Tuesday, 29 March 2016

Menghukum - tips


Assalamualaikum, 

Okay, biarkan aku bercakap ayu pada entri kali ini dan biarkan aku bagi contoh yang berjenis ya. Cuba ya, cuba jangan judge aku. ngee..
sangat mendalam bukan maksudnya ?
Aku tak tahu nak mula dari mana.. banyak sangat isu yang berkaitan benda yang yang masyarakat kita sendiri selalu buat, tambah tambah bila wujud laman sosial ni. Aku tak nafikan, kita semua manusia yang cerdik akalnya, kita pun tahu yang menghukum orang tanpa kau tahu sebabnya sama macam menfitnah. Dan menfitnah tu sama macam membunuh. Tapi kita masih buat lagi.

Ya, walaupun kita ni sebaik baik ciptaan Allah, tapi kita juga manusia yang lemah iman- kadang kadang beriman, kadang kadang kurang iman. So, mungkin la kita consider sebagai terlepas cakap, tapi seboleh bolehnya kita control mulut..

Amalan yang kita buat sepanjang hidup kita ni, kita tak tahu sama ada diterima Allah S.W.T atau tak. Apa lah sangat kalau benda yang kita boleh control sendiri macam nafsu (ok aku admit ni mungkin 30% ja ) dan percakapan dan ikhlas. Benda benda ni, kita sendiri tahu nilai apakah dia betul atau salah.

Aku bersyukur sebab takde facebook, insta pun dah takde (mungkinkah akan wujud kembali ? ahahaha ><), twitter takde, wechat takde. Tapi dalam semua yang aku sebut tu, aku rasa facebook yang paling bahaya, yang paling senang nak dapat dosa. Mungkin kita boleh tukar kepada FACEBOOKSA ? 

Masa mula mula penubuhan fb tu boleh kira lagi, semua pengguna pengguna dia jakun, macam beriman, tak reti main fb lagi semua yang ada ' hi selamat datang ke facebook. boleh berkenalan ?' tak pun penuh kat timeline ' hi maaf saya ingin bertanya, macam mana cara nak tukar profile picture '

Tapi sekarang, baru buka dua saat.

''Remaja kena tangkap khalwat'' , ''ibu dera anak''  ah macam macam lagi la. Ye la, kira bagus la berita berita macam ni, tapi macam mana kalau benda tu yang pasal fitnah pastu kita percaya ? Pastu kita pun bersetuju '' Ah betul la dia ni, aku dah agak dia yang curi jala pak seman kat sawah tu, takde penyangak lain selain dia kat kampung ni''



on the other hand, 
aku bukan bercakap sebab aku ni baik sangat, aku tak pernah hukum orang. Malah aku rasa aku pun banyak kali dah hukum orang. Cuma, kita manusia kan, biar sikit, leka dengan dunia Jadi apa salahnya kalau aku tersedar, dan aku sedarkan korang. Mana tahu kut kut dapat hidayah. 

Tak kisah kalau kita tak 100% beriman, wajib beriman. Tapi sekurang kurangnya kita berusaha untuk perbaiki apa yang salah dalam diri kita, at least kita sedang belajar apa yang kita tak tahu tentang Islam. Semuanya perlukan masa untuk berubah, tapi janganla ambil selamanya nak berubah. *take note zati *

Apa kata korang cuba kaedah ni, in case kalau korang baru nak bermula. 

Setiap pagi sebelum buat apa apa, sebelum keluar rumah. Bagi tahu kat diri sendiri.

'' PEAH, KAU INGAT YA. HARINI JANGAN KUTUK ORANG, JANGAN MAKI ORANG.. JANGAN FITNAH ORANG.. NAK BERGURAU BAWA BAWA LAH BERSABAR SIKIT, JANGAN GURAU SAMPAI ORANG TERSENTAP DENGAN KAU'' 

*berdialog dengan cermin ekeke *

Walaupun hari pertama, kau fail. Ada la termaki dua tiga orang budak yang kacau kau. Tapi lama kelamaan, otak kau dah immune dengan arahan tu, so automatic bila nak maki tak jadi.

