Friday, 29 January 2016

I found your clone.

Jibby. 

I found your clone here. 
You guys are look alike. 
The way he talks remind me of you. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

If you read this. I want you to know that my existing right now is not too important for you to know. I have no achievement to show to you. Just an idiot and humble and not-so-pretty girl up here. But if it comes to the right time, I'll let you know- this is your lover. 



Monday, 25 January 2016

1st : Introduction

Assalamualaikum,

Hii hii ..

Nama saya Nurul Izzati. Sangat simple nak sebut, saya pernah pertikai beberapa kali kpd parents saya. Kenapa letak nama Izzati ? Kenapa tak letak Syarifah Nur Isabella Aminatul Wardina Dania Umaira ? Kan lebih perempuan dan sedap didengar, nak buat nickname pun senang. Contohnya, Fahtul, Ira, Nia, Inah. Tapi mak saya cakap Izzati kan lebih senang nak ingat, Izzati tu maksudnya mulia. *terus terkunci mulut* Alhamdulillah... Tak apa la, simpan nama tu untuk cucuku nanti.

oh ya, saya juga gunakan nama Suria untuk waktu waktu tertentu. Most of the time dalam blog, dan bila saya berinteraksi dengan crush saya. hahha.. Macam saya cakap, Izzati for reality and Suria for fantasy. Suria juga wujud disebabkan sahabat saya dan ke-desperate-an saya nak ada nick name. Nak harapkan nickname nama sendiri memang tak la. Kecuali, Zetttyy dan Ati --' .

Ati. ya kamu faham kan ?

*fikir benda apa y penting dalam intro *

Saya lahir 13 May 2000. Hampa kira sendiri la umur berapa. Waktu saya kecil dan comel dulu, abang abang and kakak kakak saya selalu cakap ayah saya jumpa saya kat tong sampah.. Perghhh. kalau bisa aku hempuk mereka, dah lama aku lakukan. Cuma sebab saya ni masih kecil dan innocent. Maka saya simpan tangan dan kaki saya daripada beraksi, cuma mulut sibuk mempertahankan diri. Saya faham saya lebih wink wink daripada mereka hahaha.. lol. Sebabnya, bezaa umur saya dengan kakak sebelum saya lebih kurang 10 tahun. That's why depa sakan pekena aku mentang mentang la aku ni tak berdaya untuk melawan. Cet.

Saya lahir kat Kedah. Membesar di Kedah sampai 13 tahun. Tapi, parents saya dari Kelantan. Dan saya sekarang menetap di Klang. Nahh... nak mengaku orang mana ni ?? Series pening kepala, tambah tambah bila bola Selangor lawan Kedah. Delima dengan negeri .

Apa lagi ?

Last, saya memang seorang yang tak boleh hidup tanpa spect. Bukan kerana ikut trend, tapi sebab mata saya lebih memerlukannya berbanding trend. Agak sukar untuk mengaku yang saya ni cacat penglihaatan T.T ( tak cacat T.T cuma Allah tarik nikmat yang satu tu ) Tapi kan ramai yang cakap, orang yang pakai spect ni nampak genius. *wink wink* *flip scarf* .. Saya bukan rabun sejak kecil, tapi saya rabun ketika dalam perjalanan nak membesar, sistem terganggu kat situ kejap. haha..

Okay ini last, betul. Saya bukan seorang peminat k-pop ataupun korean style yang tegar. Ke J-pop pun. Sorry saya tak kuno hokay ! Cuma kurang bahagian hiburan yang begitu.. Pernah saya cuba untuk minat beberapa orang ahli EXO masa 12 tahun. hahahaha. eii, gedik gila seh masa tuuu. cuma nasib baik je tak fanatik. lama lama hilang, daah tak kisah. K-drama saya layan cuma 10% , bergantung kepada jalan cerita la. Tak banyak yang saya suka, tapi kalau tanya saya antaranya- Winter Sonata ( korang kenal ke cerita ni ? ni cerita zaman kakak aku membesar dan aku turut terikut ) , Love Rain ( Ini sebab permulaan cerita dia classic, saya suka heroin tapi hero dia cemm ehem sikit ekeke ), Boys Over Flower ( cerita ni sebab ada sorang ahli group dia yang handsome bhaha.. ala yang pendiam tu ha. muka dia gak sama dengan hero Winter Sonata ), and Faith ( ini sebab Lee Min ho nampak gagah perkasa dan protective gila ! srsly, dengan pedang dia tu. pheww ) ..

