Wednesday, 27 April 2016

Do sixteen needs changes ?

Assalamualaikum,

Dua minggu lagi aku kena hadap mid-term selama tiga minggu. Tiga minggu weh. Termenung ku sendiri..

Untuk makluman semua, aku amik additional subjects Biology, Add Maths, Chemistry dan Physic.
Mulanya aku punya assumption Physic dan add maths paling susah sampai aku takleh survive. Tapi, sudah beberapa lama aku belajar ni, baru aku tahu. Chemistry ni macam 7 keturunan dia punya susah. Aku pernah tulis kat sticky note time class chem :

Chemistry is like when you add 'natrium klorida' into 'larutan iodin', it will produse 'air sirap' . The question is, how much is the atom in 'air sirap'  ?

Nampak la ke-complicated-an dia tuh. adoyaii.. aku harap satu malaysia punya perasaan sebegini...............

Chemical engineer 

dun wurry, i still heart surgeon  ;)

Anyhow, back to our topic.

hmmm.

Ceritanya. Pergolakan perasaan aku.

So far, aku rasa yang life aku ni perfect bagi seorang Izzati, I mean tak terlalu lebih lebih or tak terlalu kurang kurang. Just nice.

Aku ada terfikir untuk ubah physically look. Alaaaaaa.. come on la girls. Maksudnya dari segi pemakaian tu up to date la sikit, nampak macam wanita la sikit ennn. 

Tapi aku fikir lagi, biar la aku habis SPM dulu. Macam, time tengah sekolah ni tak syok ah nak pakai lebih lebih. Karang orang cakap - dia ni pegi sekolah kemain selekeh macam pengemis, kat luar vouge kemain macam bini dato'    .. haaaaaa, nanges air mata darah aku kena kecam sebegitu rupa.

Jadi aku fikir, baiklah. For time being, no need to change my look . Later la laterrrr..


Teruk sangat ke ? aku rasa macam okay je. Tee, skirt, shawl. Aku bukan lah girls girls tumblr dan hipster yang guna filter fade ye. Aku tangkap gambar broccoli pun gambar bergegar cam hapa. 

Kalau ikut style aku sekarang. 

- aku tak suka make up, maksudnya buat kening, eyeliner, semua tuh. Plus, aku cuba nak lukis eyeliner pun KETAK KETAK macam muscle Muhammad Ali. So better don't waste your time la.. Kening pun aku tak suka buat bila nak keluar shopping ke untuk event ke. Sebabnya, satu- aku tak reti. Lagi satu, kening aku cukup tebal untuk aku lukis. Aku tak suka jadi chin chan version pompuan yang kening hitam pekat tuh. 

Kalau nak make up, aku suruh kakak aku yang buatkan. Walaupun dia make up artist, to be honest aku tak lah addict sangat dengan barang make up kecuali matte lipstick. Mungkin someday la...

- kalau aku keluar rumah, tambah tambah bila tengah rushing. Aku rembat apa yang ada dalam almari aku especially tee shirt dan baju yang tak gosok. Same goes to scarf, sebab tu tee aku scarf aku kebanyakkan cotton. THAT'S WHYYYYYYYYYY...

- Aku tak jaga kebajikan tudung aku. Yelah sebab aku kan pakai spect, so jaga macam mana pun. Buruk tetap buruk ye dok ? Jadi, biar lah apa dia nak jadi asalkan masih berada di atas kepala aku. Tapi mostly, cotton scarf aku tak banyak bergerak. Spect ni adalah punca yang utama kenapa aku MALAS nak pakai cantik cantik. Tudung asyik kembang jeeeee ---' 


Ei teruknya zati . 
hm. 

Tapi time aku tengah usha instagram 'seseorang' ni. Aku ternampak gambar perempuan yang sama umur dengan aku. YA ALLAH.................................. tak macam 16. T.T

Ohhhh. patut la ek. patut la hg follow budak tu tapi hg block aku kan. ei ei ei, geram pulak aku. eleh, cantik cantik pun bukan bawa mati.. nampak sangat kan hg kawan dengan aku sebab rupa. T.T materialistic ! puiiii.. ok blahh la. blah blah.  I don't need a friend like you, dasar moon !


ha. emo pulak aku.

ok cool..relax..

Lepas tu aku usha usha lagi girls yang sama baya dengan aku. Aduhh, maju betul depa ni. Nak pergi Giant pun pakai fundation+color kening. dasyat ek. aku pergi Aeon  Shah Alam pun pakai baju sekolah je ;')


Maka, terbukti la izzati seorang yang selekeh. But, I don't think that I need to change my personality because of people around me do. Yes, I might change myself but someday.... if I think I should, then I will. 

Dear perempuan perempuan cantik 16y/o :

Tkpelah, aku tak jeles dengan korang. Satu hari nanti kalau boyfriend aku nak pergi kat korang sebab rupa pun. Ha pi la. Aku lagi alu alukan pemergian boyfriend yang tak guna tu. Yelah, korang memang la cantik, make up pun kebaboom sampai layak tangkap gambar belakang langsir. Hei,, langsir aku pun warna merah. Memang tak layak aku nak jadi hipster macam korang.. Kena tunggu aku beli langsir baru warna putih la gini. Teruskan, aku harap korang bahagia. dan attitude terjaga. Peace!!