"EIIII, KAU NI KAN LEHA AKU DAH LAMA USHAAA KAU, EIII KAU NI GAT....... 

(tetiba terlintas ......JANGAN MAKI ORANG RANG RANG RANG *effect gema*) 

KAU NI GATAL LA LEHA. MEH SINI AKU GARUKAN >< ANYONYO, GATAL KAT TANGAN NI YA ?''

ok drama sebabak dah tamat..

Lepas tu, sebelum tidur.. tanya diri lagi, well korang kan suka berangan ihik.

''HARI NI AKU KUTUK SIAPA EH ?''

contoh la terkutuk ali, tertampar Mila, bergurau dengan Leha sampai dia menangis. 

Kalau korang jenis suka minta maaf, then esok tu pergi 0-0 terus lah. 

InsyaAllah. Kalau korang buat ni selalu, lama lama berkurang lah tabiat tu. Ni cuma first step nak berubah.. 







moga moga bermanfaat. daaa~













Monday, 28 March 2016

Emmanuel

Assalamualaikm,

Aku tak nak cerita panjang dalam entri ni. nanti orang fitnah aku suka dia lak. sorry okay. tak.

Actually, aku terdetik nak tulis pasal penpals ni sebab dia. Selain Paulina, dia juga salah sorang yang aku kawan agak lama, dan Emmanuel ni sangat nice, happy go lucky, dia tak macam lelaki y lain. control macho bagai. 

Macam lelaki lain, mesti lah macam..

''ehem..hey pretty, i am Sudarwang comes from Belgium. I am an ex of Boxing school at London and in my free time I play dota and ehem I play soccer. Do you interested to be friend with me ? ''

Apa kaitan belgium dgn london hahahaha ><

Tapi Emmanuel ni nice gila. Yelah, dia pun ada pickup line kat akku. tapi pick up line dia tu macam The Joke of the World. 

contoh bila dia cakap, 

You're pretty like moon..

AKU BANTAI GELAK AH WEH,.. KUAJOO, BULAN KAN PERMUKAAN DIA BERLEKUK LEKUK TAK SEKATA, PHEWWW PERSAMAAN APAKAH INI. NAK KUTUK KE PUJI NI.

so, macam tu la. aku pun tak segan dengan dia, macam aku sembang dengan perempuan la.

ha tu dia , penerangan aku supaya hampa tak fitnah aku..







tengok ni hahahaha .. sejak bila bintang jeles dengan aku sedangkan bintang lagi bercahaya. Aku tak tahu nak cakap apa. hahahahahahah.. aduii..

Hey my crush, you're handsome like banana tree. 

hahaha.. tak lah, aku takde crush.





Jap nanti aku confirm balik dengan Hang Tuah, aku ni keturunan depa ka hahahah ><

okay girls, sweet talker macam ni 100% tak boleh percaya.. gelak boleh, percaya jangan yaa.. too much, hahah...

aku tak amik serius pun apa yang dia cakap. Tapi, lepas dia lama sangat diam kan diri, aku rindu pulak kat Emmanuel. Lama... last contact bulan March. aku pun wonder, mana dia pergi.. nak dengar lagi pujian bodo dia tu haha. persamaan yang tah apa apa.

Aku pernah bagitahu dia pasal crush aku.. lepas tu dia suruh aku cakap kat crush aku 

'' said to him- you please go to the moon''

okay aku terfikir jap, adakah ini adalah sejenis makian dan kata kata kesat tapi dalam proper way ?