(penulis nak menafikan yang dia suka Korea tapi bukti yang kukuh mengatakan sebaliknya. huh. )


Okay la okay saya layan k-drama sikit. sumpah sikit je.. kalau hindustan tu banyak wkwkwkw >< .




31 Days Blog Challange

Assalamualaikum,

Setelah mendapati bahawa blog aku ni agak hambar, asyik asyik buat Bersamamu . Sikit- sikit buat Jejak Kasih, Teratak Rindu Bonda dan seangkatan dengannya lah!

Aku pun terasa macam nak ubah sikit ke-hambar-an blog aku ni.


Add caption

Nahh !! Aku pun excited nak start challange ni. Aku tak buat ikut hari ... Mati lah aku hari hari kena buka blog. Kang homework pun tak siap. Tapi InsyaAllah aku akan buat sampai habis.

Ehh !

Cop!!!

Tak mungkin tak sampai habis sebab beberapa challange tu tak kena dengan aku ekeke.. Contohnya ... '' If I won lottery '' 

Woihh harromm.. harromm. cannot cannot. 

Mampusla aku kena kapak dengan ayah aku masa hari raya nanti. Dosa au. 


So, let's start it. 


Doa Ibu

Assalamualaikum,

Tahun ni aku belum pernah cerita tentang kesedihan aku sebab mak aku buat drama air mata lagi kan ? Well, 2016 has just began.

Ada orang tanya aku,
Tak sedih ke duduk jauh dengan mak ? At this age.

Some of my sister's friends wondering about it too, aku ni gaduh dengan mak ke hapa sampai nak lari ke selatan.

I'd say - it's my destiny. Allah has drawn my life. So, what I'm having right now is a part of Allah's plan.

Tak sedih ?
Woihhhh. Hari hari makan hati tau dak (sobs sobs). Tapi dah 3 tahun, tak terasa sangat la. Of course la rindu, how a mother treats her daughter, prepare for my breakfast, lunch, dinner, asking  how my school was.

Kadang kadang aku akan rasa bebas, tapi most of the time perasaan lonely tu sangat menguasai diri aku. Macam masa mula mula aku datang Klang, pergh heaven la konon sebab dah boleh berdikari sendiri. Hidup tak ada sapa sapa sekat or larang. Tapi, bila tiba masa kau nak breakfast, tiba masa baju sekolah tak basuh lagi but in the same time kerja sekolah tak siap lagi, tudung berlubang sebab iron terlampau panas..

Baru kau tahu, ibu yang menyempurnakan hari hari kita.

Sedangkan ayah aku tak boleh hidup tanpa mak aku, inikan aku seorang anak tak boleh hidup tanpa ibu.

Guys. Just... respect your mother. Whatever she do is for your good sake. Bertahan lah dengar dia membebel walaupun 48 jam sehari. Nanti bila dia dah tak ada, siapa nak bebel kat kau ?

Serimas rimas kau pun dengar ibu membebel, tapi kau tetap buat juga kan apa yang dia suruh ? Kalau dia tak ada, siapa nak ingatkan kau suruh breakfast, tanya kerja sekolah dah siap ke belum, ingatkan kau solat ?


Aku dah sedar apa yang semua anak anak lain patut sedar.

Mother's sacrifice.

Mungkin naluri hati seorang anak - or else aku ni je yang manja terlebih. Tapi, lepas beberapa tahun, aku sensetif kalau dengar '' Hormatilah ibu bapa kamu, nanti bila dia dah tak ada......blablabla'' *nangis di sebalik pintu* .

Okay. yang di atas baru introduction. mihmihmih..

jadi, tadi ketika aku on the phone dengan mak aku.. mak aku cakap :

'' Adik, doakan umi ya..'' '' doa supaya umi dengan abah sihat, panjang umur, boleh tengok adik berjaya ''



Why should you mention that kind of words ?