Thursday, 21 April 2016

iPhone retak

Assalamualaikum,

Seumur hidup aku, aku kena dump dengan crush aku ke, aku break dengan boyfriend aku ke (dulu yeee) .. yelah , sakit.. sedih..

TAPI TAK SESEDIH BILA TENGOK IPHONE KAU RETAK SERIBU.

Tahap kejutan + sedih + skocked sampaikan aku tak nangis langsung tengok iPhone kesayangan pecah. SPEECHLESS WEH SPEECHLESS .

Sepatutny aku nangis, ye aku perlu nangis bila tengok iPhone aku macam tu. Tapi, the moment aku tengok iPhone tu, aku macam

*ding*
*ding*
*ding*
*ding*

berdesing telinga aku ... huaaaaaaaaaaaaaaaarrrrgggghhhhhh.

lepas tu aku tak berkata apa. nak cakap apa lagi.....................................

mengenang kembali saat saat aku idamkan iPhone,

Mulanya aku tak suka pun iPhone. tapi sebabkan pengaruh rakan rakan , aku pun cakap la kat mak aku yang aku nak beli iPhone lepas pitythree. pakai duit sendiri. lepas tu kakak aku  tak bagi, katanya dia akan bagi kalau result aku elok. ingat aku nak caya ke ? kata kata dusta je tuh.

1 Januari, abang ipar aku hadiahkan iphone.. phewwwwww..

Masa mula mula tengok iPhone dapan mata hati aku berbisik '' iPhone minan ke ? ''

acah cool je la kan, kita ni geng pro jadi segalanya perlu tenang..... padahal kalau takde orang, dah lama aku buat joget lambak sorang sorang. uyoooo sape je tak happy.



ni ah , rupa dia masa first time aku tengok.

ceritanya, aku balik sekolah... buka pintu ehh ada anak sedara aku ghupenya, muahh muahh.. pastu aku tercari cari gak la kan mana handphone aku. sebab masa aku g sekolah aku tinggal phone tu atas katil. dengan harapan nanti mak aku simpanlah tu.

pastu aku masuk bilik kakak aku, kakak aku cakap

'adik, angah ada benda nak tunjuk ni'

AKU SEORANG YANG TAK SUKA SURPRISE ni tertunggu tunggu la, apa dia nak tunjuk.

pastu dia bawaa kelur phone aku dari handbag dia. kau pelik gak ah cane leh ada dalam beg dia.

pastu dia tunjuk la, screen depan phone aku.

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

terduduk aku. aku diam je, tak marah tak juga nangis, aku amik phone tu, aku belek la setiap sudut. dah pecah rupanya phone aku ni..

entahla, aku tak percaya masa tu dan aku rasa tu seolah olah mimpi.

pastu kakak aku cakap, ' Aiman baling phone ni, angah tak sempat nak tengok.'


:)

iphone aku jatuh la weh. aku rasa macam nak benamkan muka aku kat dinding je.

pastu, bila aku buka tempered glass tu, aku berharap yang hanya glass tu je yang akan retak..rupanya bila ditarik, screen aku memang dah retak sejuta.. habis serpihan2 kaca..tambahan pulak, kaca screen kat front camera u tercabut lalu menampakkan kulitnya yang sebenar yang berwarna kelabu.


Aduhhh man, awak baling handphone saya macam mana ? T,T awak fikir ini bola tennis ya ? hancur hati aku.. tapi tkpe, aku diam je. diam je..

dia masih kanak kanak. aku harus bersabar.

T.T


hmm..doakan kesejahteraan iphone saya yang nazak ni. semakin hari satu per satu kaca screen ni luruh, karang habis dia jadi naked iPhone


Monday, 18 April 2016

Updates

Assalamualaikum girlss,

I've been not so busy recently tapi masih tak sempat nak usha blog dan blogwalking.

Time
flies
so
so
fast.

It's April.

  Fatin Liyana dah kahwin.
Dah nak bersalin dah pun.

Maria Elena pun dah pregnant.

Tapi aku masih dalam dunia sendiri. Sampai tak sedar yang I need to do something. Do something babe!

Something yang macam memberi cahaya kepada future aku. Something better for me. Ah apa apa je la.. yang penting it's good for my future me.

Srs la aku dying tkde instagram. tak tak.. hehehe.. I hidup lagi la, cuma tkde enjoyment. cewah. Tapi aku perlu bersabar, for my good sake. agak agak kan, ade tak orang rindu ig aku yang kebabom babom tu ? hahahahha >< hey i know la followers aku sebanyak helaian pokok pisang je. tapi tkde ig followers tak bermakna aku ni noob hokay. cuma, malas la nanti timbul macam macam fitnah ( kalau aku famous la ekeke- aku rasa in my dream je tuh)


alright. I benar benar tak tahu I perlu tulis apa lagi. Enough for today. Have a nice day girlss..