HAHAHAHAHA. apak ah, 16 tahun aku hidup, tkde sapa suruh aku pegi bulan. ;')

haih.. dah takde dah dia.. taknak kawan dengan aku lagi lah tu. aku cuma ada email email ni je la..
takpe lah, orang tak nak kawan.
tapi,
terima kasih kawan,
sebab pujian tu lain dari yang lain hahahaha..
takde la aku nak dia puji aku, tapi tidakkah kamu rasa happy bila kawan kau cuba untuk buat lawak.
tapi, nampaknya, dia dah hilang.
so, yelah.
Emmanuel, may you will be surround by the good people.
aku juga harap orang yang kawan dengan kau nanti gembira macam aku gembira haha ><
hmm.. 






Paulina Grabwoska

Assalamualaikum,

Can I speak english ? Ouh whatsss ? Ouhh sorry sorry I don't understand you well, miss.

Alah, aku cakap melayu je lah. aku bukan pandai speaking pun, nanti aku speaking habis satu alam ni kecam saya ;(

lagipun, aku cakap dengan hampa ja. Sila lah melayu melayukan diri anda ya.

Okay, nampaknya entri ini mendahului entri introduction.. Jadi, kalau nak tahu asal usul ni, sila rujuk entri introducton.

Paulina, if you're reading this. I know you won't understand but trust me I only talk the good side of you ..

hahahaha ..

Okay jadi, Paulina ni merupakan penpal pertama yang aku jumpa dan aku dah berkawan dengan dia selama setahun..

HAPPY ONE YEAR FRIENDSHIP PRETTY !! ;D

Tu lah aku pun tak percaya yang friendship ni bertahan selama setahun.. Selalunya, mungkin dua tiga bulan dan mesti salah sorang tu akan disappear . Mesti punya!! tapi alhamdulillah kami ok, mungkin ada kepercayaan antara kami, mungkin. Mungkin juga dia selesa dengan aku dan aku pun macam tu. Boleh jadi kami ni banyak persamaan.. Banyak sebabnya..

Antara penpals yang aku ada, aku paling rapat dengan dia. Maksudnya, aku anggap dia one of my bestfriend macam bestfriends yang aku ada kat Malaysia ni.

Honestly, sejak kecik, sebelum aku jumpa Paulina, aku anggap semua orang putih ni tak memahami. Satu, sebab culture lain, depa lebih open minded. Kita sensetive. Dua, sebab berlainan bahasa, jadi susah nak comunicate. Aku agak excited kalau boleh kawan dengan omputih, tapi on the other side, macam haihhh depa ni tak memahami, susah. nanti timbul salah faham..

But no. She's very very nice and understanding, open minded dan dia okay je betulkan english aku.

Apa yang aku dapat lepas aku kawan dengan dia is ..

Kalau kau belajar english dengan orang melayu. Contoh la, tersalah slang kau p eja whether jadi weather. CONFIRM orang akan cakap macam ni.

'' HAHAHAHA ! DAH LAH PEAH, KO TU TAK RETI NAK CAKAP ENGLISH. BUAT JE LAH CARA TAK RETI, TAK PAYAH NAK BAJET KO FLUENT SANGAT. WHETHER DENGAN CUACA PUN TAK RETI BEZAA. HAKKKKTUUIIIHH !''

betul kan ? kan ?

sebaliknya, kalau salah cakap dengan bangsa depa ni.

'' You knows that thing you wearing yesterday morning, on your hair.. what are that thing call ? Sorry for my bad english. you understand ? ''


''Oh yes yes I can understand it well. it's okay, your english is good. that is called flower crown ''

contoh la.
 at least depa tak hina english orang yang tak pandai. uhuks..

okay so, this is Paulina Grabwoska !! taraaaaa

Say hi to Paulina !!
cantik kan dia ? Alhamdulillah, rupa ada, budi perketi pun ada... Lupa pulak I nak cakap, dia ni Polish girl. Aku tak ingat pabenda nama tempat dia, tapi dekat dekat dengan Warsaw la. Time aku kenal dia, baru aku tahu ' oh wujud ke Polang (opss, terkeluar bahaza zizan lak ai><) atas muka bumi ni.. ohhh.. ngak ketahuin sih''

dia pakai jaket merah. 