Bukan menyentuh hati dah, tapi terus attack : '' ANAK TAK GUNA LA KAU, LEFT YOUR PARENTS AT HOME ALONE SURVIVING THEMSELVES AND YOU'RE HERE EATING KFC WHILE WATCHING YOUTUBE "

Cam.. faham tak perasaan aku ? ibu, sorry. sejak kecik dia tak pernah tinggal aku walaupun aku nak melabur kat toilet, dia tetap tunggu kat luar (5 y/o) .. Masa aku masuk ward, dia tak tidur malam sampai eyebag dah tak ada rupa eyebag, mungkin plasticbag. Walaupun sekarang, kalau aku demam, dia tak tidur malam nak pastikan tuala aku sentiasa basah. :')


Guys.. she's your mother. She deserves the best treat from you guys.



Ikhlas, Suria.
1:05 a.m.

Sunday, 24 January 2016

trying to be someone else

Assalamualaikum,

Sometimes I would like to be someone else. With their personality, their calmness , their bla bla bla. and even the little things inside them.


 My insecurities and I can't be apart.

I'm not going to say that I hate myself  or I'm not a grateful person. It just.. sometimes you will feel like someone is better than you and you're the worst in this galaxy.

A few months ago, I found a blogger. How can I describe her ? - A beautiful girl with beautiful brain. Yeah, that is the best description for her. I adore everything about her ;  The way she lives her life and her personality. hemm. To me, she's the perfect idol. The way she writes the blog is like she loves her life and there's nothing to worry about what's going to happen in her life. ( i think so ). She loves the peacefulness, calmness, nature and etc.

yes.

I have the ability to make changes in my life. We not supposed to suffer what we're having right now. Give full effort to your aim and just make it happen.


Senangnya dia cakap..

I mean, try.

















Wednesday, 20 January 2016

sibuk

Assalamualaikum,

hii. aku nak menulis diary pun takk sempat inikan blog muehehe.

kesibukan aku mengatasi segalanya.

manusia jenis tak bersyukur dia macam ni tau - bila tak sekolah, rindu sekolah, makanan sekolah, pokok bonzai sekolah, cleaner sekolah. tapi bila dah sekolah, nak cepat cepat cuti..

cemmmm...haihhh. yelah budak.

2016 equals to Form 4.

aku pun tak tahu, aku ni Timbalan Perdana Menteri Wanita (TPMW) atau aku Kapten y mengawal 400 anak kapal. tapi series ah. penat gila weh!

school is tiring .. much many more no less tiring (ngeh2)

pagi sekolah, petang ko-ko , malam homework , tengah malam tidur x 5 days =

tambah-an pula, aku ialah  ketua  kelas ........ HAHAHAHA (jemaah, mari kita gelak sama sama).

aku dengan suara yang halus mcm ditelan dek zaman, katik pada usia 16, dan muka penuh babyface (ehem2) ni dilantik menjadi class monitor ?

hahaha.

rosak rosak.

sungguh! tak dapat diterima dek akal aku yang aku ada potensi untuk memimpin kelas wihihihi.

KALAU TANYA BENDA YANG PALING AKU NAK ELAK DALAM DUNIA NI, AKU AKAN JAWAB MEMIMPIN. ya memimpin.

pimpinan aku tak pernah straight, asyik terpesong dan tertunggeng ataupun bakal tergolek.

...

walaubagaimanapun aku tetap mencuba dan redha. sebab, kalau aku tak cuba, sampai bila bila aku takkan pernah berani (eh ?)

**

 SIXTEEN ? -  100.89% i dont believe that im growing older . 16  terlalu tua bagi aku yang muda ni.. haha takla. 16 ni macam ..... yes kau akan kahwin dalam tempoh beberapa tahun lagi, yes itu maknanya kau dah tua cuma belum bangka je lagi.

16 - tanggungjawab dh bertambah, you have one year left in high school, you have a lot of things in your mind, fizikal dah berubah, your life will change in a few years more. definitely will.

aku belum bersedia untuk sweet sixteen. ah please la stop kat sini ja. T.T


2010 - hahahahhaha ! muka di saat dosa belum bercambah dan NUR masih bersinar .



2015 - semakin besar semakin annoying pula dia..





