 
kalau gaduh, gaduh betul2 . 
macam nak terbalik kelass . waduh.. aku perhati je sorang sorang ni gaduh. (gaduh mulut je la) 

syahmi pulak si radio rosak. boleh ganti jamal abdilah aku rasa. setiap harrrrriiiiiii menyanyi... haihh

geng geng india lelaki pulak.. tak sah kalau sehari tak gendang meja. -.- kes ni paling annoyinng. kalau sorang gendang ok lah. ni gendang meja secara berjemaah. aduh...

dan perempuan yang kaki gossip, tak dapat disangkal lagi, semua perempuan dalam kelas aku ni semua ada perangai ni termasuk aku ahahah....

ina, bibah, syuk, misya and amalia. oh aku belum mintak gambar kat bibah lagi..

dan aku, misya, hanani and bella- STL yang kami saja y tahu betapa bagusnya perangai masing masing hahahaha.. lolfs

gais.. this is 3 Utarid. terserlah perangai setiap sorang hahaha..

  •  From left 1st line : yarceni, misya, syukrin farina, habibah, bella vivian
  • from left 2nd line : farhan, izzati, izzah, syamala, raziana, hanani, shanisha, esther, amalia, asma, aaron 
  • from left 3rd line : siva, hafizi, devesh, adli, daniel, syahmi, danesh and sri




'alah yus, kau tak tahu ke yang guard bf kau tu sebenarnya ada crush baruu ? '



hashtag kami wanita gangster sejati
*tp spoil muka aku tu cam muka slamber lak lol



from left : hanani, ramisya, aku dan aishah
hashtag classmate 2014
               






aku dah cakap aku ni Ratu Selfie yang tarsohor di negeri bawah kayu arab saudia.
muka aku sentiasa di mana mana. hiks.

maaf gambar yang tiada. masalahnya cuma gambar ni je yang ada kat aku.. hehe...


cepat betul kan masa berjalan.. siapa yang bijak menguruskan, maka berjayalah dia.. siapa yang tak reti menghargai masa, maka rugilah dia.. sebab masa tak boleh patah balik.. 


aku tiggalkan himpunan kenangan kenangan selama setahun ni dalam buku 2015... aku akan sentiasa rindu setiap apa yang berlaku tahun ni dan tahun tahun sebelum ni..

Thursday, 3 December 2015

Hiasan Dalaman SC

Assalamualaikum,

nahh! lebih lebih pulaks minah ni.

tadi aku cuma cakap insyaAllah boutique soon. otak pulak mula mencerna maksud lain -,-

tapi tkpelah. hihi. mari, kita cuci mata..

aku ni tak lah berseni sangat, even aku pun faham aku ni tangan kayu, mungkin sama seperti citarasa. bagi aku. aku cuma pilih apa yang sedap mana memandang, dan calm. yah, calm is a must..

hmm. nak tahu jugak citarasa dia tu macam mana eh ? hahaha.. deyy, u must accept whatever i've made for u. ok ?



front view.. aku suka ukiraan dia. so english style.. modern + old style .. btw, display is a must.. must.. wajibun !




korang marah tak kalau aku buka butik kat london? hahaha! so fall in love with english style... aku rasa mungkin aku akan create bangunan sendiri sebegini rupa- dan hanya jual baju kurung. hmmmmmmmmmmmm..



kecil tapi simple.. aku suka. aku rasa aku akan pilih ni walaupun hakikatnya kedai ni kedai kayu -.- tapi front view dia boleh diterapkan nanti.. hmm.. grey pun okay kalau combine dgn turquoise. 

tak habis habis dengan color biru aqua dia tuh ! heh.



aku inginkan ruang macam ni. mungkin perlu tambah sikit lagi rak baju.. sofa tu pun aku rasa beli yang kecik sudah la, bukan nak jemput raja nak duduk.. terpana aku kejap menghadam ruang ni.. besar nau. kalau kecikkan ruang ni, dah tentunya rupa dia akan jadi buruks.





aku rasa ini pun okay. ruang dia lebih kecik. baju pun muat banyak,. of course aku takkan letak color suram ni, sofa tuuu aku rassa cam nak jeeeee tukar kepada turquiose. dan, lantai tu mungkin aku akan tukar carpet.




wallpaper bunga pun sesuai jugak.. aku rasa interior design ni sesuai dengan front view Chanel & Dior tu. balance english style in out ..


aku ni jual baju kurung ke baju pengantin hhahaha..




excuse the wine.. aku suka space ni. tapi nampak cemm cemm serabut sikit.. fitting room dia aku
suka dan aku rasa english style dan turquoise will be a good combination. .. aku sebenarnya nak fitting room yang macam ada stage dan keliling tu semuanya cermin. ahh heaven! u can cat walk anytime u want..