ni gambar classmates dia, first time aku tengok gambar ni. aku jeles 2 perkara.

satu- apak ! putih gila depa niii... *tengok muka kat cermin* jauh panggang dari api. malah tak nampak bayang api pun..

dua - Apak best lah depa ni main snow......... haih ni jeles ni ..

katanya time ni dia ada shooting untuk drama. aku tak tahu lah dia ni pesakit je penjahat yang jatuh dan tertangkap. opss.
Paulina ni tua 2 tahun dari aku, that means dia sekarang 18 tahun. Tapi depa bukan kira by year pun, depa kira ikut tarikh lahir, so consider 17 lah. Dia masih menuntut kat sekolah yang aku tak reti nak eja nama peliknya. 

snow falls, nampak macam hujan.
 bajet macam aku pernah rasa snow je. puii.. tau tak, bila nak dekat winter, setiap hari aku minta gambar SNOW kat dia. aku rasa lah, dia mesti macam ''BUDAK BERTUAH NI, RIMAS BETUL LA AKU DOK TERKINJA KINJA NAK TENGOK SNOW. AKU SUMBAT DALAM SNOW KARANG HA''

yelah.. kat sini nade snow.. mestila itew excited.




haaa, salji muncul jua..

Aku jugak selalu tanya soklan bodo, '' Paulina, how does the snow feels ? is it like an ice cream ?'' hahahaha, aku rasa dia pun buntu nak jawab soklan kbat aku ni. ahaks.

Sunday, 27 March 2016

Nasheed - Forgive Me

Assalamualaikum,

I've been following The Merciful Servant on YouTube for a year. Maybe 8 months .. or 9 ? Okay never mind .. So, yesterday I was searching for a new video from The Merciful Servant 's channel and I found a beautiful and touching nasheed and I'm pretty sure it will makes you feel regret for what you've done, guilty, and after a few times you hear to this song, you will feel calm and trust me, the lyric ' try to never hurt somebody, try to never judge someone' seriously will makes you regret as we always hurt and judge everyone in our lives.

By the way, I suggest this channel to all the muslims - if you need something to guide you or gives you advice. Go and check by yourself and you'll understand what do I mean.

So, here's the lyrics.

Forgive me for everything I've done in the past,
When everything was going so fast,
And now I just can't go on.

Forgive me for everything I've done in the light,
For everything I've done in the night,
That I thought wasn't wrong.

But I know that,
You are really loving,
You are really caring,
I can't realise.

But you know that,
That I will be better,
That I will be stronger,
If you are by my side.

Allah...
Allah...

Forgive me for everything that's wrong in my life.
And everything wasn't right,
Going through like a fool.

Forgive me before the day comes when I die,
I open up my eyes,
That I'm trying to fight,

Cause I've walked away,
Came back for you,
Don't take me away,
I'll run to you,
And I will never let you go.
You the one that makes me smile and You know.

Allah..
Allah..

Try to never hurt somebody,
Try to never judge someone,
Life will end and we'll be standing,
In front of the perfect one.

Allah...
Allah..

2nd challange : 20 facts about me

Assalamualaikum,

So here we go 20 facts yang merapu.