Dear sweet sixteen,

may this year will bring you a lot of happiness in your life.

suria,1:00am

Saturday, 9 January 2016

typical teen

Assalamualaikum,

sekarang kan famous betul couple ni. 
nak kata trend. iya jugak. karang kalau tkda cakap datang dari zaman batu la, zaman pokok daun ranting bagai.
nak kata zaman remaja. pun iya jugak.
mungkin juga sekarang wanita dan lelaki di dunia ni semakin kacak dan cantik. boleh jadi.

aku ? hahahahaha. lololololol..
cerita je lah. 
aku dah pernah lalui zaman ni. tapi tu dah beberapa dekad yang lalu. 
dan aku rasa, biar lah zaman aku tu berlalu macam tu je. aku sesekali tak akan ulang sejarah aku balik.
bagi aku, walaupun bercinta ke TMM hapa ke, tak akan jamin hidup kau akan aman walaupun seminit. 
tak reply mesej sebab sakit perut pun dah kena cop curang !

'' you ni, ada lelaki lain eh ? lama i tunggu you reply baby/bayi/badak/bamboo/bimbo''

yang dia tak tahu gf dia tu seksa dok sakit perut. hahaha.. alahaii..

bagi aku, kalau bercinta ni. everything is limited. you will feel like you're in a jail. and aku bukan that type yang suka duduk penjara. 

dulu yelah aku faham keperluan couple tu, tapi skrg aku semakin tak faham. lagipun ada ke masa nak main phone ? otp ? aku hidup sorang pun rasa macam 24 jam tu memang tak cukup la. lagi nak buat homework. lagi nak selfie (hahaha). diri sendiri pun belum terjaga inikan nak jaga anak teruna orang yang tak cukup umur lagi. 

yes. sometimes, lelaki pun penting dalam hidup seorang wanita. even, Allah dah jadikan seorang lelaki tu kuat dan sado untuk melindungi wanita. aku pernah baca entah kat mana. tapi ayat dia berbunyi...

''perempuan dari kecil dijaga oleh ibu bapa. selepas kahwin dijaga pula oleh suami. bukti, betapa Allah nak melindungi seorang wanita'' 

ha lebih kurang gitu la.

tapi macam. come on. we still young kut. lagipun, kalau kahwin lain lah cerita. so takyah bangkitkan soal ni. 

cuma.. hehe.. aku sedang crushing on.. nothing more than that. 

ok sudahla. aku dah la perut lapar, lepastu merepek pulak. aihh.
maafkan tertelanjuran kata zayaa. 
sememangnya entri kali ni merepek! no doubt.


Reflecting on past 2 years

Assalamualaikum,

Aku tak pernah perasan perbezaan ataupun perubahan yang berlaku dalam diri aku either secara fizikal atau mental ke rohani ke jasmani ke. Apa yang aku tahu, aku semakin tua. Cuma ada some of it yang aku macam

'' ehh, aku dah berani lah buat benda ni! ''

Ada perkara yang kita faham tentang kita, tapi ada juga perkara atau sifat yang kita tak nampak tapi orang lain lebih tahu. Aku pun kadang kadang frust dengan kelemahan aku. Tu lah orang cakap, kalau bodoh tu, jangan tunjuk sangat kebodohan tu. hahaha! (aku dapati ayat ini agak kasar ya)

apa yang aku pelajari selama 3 tahun aku merantau ? (patut ke aku cakap merantau ? tapi yelah berdikari gak en )

BANYAK WEH!

SERIOUSLY BANYAK!

something like '' omg! i didn't expect this thing could happen to me..''


LOVE

love is something yang abstract. (bukan mama dengan papa bagai ni ya ! mak dengan ayah aku pun tak panggil macam ni kat rumah. ew)  I mean, cinta tak semestinya kita perlu sedar kehadiraan dia. Kadang kadang kita sedar bila kita terpisah. nak berpisah dan dipisahkan. apa ap je lah asalkan berjauhan. cinta boleh wujud dari segala aspek ok. contohnya, cinta kepada ibu bapa. percaya lah, kau tak akan cakap ''mama i love you and i really really miss you'' kalau kau tak pernah berjauhan dengan mak kau. this is the most precious feeling ive ever had.