Ya Allah.. aku suka nii.. nampak modern tapi wallpaper dengan cermin berukir kayu tu masih mengekalkan classic dia. aduh aduh sayang * dgr radio lol. simple + classic .. cantik kan ? heww



nampak nya, papa kedana lah aku nak siapkan sebuah butik yang berupa begini.. ilek...
butik macam istana, dalamnya jual baju kurung. looks so weird. harus difikirkan nih..




minggir minggir !! Puan Suria mau lalu.. 



Total = RM 22.5 juta
+ tax RM 1 juta monthly



finally she got heart attack and ilekk left this world forever..

Launching SC by Suria

Assalamualaikum,

Hii..

apa ni tetiba launch ?! hahaha..

ilek bro..

sebenanrnya dengan rasminya ( rasmi la kan, accounce kat blog) aku nak bagitahu tentang kewujudan SC by Suria  . atau dengan nama penuhnya Suria Couture .


front view pun dah gah uolss.. aku nak display space tu nanti. wajibun!
nak mula dari mana eh ?

okay la camni.. wujudnya 'tag name' ni ataupun akan jadi business soon. InsyaAllah.. atas impian aku sendiri.. aku dah lama impikan nak buka butik, tapi belum terlaksana sebab ketika tu aku masih bermain lumpur. tak sempat nak fikir pasal jahit menjahit ni. 

jadi, dalam sebulan dua ni aku macam terfikir, tersedar, dan pelbagai ter- lagii.. untuk laksanakan impian aku. lagipun, mak aku tu tukang jahit baju.. series, aku tak pernah beli baju kurung pesak selama aku hidup, semua baju kurung mak aku dah jahit sendiri hahaha. untung badan! dan macam sayang kalau terhenti setakat mak aku jeww. jadi, aku yang berciri-cirikan anak mithali ni rasa semangat la nak sambung karier dia tu. hoho..

ehh tu belum lagi. aku baru fikir..

dan, aku juga terfikir alangkah jimatnya duit aku kalau aku boleh design baju aku sendiri.. daripada beli baju yang berharga RM 1k. 



tapi, yang membuatkan aku laksanakan impian aku ni, adalah sebab crush aku. 

hmm. aku tau aku sweet. hahah! 

aku pun tak tahu bagaimana, tapi betul lah. aku mula create first step sebab dia. jadinya, aku sandarkan butik ni atas nama dia.

dia siapa ? ehh.. rahsia lah.. 

maknanya, dia perlu ingat dia ada bersama nama yang aku bawa nanti. hakikatnya, dia tak pernah tahu kewujudan aku, tp biarlah. better this way. i still have a long journey to work for. 


okay. so aku kan masih muda dan mentah. jadi, aku fikir setakat ni biarlah aku buat 'tag name' ni untuk diri aku dulu. maksudnya, buat baju untuk diri aku sendiri la. sampai masa, aku akan kembangkan. aku tahu itu yang mak aku nak, tapi dia tak mampu nak buat. jadi apa salahnya aku tolong realisasikan ekeke..

Ahh! aku harap korang dapat maafkan muka ilekk aku ni -_-
ni, baby pertama aku keluarkan atas nama 'dia' dan SC by Suria Ahmad . jujur la, baju ni bukan aku yang jahit HAHAHA..  mak aku yang jahit, tapi masih bermakna buat aku sebab aku dah sumbangkan idea untuk baju ni. susah rupanya nak jadi designer -,- heh. aku suka style simple dan selesa, dan memang ini aku nak kekalkan sampai bila bila.

color turquoise yang mana fevret aku gila gila punya. dan material kain ni cotton, tapi i swear tak berbulu! sejuk dipakai. aku juga suka cotton sebab kain yang paling selesa pakai dalam semua keadaan.. baju chiffon out awal awal lagi, even tkde dalam list kecuali shawl chiffon insyaAllah. aku tkde chemistry dengan baju chiffon, cepat je baju tu terkoyak nanti hm. dan design- aku cuma letak list (camni ke eja ) kat tangan bertingkat tingkat. aku rasa tu puns ok. dann maaf lah sebab bawah tu tak nampak.

doakan semoga impian aku ni berjaya ok ? tahnk you.

dear u,
i wish you'll read this. but its okay you still have chance to see it leter, even you're too late.