1. Saya anak bongsu daripada 6 adik beradik.
2. Saya geli dengan serangga. haha. Cicakcak..
3. Saya geli dengan ular sebab dia belendir dan menyeramkan. Saya lebih rela usap harimau dari             pegang ular. ew.
4. Saya rabun. 350++
5. Saya single. yay! Srs, tkde sapa suka aku, sbb aku ni menyeramkan... HUAHAHHAHHAH.
6. Saya suka kucing dan binatang yang gebu.
7. Saya suka biru.
8. Saya nature lover. Suka pantai, hutan, rimba, bukit bagai la.
9. Saya bukan budak asrama. Basically sekolah harian. Tapi saya berdikari ok.
10. Saya tak takut kilat. Yelah sapa yang berani face dengan kilat. Tapi tak juga yang jenis kalau bunyi kilat tu, saya terus sembunyi bawah katil ke tutup telinga sambil lari tak cukup tanah ke.
11. Saya tak ikut trend. err ? agak la, cuma dari segi pakaian, saya cuma pakai apa yang saya selesa, yang saya suka.
12. Saya dah boleh get along dengan k-drama. (terpaksa mengaku) srs. Joong Ki charming lavel 99. ok sabar zati.
13. Saya ada bantal peluk sepanjang pocong ;') hahaha.
14. Saya takut pocong dan rakan rakan.
15. Saya tak boleh tidur tanpa bantal peluk tu.
16. No 13, 14 dan 15 relating each other.
17. Saya lahir bulan May dan segala facts pasal bulan May ada pada saya.
18. Saya ada international friends.
19. Saya tulis diary.
20. Saya dah takde idea.

banjir 2010. Ada bibik datang kemas rumah.



Dah kahwin pun dia

Assalamualaikum,

12 of March


Dah kahwin dah dia T.T aku lah orang paling sedih kat seluruhh Asia ni tau.. tiga bulan sebelum kahwin lagi aku dah susah hati dia nak kahwin. Lepas ni siapa nak cari gaduh dengan aku ? ;'(

Dia lah adik beradik yang paling dekat umur dengan aku. Dan dia juga lah geng gaduh aku..

Sini aku nak cerita,

Aku lahir 10 tahun selepas dia, kira aku ni tak ada teman sepermainan la kat rumah. Aku 6 tahun dia dah tingkatan 4. Sejak kecik , I'm a copycat ! ekeke...


  • aku pernah iron rambut sebab nak tiru dia. 
  • bila dia buat haircut yang semak2 kat dahi tu, aku pun masuk bilik, ambik gunting dapur, aku potong macam tu. Ketak ketak baqhangg ;D
  • bila aku gaduh dengan dia tuh, macam World War 10. Pernah sekali aku gaduh dengan dia dalam kereta, masa tu aku darjah 6 kut. Mak ayah aku kat depan nih, kami kat belakang main tarik tarik tudung, tolak tolak kepala, naik bengong kepala aku kena tunjal. hahaha, srs ah.... sambil cakap 
'TAK GUNA PUNYA ADIK, RAMPAS BOYFRIEND ORANG. SINI KO, AKU CEKIK KO SAMPAI MATI !'

hahaha... tak tak tak.

kami gaduh pasal lain, small matter jew.... lepas tu ayah aku geram dengan anak perempuan dia dua ketul ni bergaduh macam nak pecah pintu kereta, dia pun break mengejut! ha tau pun ko nak diam hahaha....

hmm. tu lah, asam jawa + garam batu kami.. ;')

Tapi sekarang jarang la gaduh sbb masing masing dah dewasa, so stop being childish la kan. Nak cakap aku ni rapat sangat dengan dia sampai siapa crush aku pun aku cerita kat dia, tak juga. Tapi we can get along la, kan along kan ?

Andd,, bila dia dah kahwin.. aku macam krik krik krik. aku nak kawin gak ah T.T 

ok saya gurau. gurau ya, don't take it serious.


So, here we go.. gambar kahwin dia dan beberapa kenangan kami.( Cet, takleh blah tul ayat aku hahaha )

Maafkan saya sebab kualiti gambar malar-malar. macam nak kelabu asap bagai. ketahuilah korang yang aku malas nak edit.. *wink wink*

11 March . Baru touch down flight, terus datang tengok pelamin. 
nak tau satu rahsia ? tudung yang aku pakai tu sebenarnya 'cap kaca' . srs.. tau sebab apa ? sekali kau sentuh tudung tu, dia akan retak dari hujung tudung sampai atas kepala. *imagine aku ni Elsa*

aku sabar je pakai tudung senang kedut ni T.T

lampu dia kaler kaler. nanti dia tukar kuning, pink  semua..

