Thursday, 23 June 2016

Ke-suka-an

Assalamualaikum,

Bila hati aku tengah kabut macam kena langgar dengan garuda. Ha bersedia lah korang untuk baca ke-merapu-an aku dan leteran aku dan keresahan aku dan seangkatan dengannya.

Kalau korang baca journey crush aku yang tak berapa nak menjadi tu. hahahahhahahahhahahaha......... tah pape je 'zati dulu' ni .

*mengata diri sendiri hiks*

Suka tak berbalas la, cinta sombong zaman toncang dua muncul kembali la, tukar crush la. haih apa nak jadi ni... tu ah, masa tu dia kurang matang sikit, well..

But logic ah, semua yang fall in love semua perasaan terbang sampai awan. Cuma, bila dah takde perasaan tu rasa macam geli gila pulak baca. Ew, macam aku ah, pegi pantai pun siap tulis nama crush yang nombor 101 tu ( banyak la pulek ). hahaha, aduh zati ni.

Ala, bagi aku la kan. Biasa la perasaan macam  ni, fitrah. Even aku tanya Ustajah private aku pun dia cakap okay je. So, normal beb. Siapa yang tak pernah suka suka ni, aku salute ahhh T.T *terasa kurang iman* . As long as tak buat maksiat, macam dating la, lepas tu couple la, lepas tu haa macam macam lagi la.. Mama papa la, ana ente la, baba baby la, tu ye ah salah.

So, aku cuma nak bagi tahu la kan. Ala, 3 tahun kita kawan... tak kan aa takleh share rahsia. * pikir nak susun ayat cemana supaya tak nampak gatal. hakhak * . Aku suka la kat seseorang ni. Disebabkan dia tak tahu pasal kita ( Zati dan Blog takkan terpisah), so aku cakap la. Nama dia jengjengjengjeng.. Khairi.

Fuhh. *lega*

Ala, takde la handsome sangat. Basically, dia kurang handsome sikit daripada Ronaldo , lebih kurang macam Charyl Chappuis ( macam ni ke eja hahha ) , tapi ada iras macam Captain America. Tinggi dia tu macam Hritik Roshan  (again macam ni ke eja hahaha ), ala pendek je tuh.. Kan aku cakap,biasa biasa je.

Ha, tu je details aku boleh bagi. Dengan, dia takde kaitan dgn real life aku.

Okay la, aku chaw dulu. Daaa ~

*cuba mengekalkan ke-brutal-an penulis *




I Do Lyrics - Susie Suh


I don't know
What am I doing here?
There's a shadow in my place

Maybe now
Everything will be so clear
You shed a light into this empty space

And all I am
All I have
Doesn't even matter now
I can't understand why I feel this way
But I do
I do

I just wanna love you when the goings tough
I just wanna hold you when you're not enough
I just wanna give you everything I got
I do
I do

I don't know
What am I saying here?
There's a hole in my heart and it's begging please
Maybe now
Everything will be so clear
Cos you're all I'll ever need

All I know is
I don't wanna lose control
I just wanna touch your soul
I do
I do

I just wanna hold you when the goings tough
I just wanna love you when you're not enough
I just wanna give you all that I can give
I do
I do

I just wanna kiss you in the morning sun
I just wanna love you when the day is done
I just wanna hold you just because I can
I do
I do

I just wanna fold you up into my arms
I just wanna listen to your beating heart
I just wanna love you just because I do
I do
I do

This is one of my fav song. Slow and steady ~ but still can touch my heart with it's melody, lyrics.

Tuesday, 21 June 2016

Saturday, 11 June 2016

Kem Kepimpinan

Assalamualaikum,

Minggu lepas aku join kem kepimpinan dekat Sukabumi Village Resort Kg Kendong,Rembau. Anjuran sekolah semestinya.. Mana nak cilok duit buat kem sendiri hee~ Semua badan kepimpinan dari sekolah aku semua ikut-adalah dalam 103 orang.. Ramai gak aa. Mula mula, aku ingat kem tu duduk dalam hutan, 3 hari aku tak mandi, makan daun daun kering bakar dan ditinggalkan dalam hutan sorang sorang. Jadi, aku pun buat full preparation macam nak hiking gunung kinabalu padahal bukit tampin je pun hahahaha..


TETAPI !


Dapat je bilik, omgg ada aircond lahh.. Alhamdulillah aku tak suffer di sini hahaha.. Ala ala budak hilster cakap "iolls rase katil dia COZY sangattt . Uhm, iollss speechless. Iolls suke aircond die."

Yep, too comfort for a camping activity hahaha. Aku takde gambar bilik nak tunjuk korang sebab aku pun tak bawa handphone. Takut sangat rumors yang kakak aku buat sampai tak bawa handphone. Tapi memang macam nak pegi  VACAY  ahh you know. Dengan rumah kampung dia, lepas tu yang lagi OMG tu nampak je kampung kat luar. Masuk dalam hambek ko. Tak macam kampung pun, setiap sudut ada aircond bahh. Bilik air ada shower, nasib takde bath tub.




Ni team aku. Echo Team. Ada 5 team semua , kami team yang kelima, SELALU TERAKHIR. SEB BAIK MENANG TEMPAT KEDUA. Setiap team ada 20-21 orang. Team aku sendiri ada 20 which is 9 lelaki 11 permpuan.

I love how they captured these candid photos. So, we can feel the emotion. Tapi malang sungguh aku tenggelam dalam gambar. Takleh cakap pe, aku gen pendek hahaha. Aku redha terlindung di sebaik orang orang.

Time ni kami main car game. AKU JADI PINTU. PINTU TAK CUKUP BESI, TU PASAL RNDAH
 JE. haih. Takleh blah la gambar ni,, macam menghina aku >< dalam game ni banyak moral story dia
kami kena buang salah satu KOMPONEN kereta untuk mengelakkan kena saman 60k.