KEREDAAN IBU BAPA

u kno. u must trust me no matter what is your excuse (apa aku cakap ni ? aihh.tkpe) .. katakan lah, kalau aku keluar rumah pergi shopping mall ke p window shopping ke hapa. dan aku lupa call and inform mak aku. seriously, akan terjadi something yang buruk kat aku. tak kisahla kecik ke besar ke. contohnya, accident, hati tak tenang nak window shopping, kena tipu dengan salesgirl. BANYAK WEH BANYAK. ini fakta tau tak. aku tak tipu...sumpah trust me T.T . jadi, setiap kali aku nak keluar, masa otw tu aku akan call mak aku bagi tahu aku nak pergi mengorat guard berbangsa pakistan ke hapa kan. (hahaha.. tak la aku belum desprate lagi. choii ) 


selagi ibu bapa kita masih hidup, keredaan daripada mereka bagaikan satu perlindungan untuk kita. pernah dengar tak keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa ? doa doa daripada ibu bapa, mustajab. minta lah apa sahaja kebaikan untuk kita selagi mereka masih hidup. bila mereka dah meninggal, automatik doa itu terputus. even kau minta pak ustad untuk doakan kat kau, tapi tak seagung, semustajab doa seorang ibu.

please. ibu and bapa is like the whole world for you guys and also me. bahagiakan lah mereka.

bila aku tengok ayah aku senyum tengok aku jejak rumah dia, aku rasa macam perghhhhh handsomenya ayah aku niiii. hahahaha tak tak tak ! aku rasa macam satu rahmat, senyuman seorang bapa weh. diaa betul betul gembira. inikan bila ayah aku peluk lepas tu cakap

'' rindunya abah kat adik.... ''

mana ego seorang bapa ? aku rasa macam hinanya aku ni tinggalkan mak bapak aku yang dah separuh suku abad kat rumah. jauh pula tu. haih hina hina.


ADVENTURE

kena sedia dengan apa sahaja keadaan waalaupun kita tak pernah expect such that thing! waalaupun aku kat sini bukan adventure sangat sampai kena daki Banjaran Titiwangsa bagai. tapi it's like, mental problem kalau kau tak bersedia. contohnya macam kereta breakdown, tertipu, dan macam macam lagi lah. don't put your trust easily to someone that you still not sure about their background.


BRAVE

ini benda yang aku terlalu banyak kali belajar. aku buka mata aku, aku dah tak duduk dalam kelompok aku saja. kadang kadang bila keadaan terdesak, keberanian tu akan muncul sendiri.


it's quite tough. tapi fun. you  will learn something new.


P/S; kirim salam kat jibby ya. wkwkwk. 


okay lah. dah lewat betul.
see you soon.
01:50 am

Wednesday, 6 January 2016

masih terlambat untuk 2016 ? jeng3

Assalamualaikum,

k. aku rindu kamu semua.
aku juga tak bisa hidup tanpa menulis.
series jiwa aku ni macam kacau kalau tak menulis.

*sila lah jangan gelak T.T*

HAPPY NEW YEAR GUYS!

masih belum terlambat bukan ?

aku langsung tak percaya, ghupenye aku ni dah makin tua bangka T.T
fizikal aku ni masih nampak macam ala ala sweet twelve gitu wkwkwk..

semakin besar, maka semakin banyak lah tanggungjawab dan masalah aku. haih

 *picit kepala*

the beginning of 2016 ?

TOUGH WEI TOUGH. SEYIES.

banyak betul surprise yang aku terima. memang betul betul tamparan *pang* untuk aku lah.
(nanti agak agak dah reda, aku cite la kat hampa )

aku tak suka gila kat surprise. agak agak kan kalau aku ada heart attack, confirm surprise ini akan jadi yang paling tragis dalam dunia !

                                                       PAPARAN AKHBAR!!
               * remaja mati serangan jantung di KFC. rakan remaja bersalah seumur hidup. *

and last.
aku nak wish happy new year kpd Jibby. aku tak tahu la kalau jibby akan baca blog aku ni hahaha *berangan tahap petala langit ke 7 betul zati ni*, tapi tkpe jibby.. relekk Jib. aku akan sentiasa menulis selagi aku hidup.

okay.
tatata.