12 March. Pengantin get ready. Muka nervous ke tuh ? haha..

Dah nikah. 
Aku lah yang paling beriya iya nangis, sampai hinguss meleleh. Macam aku pulak yang kahwin, tiba tiba sebak... sobsss... dan, pengantin sedang gembira atas pernikahannya. 



Hari yang sama bersanding.  Aku pengapit okayy..





aku kejap kejap amik bunga telur, kejap kejap kipas pengantin, kejap kejap lap peluh. Rasa tak cukup tangan...

adik dan kakak haruslah sama pakai kain kembang kembang.. *flip dress*

Congrats!!! hmmm..... 



Seminggu settle semuanya, kita balik ! yay..

biar gambar je yang berbicara T.T :










Dear kakak, 

Everything has changed. Walaupun kita tetap keluar sama sama, Tapi hakikatnya, awaak tu tetap isteri orang. Adik dah tak boleh nak buli kakak, big boss dah ada bodyguard. Tu lah, adik cakap, nak kahwin tunggu la adik. Supaya kita boleh sama sama, say goodbye. (tak la aku ni forever alone T.T)

hmm.. it's okay.

Semoga masjid yang dibina, berkekalan hingga ke Jannah. T.T  semoga masjid hampa sentiasa di bawah lindungan Allah dan sentiasa dirahmatiNya. Be a good wife ok ? 

Aku ok. Srs aku agak ok. 



Saturday, 26 March 2016

Minta maaf untuk 16 tahun

Assalamualaikum,

Entri ni ditujukan kat semua y kenal aku, yang pernah berinteraksi dengan aku tak kisah face to face ke social media ke on the phone ke. Especially, kawan kawan rapat aku..


To be honest .. aku ni bukan lah semulia nama 'izzati' secerah nama 'nurul' .. dan aku juga tak lah selembut rupa aku. (rupa aku lembut ke hakhakhak ?! ) percakapan aku pun taklah selembut lidah tanpa tulang ini..


Kehidupan aku, banyak menyakitkan hati orang. Mungkin dia terasa dengan perbuatan aku, sikap aku, percakapan aku sekalipun. Entah la, apa yang aku rasa betul, mungkin sebenarnya salah. Kita manusia yang tak pernah berhenti buat salah. Kalau dengan Tuhan pun kita berasa buat dosa, inikan dengan manusia ?

Mungkin benda tu okay bagi orang lain. Macam - alah dah buat dosa, minta maaf balik lah. susah apa. kan ?

Tapi bagi sekilo izzati yang keras kepala ni, minta maaf cuma once in life. ;') *jgn kecam saya* mungkin bila aku kata once in life, dan tiba tiba aku minta maaf dengan kau, maksudnya aku betul betul minta maaf lah tu. from the deepest heart gituu..

Mungkin manusia keras kepala yang lain yang hidup macam aku ni , dosanya ber-tan tan daripada orang lain. Buat salah-let it go je. Astagfirullahalazim...


ah....
 kan aku cakap. aku taklah semulia nama aku sendiri..


macam apa yang berlaku baru baru ni, aku bergaduh dengan kakak aku,  bak kata mak aku kesalahan tu sekecik kecik kuman je, YA ALLAH BEGITU KECIK SALAH FAHAM TU, tapi aku tak tegur dia selama seminggu setengah. (kira ok la kan ? bukan sebulan >< )  dalam masa tu, hampir setiap hari mak aku call, mak aku brainwash aku..

brainwash 1 - failed
brainwash 2 - failed
brainwash 3 - agak ok tapi consider fail jugak la sbb aku belum minta maaf
brainwash 4 - hati dah terbuka.

mungkin brainwash 5 ? hahahaha.... tak tak, tak mungkin ada brainwsh ke 5, tu namanya tahap brainclorox dah tu.