Lepastu, komponen yang kena buang tu merajuk, AND FACI PUN SURUH KAMI PUJUK BALIK.

MORAL OF THE GAME, KOMPONEN LAGI PENTING DARI SAMAN SEBABNYA, TANPA KOMPONEN TAK LENGKAP LA KERETA TU. same goes to a group of members.





Ha ni lah time kami pujuk, kalau aku jadi komponen tu. Agaknya setahun aku taknak balik hahaha. Nasib baik korang tak buang aku . LOL.





Yang paling happy tu lah aku hahahaha... Pantang nampak camera dimana sahaja.

So, besok tu ada aktiviti hiking. Lebih kurang 1 jam 30 minit. Takde la tinggi sangat daki bukit tuh. Cumanya jalan nak daki tu mencabar sikit sebab banyak batu sungai yang besar gedabak plus sangat licin. Setiap kumpulan berjalan dengan ahli masing masing, ikut kreativiti la nak susun ahli cemana
supaya selamat. So group kami decide perempuan duduk tengah and lelaki depan belakang, since group kami last sekali. Nak cakap aku menikmati pemandangan tu tak sangat la hahah... Aku tengok keliling aku daun kering je banyak.. Tp kalau cakap pasal PEACE AND FRESH AIR. Yep aku setuju.

 

Dapur team aku. Too open kann ?

Part ni antara  yang aku paling suka. Sebabnya ni first time aku bakar roti dalam hutan dengan kawan kawan lepas tu rasa hidup tkde kemudahan. Guna je apa yang ada kat sekeliling. Mula mula aku pun macam eww takkan makan guna ranting dan aku expect semua taknak makan roti tu. Tah ranting bekas apa tah .. Tapi at the end, roti tu habisss kot semua orang bedal. Sedap pulak tuh. Sekali dengan aku makan hahahah. Lepas tu boleh basuh barang barang kat anak sungai. Eceyy,, aku acah acah kejap la jadi bini Hang Tuah hidup dalam hutan. Haha.. Sambil basuh ranting sambil nyanyi lagu ikan kaloi.....

He


Tipu

Je.


Mana sempat nak fikir lirik lagu tuh, karang hangit roti aku. Aku sempat berangan je.




Dah penat penat hiking... Kena buat presentation Tapi takpe.Bukan selalu dapat buat macam ni. Kalau hari lain memang tak ah nak keluar sorang sorang tengah hutan nak buat presentation.. And, kami kena present logo, motto, visi, misi and lakonan. Alah, part  present tu biasa biasa je. Dah biasa buat kat kelas. Yang luar biasanya, part lakonan..

Cuba tengok muka aku... Ade ke muka aku rupa diva ? HAHAHAHA...  entah entah aku nak buat gaya diva pun ter-jadi gaya maknyah. Wehh, aku ni sehabis habis muka innocent, sehabis habis muka
nerd. Ekeke... Tapi takpe, disebabkan stok muka aku ni tak sesuai jadi baik mahupun watak antagonis, aku pun redo aku diletakkan sebagai diva yang suka selfie.


Ehem...part selfie tu baru betul. Ehee.

Tapi aku tak rasa aku bawa watak tu dengan baik. Plus, time tu aku buang spect and muka aku tanpa spect macam amoi cina walaupun aku takde darah cina. Buruk  ilee



Balik je daripada camp, masing masing rindu suasana tu balik. Sama lah, aku pun rindu jugak. Lagi lagi pagi lepas aku balik camp, mak aku kejut aku. Aku dengan mata tertutup boleh cakap "haa, pergi la mandi dulu. Nanti aku mandi pulak". Masa tu aku tengah mimpi beratur nak tunggu mandi. Ye ah. Bayangkan 30 orang nak mandi , bilik air ada 2 je. Aku punya lah berjuang untuk mandi awal...sampai tebawa bawa kat rumah . Hahahaha lol betul. 

betul. 


Yayyyyy.. Menang number 2 . Alhamdulillah. Boleh kata yang team aku ni bekerjasama la walaupun masing masing keras kepala, bercanggah pendapat semua.. Tapi so far, okay. Semua bagi sumbangan dalam team.


               "Team work make dream works "








Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan 2016

Assalamualaikum girlss,

Malam ni dah masuk bulan Ramadhan. Maka..... Berpuasa lah kita. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur untuk merasai bulan Ramadhan, bulan kerahmatan Allah. Walaupun manusia ni kadang kadang banyak buat salah, tapi aku yakin semua menanti nantikan bulan Ramadhan.

Aku ingat lagi.. Selama aku kat sini, puasa aku tunggang langgang 😂 Ok la aku bagitahu, once kau keluar dari zon jagaan ibumu. Automatic makan minum kau tak menentu. Kadang kadang makan apa yang sempat, kadang kadang makan masakan yang tak sama rasa dengan masakan ibu, kadang kadang makanan semalam terpaksa panaskan sebab tak larat nak masak.

Tu semua aku consider tunggang langgang la. Tapi alhamdulillah aku boleh survive.

Jadi... Kepada semua yang kenal aku, aku minta maaf sekiranya aku ada salah dengan korang semua .. Aku menyesal ah weiii 😭 Aku harap dengan kemaafan korang, aku boleh dapat pahala puasa yang barakah.. Tu haaa.. Perangai perangai aku yang kadang kadang macam mak lampir la macam mrs.arrogant la .. Senanya, aku bukan sombong pun .. *wink wink* percayalaaaa. Aku cuma ikut rentak korang, korang sombong maka sombong la aku, lagipun tu kan boleh jadi defender untuk kita.

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak