Sunday, 17 July 2016

Macam mana aku boleh dapat seru nak blogging ?

Assalamualaikum,

Setelah menimbang nimbang tajuk apakah yang aku nak sembang hari ini. Akhirnya aku decide nak lempar balik (throwback) masa first time aku buat blog.. Dan macam mana aku boleh terdetik nak buat blog. Come on la kan, zaman sekarang orang main youtube la, record vid sana, record vid sini. Tapi tu lah, bagi aku penulisan ni, ada nilai dia tersendiri. Same like diary cuma this is an online diary. Dan of course, video juga ada value dia, dan aku pun buat video jugak, tapi untuk bagi korang tengok memang tak ah. Aku sorang je boleh tengok muehehehehe..


Pertama kali aku buat blog, iaitu masa tahun pertama aku sampai KL. Form 2. Ketika itu, fuhhh tough gila aku nak create satu blog untuk seorang izzati pun. Rasanya lebih kurang tiga kali aku cuba buat blog, tapi failed sebab aku tak dapat memahami kehendak blog ni. Adalah macam macam procedure dia, dan memang take time sangat sangat sebab banyak benda yang korang perlu tahu, celah mana nak edit template , celah mana nak tukar background, celah mana nak public or private blog korang. Ha, banyak tu.

This is when I  was 14 hahaha. OMG.
YA ALLAH.. aku ke ni ? *garu dahi*

Okay time ni ciwi sebab baru dapat handphone pakai duit sendiri. My 2014 is everything to me. This is the starting point of my teenage life yang sememangnya lain daripada korang. InsyaAllah ada masa aku tulis pasal 2014 yang aku cakap everything tuh *flip scarf* .

Apa tujuan aku buat blog ?


Hmm, pemikiran kita semua sama je, basically. Aku create blog dengan niat nak famous hakhakhak. Okay tu mungkin 10% je, tapi actually banyak faktor, antaranya aku terpengaruh dengan Fatin Liyana, yang kedua aku rasa macam nak mempunyai 'the other life' selain reality. Too many reasons.

Tapi, lama kelamaan, semua sebab sebab tu hilang, nak famous pun dah terbang ke langit ketujuh, sebab nak jadi public figure ni bukan senang, nak naikkan traffic pun bukan senang, orang takkan baca entry yang takde faedah macam entry aku ni.

Kalau nak cepat famous, entry kena mantap, tarik perhatian pembaca, tajuk kena gempak, content perlu menarik, takde la hambar je.. Dan semua tu take time... takde maknanya baru sebulan buat blog tetiba dah famous kalah Aaron Aziz, unless korang buat hal macam kutuk Malaysia ke hapa.




So, aku decide, tak payah la nak famous famous sangat. Yang penting buat benda yang aku suka, yang melambangkan diri aku, jadi diri sendiri, tulis semuanya dari hati . Tak perlu jadi hipokrit semata mata nak dapat attention. If they like you, they will come. If not, it's okay.

Walaupun tulis pasal personal entry, sangat tak naikkan traffic blog, tapi aku buat juga. Yang penting, itu yang aku nak luahkan. Aku tak suka nak buat entry, kena rujuk banyak sumber, padahal aku memang tak arif dalam bidang tu. End up semuanya tak betul. Untung bagi siapa yang ada kepakaran, yang tak ada, tak payah memandai.


Nama blog aku memang macam macam sangat.... pelik pelik hado, gedik gedik pun hado. Aku mula dengan 'steponstones.blogspot' . that's why nama email aku ' izzatiabdullahstep@gmail.com' ..

Content blog aku pun macam macam, dari sedih ke gembira, dari gedik ke serius. Aku tak suka bila walaupun aku tengah sedih tapi aku control semata mata nak bagi entry aku nampak relax dan tak jiwa kacau. Aku memang tak boleh control perasaan aku. Aku tahu sebenarnya takde orang baca, tapi aku relax je, sebab aku tak kejar traffic. Somehow, kalau korang post semata mata nak dapat traffic, lama lama korang akan boring dan kecewa menanti rating.


Pasal TRAFFIC. Aku tak pernah buat post tentang menaikkan traffic. Kan ada satu post yang kalau kita letak link nama kita kat situ, ramai orang akan follow kita kan.. Ha bende tu la yang popular di kalangan blogger .. Masa mula mula buat blog, aku ada plan. Aku akan focus on personal entry selama 3 or 4 tahun tanpa promote blog aku, maknanya orang nak baca, baca je. Aku takde la pegi jaja suruh baca blog aku gituu..And next year 5th and above, baru aku bersedia nak post entry pasal TIPS, HOW TO, TUTORIALS, dan apa aapa yang aku mahir. And time tu baru aku slow slow nak tarik audience.