Sebenarnya, aku bukan sengaja nak lambat lambat minta maaf. Tapi, hati aku belum lembut lagi. nak minta maaf, biarlah ikhlas ya tak ? Sekarang, tahulah korang bahawa, selain keras kepala, hati aku juga keras :') sobss sobss.. mungkin ini kekurangan aku. ahhh.. majnun, bertabahlah kau ya, sebab hatiku masih pada joong ki . (iklan jp hahaha~)



hmm, apa lagi ?
rasanya dah kut..

Jadi, sesiapa yang mengenali Nurul Izzati Bt Abdullah, sejak aku 4 tahun - jiran jiran aku . masa aku tadika, kawan yang selalu fight dengan aku lepastu dia terkepak tangan aku (weh, in case kalau hang jumpa entri ni, kosong2 nah ?).. kawan sekolah rendah SKBT yang aku adalah jeles sikit sebab crush aku suka dia :') ha lepas tu classmates yang selalu buli aku masa aku darjah satu, aku maafkan hampa.  dan sorang budak yang suka buli aku masa darjah satu jugak, lepas tu aku panggil ayah aku ftf dgn dia >< weii, sorry nah. tu ja yang aku mampu :') lepas tu jiran aku- Aida. 10 tahun aku berjiran dengan dia, Ya Allah hampir setiap hari gaduh ok. siap cakap ' HA HA PADAM MUKA.' padam ok padam ;') esok tu tengok tengok muncul depan rumah ajak main cikgu cikgu..hahah...ok move to SKSAT. lelaki,  perempuan, classmates, kelas sebelah, kelas selang sebuah sampai kelas terakhir oh dan senior. aku tak sure kalau aku terjeling ke aku maki hampa hahaha sorry. not undercontrol. aku pernah gaduh dengan classmates aku.. >< hahaha, srs la gaduh melibatkan satu kelas kut. haishh.. Kerol , maafkan lah terlanjur kutuk hg, hehhehh.. yana, kita takdak problem kan ? nicee.... move to SMJ, hmmmm.. ramainya. semua warga SMJ terutama kulit kayu dan bestfriends Dyna, Ainul,Alissa, Syarafana,. sorry morry.. and last, SMKS, dedicated to classmates, bestfriends dan Ramisya, dan lain lain tu. aku minta maaf. dan juga yang kenal aku melalui media..

IZZATI SAYS SORRY OKAY ? *wink wink*


Nah amik hg >< 16 tahun punya apologize hahahhahaha. nasib baik ketika aku dalam rahim mak aku, aku tak buat salah. 

mungkin ada.
aku terberak dalam perut mak aku ?
oh umi, sorry luar kawalan.



So,.. that's all. Nasihat untuk adik adik, jangan tiru kakakmu ini ya. Jadilah seorang yang pemurah dengan maaf dan senyuman. Pasti Allah suka :)







Mungkin, aku bukan seorang yang kuat. It's okay , everyone got chance to make changes kan ?

Thursday, 10 March 2016

Quotes of the day

'' Orang TAK NAK tahu macam mana kau hasilkan sesuatu, yang mereka nak tahu - apa HASIL kerja kau''


Faham maksud aku ? So please, jangan harapkan orang faham ttg sacrifice kau terhadap sesuatu kerja tu. No, benda tu sangat remeh untuk mereka amik tahu,

the point is kalau kau bagitahu apa sacrifice kau, orang akan fikir 'BUDAK NI TAHU BAGI ALASAN JE. TAPI KERJA TAK JALAN. ORANG LAIN PUN SUSAH GAK'

so girls, dunia ni agak kejam. cuma apa yang kau kena tetapkan prisip, orang taknak tahu apa kau dah lalui untuk dapatkan sesuatu, yang orang nak is hasil kau yang cepat, tepat dan bijak.


susah kan ?
tahu.
but.
be tough.






Wednesday, 2 March 2016

ADDICTED TO COFFEE yayyyyy !

Assalamualaikum,

Sejarah coffee aku bermula ketika aku umur 9 tahun (kot ?) lebih kurang la tu.Jadi, aku asyik bau coffee hitam pekat likat yang ayah aku selalu buat, yezaa my dad also addicted to coffee, too much. All the time he asked for a coffee. Aku pun macam eh abah ni dah kenapa asyik minum kopi, dah la pahit tahap anak tekak aku pun takk dapat terima kehadiran dia.

Tapi I kan anak abah. So feeling feeling nak ber-coffee tu pun ada. ihik.

So tiba lah satu hari tu, aku demam cirit bagi semua ada lah. Lepas tu aku tak lunch sebab tak lalu makan. Sampai petang tu perut aku asyik dok berdendang sayang ja. Aku usaha lah p cari makan kat dapur.

AKU JUMPA ICED COFFEE dalam mug. YAYYYYY! aku tak pernah try lagi, so dah lapar tak kira apa pun yang jadi. aku pun minum coffee tu dengan senang hati, tapi of course first time minum pahit dia tu mashaAllah...nak pening kepala aku..

Dalam 2 3 jam macam tu. perut aku memulas. AH SUDAH WEI! sakit gila kut. Aku hilang mood ah malam tu, rasa macam nak melabur tapi tak pulak, rasa nak muntah tapi tak jugak. aisyyy.. berguling guling la aku sakit perut.

Kebetulan kakak aku balik bawa Nestum dia beli kat Pacific. Dia duduk depan aku dengan mak aku semua, sembang sembang. aku ni dah la saakit perut, mood pun dah swing 360 dah, lagi dia nak gurau dengan aku. Tiba tiba, aku pun tak tahu apa yang dah jadi, tahu tahu aku dah MUNTAH atas plastik Nestum tu.

hahahahahhahahahhahahaahha. EW! korang nak tak nestum tu ihik ?

ha amik ko. penangan coffee. sampai 4 - 5 tahun aku stop coffee, memang aku dah serik weiiii... seksa betul bila pening pening cam tuh.

Coffee has given me unrealistic expectations of productivity!:

Tapi sejak aku nak exam pt3 tahun lepas, aku cuba rapatkan diri dengan coffee.. Lama lama aku okay. Paling penting sebelum minum coffee aku make sure aku perut aku OKAY.

Sebab tahun lepas aku dying punya stay up malam ah. Mak aku pun mula mula risau sebab tepat pukul 12 ja aku buat coffee, lepas tu pagi baru aku tidur. ah tak la pagi sangat, selalunya pukul 3 tu aku memang dah lost in fantasy lew.

Aku cuba kalau pegi OldTown ka, aku order coffee, pergi mana mana pun aku order coffee.Actually tak semua jenis coffee aku suka, kalau macam latte tu memang aku kena REDO la sebab pahit gila. Tapi chapiccino tu macam okay lagi. Aku tak pentingkan trend coffee, yang penting TAK PAHIT MACAM KUNYAH BIJI KOPI.

Coffee quotes:

Sampai lah sekarang, yayy fav drink aku must be coffee. Kenapa ? saje nak bajet iolls ni geng geng exclusive and triple standard hahaha tak la. Sebab basically untuk hari hari aku minum Nescafe ataupun Kopi Pak Belalang ( that's one of the reason why I love coffee. kadang kadang kakak aku bawa balik coffee ni sampai 40 kotak. ko rasa ? hahaha. dah la satu kotak ada 30 pack. gila en. super productive dah ni. tkpe nanti aku kenalkan kopi ni lak.) . Bila aku minum coffee, aku rasa refreshed , rasa oh aku ialah iron lady! , rasa macam banyak positive vibes dalam diri aku hahaha.. Jadi, itu bagus ya untuk ketahanan badan anda jika anda ingin kelihatan segar yang berpanjangan. 

So, aku cuma nak bagitau, untuk birthday aku korang boleh belanja coffee dari Turkey *winkwink* hahah. okay that's all.

bai.