SXT20071022

Bernas tak ? ihiks.

Hmmm.. Apa lagi ?

Mungkin perasaan aku blogging ?

Ada kawan kawan tanya aku, yang rapat jelah. Best tak blogging ?


To be frank, it depends on individual. If korang ni jenis yang suka menulis, suka typing, ada passion dalam penulisan, sentiasa ada idea. So, it would be fun. Dan consistent tu comes from your passion. Sebab korang akan sentiasa rindu nak luahkan perasaan dalam blog, berceloteh. Tapi kalau korang jenis yang sebaliknya, mungkin hangat hangat taik ayam je lah. Yang penting niat blog tu untuk apa, kalau untuk rating, hmmm susah sikit. Semua blogger, aku percaya dorang start daripada bawah, baru famous  dan berjaya.

 But for the beginners, memang susah sikit nak berblog sampai kadang kadang korang rasa macam nak lempar je laptop dari tingkat 10. Hadap laptop lama kemain, tapi benda yang dicari tak jumpa pun - CONTOHNYA BILA NAK EDIT TEMPLATE. MASYAALLAH... aku sabar je. Tapi try step by step.

Contohnya, bulan ni, focus kat editing dulu. Tak cukup sebulan, ha amik dua bulan. Then next 6 months or one year, focus on entry. Cuba cari chemistry dengan audience, apa yang dorang nak, in case kalau blog korang more to TIPS OR TREND. Then, traffic...

blog 4 A few of my favourite things...


Ha, kan izzati dah bagi tips. Hak hak hak. Actually aku nak cerita je, tapi takpelah. Amik lah semua. Ini pendapat aku la, aku pun baru masuk tahun ketiga and still belajar blogging lagi. Lain orang lain pendapat kann... And, in case ada apa apa, tanya je. Iolls tak makan orang.

Happy Weekend !

Thursday, 7 July 2016

Selamat Hari Raya 2016

Salam  Aidilfitri !! 

First of all, aku mohon maaf kepada semua atas kesalahan kesalahan aku yang bertimbun timbun ini. Biasalah, saya juga makhluk hidup yang sering melakukan kesalahan atas muka bumi Allah ni. Jadi, ne tau la kan, ada tergedik terlebih dalam penulisan ni HAKHAK.. Gedik tu kan penambah perasa..

Memandangkan hari ni raya yang kedua dan aku dah separuh hari mereput kat rumah ni, tak tahu nak buat apo. Orang lain rayo makan sodap sodap, aku ni ha, makan hati je mampu. Baju raya pun tara bule pakai. Sobss sobss

Jadi untuk menaikkan feel hari raya aku yang FA ni, moh le kita bagi gambau gambau semalam. jom cikidaut.


Mat Ayi Ayee . Ha, ini lah destinasi aku utk Raya Pertama ni. Class uolls Raya Pertama pergi Bukit Tinggi. ha, lemang ketupat nasi himpit tak himpit semua dalam mimpi je lah ye anak anak.


Sebelum tunjuk gambar raya, ni mak dengan ayah aku. Kalau aku belum pernah introduce la kan.. Dulu, ramai orang cakap aku ni cucu Abdullah. hahaha.. Habis tu takkan la ayah aku nama dia Abdullah bin Abdullah.. Agak aa. Aku anak bongsu, that's why....... 

So, tahun ni kitaorg berpakat semua nak bawa mak dgn ayah aku raya kat sini. Sebab selalunya, malam sebelum raaya je mak aku dah macam Jakie Chan bersilat kat dapur nak masak macam macam. Pastu mula la, pagi raya je masing masing muka macam zombie, eyebag besar nau. So, bagi lah chance dorang rehat tahun ni. Lagipun semua adik beradik yang lain beraya kat rumah mak mertua.. aku je belum raya kat rumah mak mertua ........ ._. 


Tapi tu lah, raya macam tak raya. 


Port Dickson. Kat sini memang dia ada model kalau in case tourist datang nak bergambar dengan contoh masyarakat melayu kan, ha dia lah contoh yang paling sesuai. Datang sini boleh amik gambar free. Tapi model nya tu tak boleh bawa balik lah. Priceless tuu..



Yang tengah tu, ahli dari Kumpulan Nasyid Maimunah.. Datang sini kebetulan tengah bergambar, tu pasal ajak dia join sekali. Tapi tu lah... rasa macam nak crop je. Hashtag, aura polis ada lagi kat muka abah hahaha... 




Apo layii.. Family picture, time for self picture pulak lah. Lighting bilik ni Subahanallah cantik weh T.T nangis aku tengok semua selfie aku tu, pengcahayaan yang sungguh indah.....






Baru lepas mohon maaf yang betul betul maaf sebab semalam aku polish kuku mak aku, tapi malang sseribu kali malang aku tak sedar kuku dia dah nipis sampai nampak isi T.T ini kes lagi bersalah daripada mencuri tau tak. Niat cek cuma nak bahagiakan makk dengan kuku rayaaaa T.T



Lepas bersalam salaman, ke Bukit Tinggi lah kito ! Ni baru Raya... dengan baju kurung kain batik yang sempit macam hapa, dengan heels, aku kena daki bukit sebegini. Fuhh begitu extreme ya raya kali ini. Tengok tudung dah semakin bulat, muka lempeng izzati terserlah. 




Mata penat takleh blah >< HAHAHAHAHA, ni kalau nampak bantal ni terus lena 1000 tahun. 


Japanese Tea Garden. 


Ni kalau buat bunga tangan time wedding ni confirm, meletup letup uolls.






Sini lah tempat yang aku tunggggggguuuuu dari dulu lagi. So Fairy Tale , so kawaiii. Boleh la aku batak menjadi Cinderella hilang kasut dan Prince from France datang naik kuda hahaha.. But serious it's extremely BEAUTIFUL. Subahanallah....


Ya Rabbi, aku sabar je la dengan dia ni. 

The End of the First.. Takde raya sana sini, makan tu makan ni. Hmm, izzati redha. 


Anyway,

!! SELAMAT HARI RAYA !! 


Saturday, 2 July 2016

3rd challenge : Earliest Childhood Memory

Time kecik kecik tu lah time yang paling nakal tahap tak hingat dunia. But somehow, kita rindu saat saat tu. rasa bebas nak buat apa je, tak perlu ikut peraturan, tak kisah pasal hati dan perasaan. Cuma tahu MAIN JE.

 Dalam banyak banyak kenangan childhood aku, yang paling berbekas dan meninggalkan bekas kat dahi aku ialah time aku jatuh dalam rumah. OMG THAT WAS SO SCARY. Sampai sekarang parut jahitan tu ada lagi, nah kat dahi lagi uolls. Aku tak lah nakal, tapi aku macam careless spesis mana entah, kadang kadang sampai aku jalan TIANG sebesar besar alam pun aku boleh langgar. AHAKS.... 

Ceritanya, aku masa tu nampak satu keychain, lepas tu aku macam nak main main dengan benda tu, tapi takut mak aku marah. So kebetulan mak aku tanya aku nak minum air apa.. Aku pun minta air oren. *aku umur 6 tahun masa tuh*, bila mak aku dah pergi je. aku pun lari nak keluar rumah. Tiba tiba aku terpijak alas kaki.

KEDEBUMMMMMMMMM !

aku jatuh.. kepala aku terhantuk kat tangga.. bengong kejap. hakhakhak >< lepastu ayah aku dengar bunyi macam anak gajah jatuh , dia pun meluluu ke arah aku sambil menjerit jerit nama mak aku. 

aku pun bangun la, sakit kottttt.. aku macam pening pening lalat. tapi aku tak nangis pun. Tapi bila mak aku datang je. NAH JADI RIUH SATU RUMAH. dengan muka terkejut dia tuh, dia lari amik kain lepas tu pekup ( lap ) dahi aku. aku pun macam EH APESAL NI ?

tengok je kat kain tu ............................ eh darah la.

tak semena mena aku nangis dengan skala yang paling kuat. banyak kut, sehelai kain tak cukup. lepas tu mak aku terpaksa pegang supaya daraah tu berhenti keluar. aku nangis tak henti henti, so of course la mak aku scared. kut la, kepala aku pecah ke hapa. dah berlumuran darah macam tu, mana nak tau bendapa yang luka. 

By the time abang aku datang je, dia cepung aku pegi klinik terus. FREE FREE aku dapat 3 jahitan. 

Tak tahu nak cakap apa.. sakit betul. pedih. berdenyut denyut. 

****
Ha tu la yang aku paling ingat sebabnya parut tu still ada kat tengah tengah alam dahi aku. sobs. Kurang hantaran aku nanti :(  Bukan satu tu je kejadian yang menempah cap mohor kat muka aku ni, kalau dulu muka aku ni memang  selalu buat cop kat tangga. Dia cukup suka la nak cium dengan tangga.. (bonggol jalan raya pun pernah cium gak auu ) tak tahu la kenapa aku ni.. Hmmmm....